Monday, May 30, 2016

PAS atau Ameno

Pilihanraya Kecil Kawasan Parlimen Kuala Kangsar. Dua calon perempuan bertanding. Iaitu daripada Pas dan Ameno. Siapa dijangka menang? Tentulah Biend. Di kawasan itu letak tunggul kayu pun menang asalkan daripada Biend. Mungkin pembacaan saya khilaf. Harap begitulah.

Sunday, September 15, 2013

Persefakatan Harus Di Perkemaskan Lagi Dengan Pakatan Rakyat: Peringatan Buat PAS

Oleh: Prof Ayus Mohamed Yusoff

Resolusi Ulamak PAS yang bersidang di Kedah pada 14 September 2013 menunjukkan kepada saya betapa pemikiran ‘mereka’ yang mencadangkan resolusi tersebut mengundur ke belakang. Kenyataannya tidak sesuai dengan perkembangan semasa politik negara.

Satu yang kumpulan Ulamak PAS ini tidak sedar ialah PAS mendapat pertambahan bilangan kerusi dalam pilihan raya (PRU) bukanlah kerana kekuatannya bertanding sendirian, tetapi kerana pakatannya dengan beberapa parti pembangkang yang lain. Sejak keluar dari pakatan BN pada tahun 1978, politik PAS tenggelam. PAS cuma kembali pulih dalam persada politik negara apabila bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah dalam PRU 1990, Barisan Alternatif pada tahun 1999 dan Pakatan Rakyat pada tahun 2008 dan 2013.

Sekiranya PAS bertanding bersendirian tanpa sokongan dan kerjasama dengan parti lain, saya yakin PAS akan hanya mendapat sokongan dari segelintir orang Melayu yang totok pemikirannya seperti kumpulan ulamak ini sahaja. Bagi orang Melayu yang sederhana pemikirannya, mereka lebih cenderung menyokong UMNO dan BN kerana kelebihan UMNO ialah tidak memandang serong kepada lebai atau tidak lebainya seseorang.

Satu yang menarik dari resolusi ulamak ini ialah “mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat.” Saya ingin sekali cadangan ini dipersetujui oleh kepimpinan PAS dan kita tengok sejauh mana PAS boleh pergi jauh dalam politiknya. Saya rasa PAS akan meroyan beragam selepas itu kerana tidak ada lagi sokongan kepadanya. 

Yang menghairankan saya ialah kenapa pula kumpulan Ulamak ini tidak mencadangkan juga supaya PAS menghentikan kerjasamanya dengan DAP dan sebagai gantinya mencadangkan PAS supaya menggerakkan penyatuannya dengan UMNO. Saya fikir kenyataan seperti itu lebih jelas supaya penyatuan dengan UMNO dapat disegerakan. Ini satu cadangan yang lebih praktikal jika betullah kumpulan ulamak ini mahu PAS terus mendapat tempat perdana dalam politik negara.

Cadangan kumpulan Ulamak ini supaya “jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS sewajarnya daripada kalangan ulama yang memahami dan faqih tentang Islam dan realiti semasa” juga cukup nakal. Apakah kumpulan ulamak ini ingat hanya ulamak sahaja yang memahami Islam dan realiti semasa? Bagi saya, kumpulan inilah yang tidak memahami realiti politik semasa. Di kala rakyat sedang bercakap tentang kewujudan sistem dua parti dalam negara, mereka pula menolaknya. Tindakan kumpulan ini adalah menjauhkan lagi masyarakat dengan PAS dan jika tidak kena dengan caranya boleh menyebabkan ahli dan penyokong PAS lari dari PAS.

Saya hendak sangat tengok ahli PAS lari dari PAS sekiranya kumpulan ulamak jenis ini yang memimpin PAS sebab pemikiran kumpulan seperti ini payah diajar kerana mereka selalu menganggap tindakan mereka sahaja yang Islamik. Bagi kumpulan ini, jika mereka mengutuk atau mengaibkan orang itu dibenarkan, tetapi jika ahli hanya sekadar berbeza pendapat dengan mereka, maka ahli pula yang dituduh tidak taat kepada pemimpin dan melanggar etika parti. Tindakan kumpulan ulamak ini tidak demokratik dan hairannya masih ada ahli yang setia dan mendokong kumpulan pemimpin jenis ini.

Apa jadi jika PAS hanya dikuasai oleh ulamak sahaja? Saya yakin, dalam PRU akan datang rakan pakatannya dalam PR akan meninggalkannya dan kekuatan PAS hanya bakal tinggal kenangan. Maka, untuk seterusnya UMNO dan BNlah yang akan terus menguasai negara.

Tuesday, January 22, 2013

FORUM TETAP BERLANGSUNG WALAU TANPA KEHADIRAN SHARIFAH ZOHRA



Kenyataan Umum

22 Januari 2013

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan mengucapkan tahniah buat anak muda dari Segmentasi Mahasiswa SAMM, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan INSTEF di atas kerjasama utuh untuk menjayakan sebuah forum “Kebebasan Akademik dan Hak Asasi” yang akan berlangsung jam 8 malam ini di KLSCAH.
Dengan hasrat mempertemukan semula dua ikon yang bertembung idealisma dalam satu forum di UUM bulan lalu sehingga menerbitkan sebuah fenomena, forum malam ini merupakan medan terbaik untuk Sharifah Zohra Jabeen dan KS Bawani berhujah dengan tatacara yang sebenar. Sharifah Zohra dari Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) manakala KS Bawani pula aktivis Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), adalah satu pertembungan antara wakil dua NGO yang dikira sepadan. Malah forum ini juga membuka ruang yang begitu meluas kepada SW1M dan JERIT untuk memperkenalkan roh perjuangan masing-masing.
Mutaakhir ini kita sering mendengar beberapa kenyataan yang dikeluarkan secara sehala oleh Sharifah Zohra. Kenyataan berbaur tagihan simpati dari Sharifah Zohra kononnya penyebaran klip-video ‘listen’ itu sebuah taktik licik yang berjaya membiakkan tindakan yang mengutuk, membenci, dengan memalukan dan mengejek seorang wanita yang tidak bersalah (merujuk kepada dirinya).
Kemudian Sharifah tampil lagi dengan mengatakan sedia untuk memaafkan semua orang dan akhir sekali Sharifah membuat telahan bahawa KS Bawani sengaja “menyusup untuk mencetuskan provokasi” dalam forum kontroversi 8 Januari lalu. Walaupun berbunyi agak songsang dan angkuh namun ianya adalah sebuah ekspresi kekecewaan mungkin menyedari tiada ruang yang konklusif untuk Sharifah Zohra membela diri.
Maka atas sebab itu, SAMM melalui Segmentasi Mahasiswa menyediakan lapangan yang terbaik cukup luas untuk Syarifah Zohra menyatakan segala pandangan dan meluahkan kecelaruan yang bermain di minda masyarakat umum. Adil untuk semua pihak, KS Bawani juga berpeluang menjawab telahan sehala dari Sharifah Zohra menjadikan pertemuan ini cukup menarik dan saling melengkapi. Forum malam ini juga menjadi medan sesuai untuk semua pihak juga di atas keperluan dan permintaan rakyat seluruh negara, demi mendengar sendiri lontaran idea yang terhasil dari persediaan yang cukup, bukan secara spontan sepertimana fenomena ‘listen’ terhasil.
Melalui respon dari pelbagai pihak, forum “Kebebasan Akademik dan Hak Asasi” ini mendapat sambutan yang sangat luar biasa malah mengundang kehadiran pelbagai saluran media untuk membawakan cetusan idea malam ini keudara secara langsung ke seluruh negara. Forum malam ini bukan lagi sekadar medan percambahan ilmiah, tetapi menjadi tumpuan utama hingga ke peringkat antarabangsa kerana wakil media dari Singapura, Indonesia dan Australia juga menyatakan kesediaan untuk hadir.
Penolakkan
Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, tiada sebarang penolakkan rasmi dari panel-panel jemputan, yang bermakna semua panel sedia untuk hadir. KS Bawani telah menyatakan kesediaan lebih awal untuk menjadi panel forum, begitu juga dengan Prof Dr Aziz Bari. Dalam kes Sharifah, surat jemputan telah difax dan dihantar dengan serahan tangan ke pejabat SW1M dengan dikembalikan satu salinan penerimaan bersama cop dan tandatangan. Penyelaras Mahasiswa SAMM, Wan Farel yang hadir ke pejabat SW1M mengesahkan tiada sebarang tanda penolakkan dari pihak SW1M malah disambut dengan baik oleh staf yang bertugas.
Hanya secara lisan diketahui dari beberapa portal berita yang menyatakan Sharifah Zohra tidak sudi untuk bertemu KS Bawani dalam aksi debat mahupun forum. Jika benar Sharifah mengambil keputusan untuk tidak tampil malam ini, itu adalah haknya dan kita wajar hormati. Apa yang termampu telah disediakan ruangan yang selesa untuk semua, namun bukanlah sehingga mengampu untuk Sharifah Zohra hadir malam ini. Terpulanglah kepada tuan punya badan untuk menunjuk keberanian sebenar yang kena pada tempatnya kerana kehadiran Sharifah Zohra malam ini seribu kali lebih baik daripada hanya menyorok di sebalik tembok dan hanya berdehem dengan kenyataan sehala yang sebenarnya lebih mengeruh keadaan.
Harus semua tidak lupa, bagaimana Ketua Pemuda Umno mencemuh dan memperlekeh Sharifah Zohra walaupun susuk ini cuba untuk membela pihak kerajaan, malah secara terbuka Khairy menghina SW1M dengan mengatakan NGO tersebut tidak dikenali dan tidak mewakili kerajaan. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah juga memberikan respon negetif yang mengundang jenaka apabila cuba menjauhkan diri dari entiti bernama SW1M, termasuklah yang bernama Sharifah Zohra. Mungkin forum malam ini boleh menjadi medan untuk menyentap keegoan mereka yang prejudis, itupun jika peluang direbut baik oleh Sharifah Zohra. Mungkin malam ini maruah SW1M boleh ditebus semahunya kerana malam ini, satu Malaysia akan dengar dan ‘listen’.  

Akhir sekali perlu ditegaskan bahawa, walaupun tanpa kehadiran Sharifah Zohra forum akan tetap berlangsung dan SAMM Kebangsaan yakin forum tetap dimeriahkan oleh panelis yang membuktikan keberanian itu demi kebenaran khususnya buat KS Bawani dan juga seorang penterjemah undang-undang yang juga berani menongkah arus iaitu Prof Dr Aziz Bari. Kepada Sharifah Zohra SAMM Kebangsaan mengucapkan selamat maju jaya, semoga mampu menerajui SW1M dengan baik dan tidak punya masalah seperti burung yang kakinya terikat.
SAMM Kebangsaan juga menjemput semua pihak termasuk pengamal media untuk terus hadir malam ini ke Dewan Cina KLSCAH tanpa prejudis terhadap kehadiran Sharifah Zohra Jabeen.
Sekian,
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
twitter: @edyesdotcom @SAMMalaysia

Sunday, December 16, 2012

Confused Bengali’s Man

By: ABH

Normally, every Saturday and Sunday, I will play badminton with now an 18 year boy at TD badminton court. We play single of 4 sets. Although my age already surpassed 50’s, I always beat him 4-0 or 3-1. When finished, I would go to RNKK in Ampang to have breakfast.

However, that day I had not gone to RNKK. Actually, on that fine morning of 15.12.2012, I went to my apartment, MV in Ampang.
 
After paying my maintenance fees, I had breakfast at MV’s food court. There, I noticed two men were chatting, a Bengali and a Chinese. Ten minutes later, the Chinese left. I began to look at the Indian man, still handsome although age already reached 64 years as he told me then.

Later, I started to chat with him began with the country’s current affairs. He said that the present government should be changed to PR. The present government already too long ruled the country and prone to many weaknesses such as cronyism, corruption and too many to mention. Yes, I was totally agreed with him, the present corrupted government should be changed. We tried PR for a term, why not?

He admitted that he only admired Hishamuddin Tun Hussein.

“Why?” I asked.

He said he was a soft spoken leader and involved no scandal. Mr. Prem confessed that he indirectly got assistance from him on few contracts and projects. Okayed, we stopped there for the current affairs. Actually, I do not admire Hishamuddin at all.

He then took his hand phone looked for photos.

“You want to see my children’s photos?” he said.

“No problem,” I said.

“You can see, all my daughters and sons, all of them are beautiful and handsome,” he added.

After looking, “Yeah,” I confirmed.

“My wife (the first) now is in Canada looking after our grandson. She earns about RM2,500 per month. She had asked me to migrate to Canada. But I don’t want,” he said.

“Why? Ooops may I know your name, please?” I requested.

“Call me Prem,” he said.

“Your name is similar to a Hindustani actor Prem Nash!” He smiled widely.

He then continued with his story. He refused to migrate to Canada because life there was limited of which after 7 pm, all people mostly started to stay at home, except those prefer to go to pubs. Unlike Malaysia, on certain parts of the country, life is active even up to 24 hours.

Actually he had married twice. The second wife was really beautiful, he said. From her he got 2 sons and 2 daughters, all above 20’s. He regretted that almost his assets had been named after the second wife. Now, he only owns a small business, a security company. The night before he had asked about RM100 from his eldest son, a pilot who earns RM4,500 per month, but his request was rejected. His face showed pale.

About his second wife (already divorced), he hated the wild life that his ex-wife gone through with the children. The daughters are easily to bring back boyfriends home and slept. He couldn’t do anything. The boyfriends are changing, Indian, Chinese, even Malays. When reached home, they always drunkard.

The eldest son actually already became a Muslim and married to a Malay lady. But the lady never does what Islam wants in their life. Even his female parents-in-law, always call him as ‘darling’ whenever sms him whereabouts.

At MV Tanjung apartment, he mentioned there were many indecent acts by the settlers or the rented dwellers particularly at night. His guards always saw the incidents in the cars parked there. As an example, once they saw a Negro’s dick was sucked by a Chinese Lady. But the guard could not do anything because might revenge by the robust African.

In Canada he said, although most women wearing short and could see the tits, the customers could not touch, only could see. If tried, there was bouncer to throw them out of the café or pubs spontaneously.

I asked his card, but he forgot to bring with him. He said, when meet again later he would give me. We then exchanged phone numbers, if to communicate later.

Suddenly he mentioned to embrace Islam as his eldest did.

I agreed to his wishes and encouraged him to do so. Because the teachings of Guru Nanak and Islam more or less were same except on certain paramount principles. I said that compared to other religions, there many numerous Islamic kitabs and books could be referred to.

End.

Monday, August 27, 2012

Kenapa tiada tepuk-sorak pertumbuhan 5.4%?

20 Ogos 2012


Saya bukan seorang ‘pessimist’ dan tidak juga seorang ‘sadist’. Tetapi ketika pengumuman dibuat tentang pertumbuhan ekonomi meningkat sebanyak 5.4% dalam suku kedua baru-baru ini, mengapa saya tidak seronok -‘euphoric’- macam sesetengah pemimpin Umno?

Bukankah pencapaian itu lebih baik dari pertumbuhan 4.7% dari suku pertama tahun ini dalam suasana ekonomi global menguncup dan tidak menentu?

Mengapakah saya suka bercakap tentang ‘bahaya’ dan ‘mala-petaka’ yang bakal menimpa rakyat dan negara (yakni pessimist) dalam suasana ekonomi negara dikatakan adalah lebih baik sekarang?

Apakah saya seorang “sadist”sengaja menyiksa dan menyakitkan hati Najib, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan itu?

Yang penting ini bukan pandangan saya sahaja bahkan pakar-pakar ekonomi dan badan-badan penyelidik dan kewangan antarabangsa yang lebih awal merakamkan kekhuatiran tersebut.Jadinya, pandangan saya ini bukanlah kerana saya seorang pembangkang di Parlimen (Federal Opposition MP). Saya akan cuba pendekkan analisis dan permudahkan penerangan ini.

Kunci pencapaian ini boleh difahami kalau kita perhatikan dari manakah sumbangan pertumbuhan ini dan apakah kesan baik-buruk kalau pertumbuhan terus dipacu berdasarkan kaedah dan pendekatan itu? Perhatikan dari tabulasi berikut: (Pertumbuhan 5.1 peratus dicapai separuh pertama 2012).

Ternyata dua sumbangan besar petumbuhan adalah dari sektor pembinaan (22.2 peratus - awam dan swasta) dan permintaan dalam negeri.Tidak dinafikan sektor perkhidmatan (6.3 peratus), perkilangan (5.6 peratus) dan perlombongan (2.3 peratus) juga meningkat.

Gabenor Bank Negara mengakui bahawa projek kejuruteraan mega besar (dalam ETP) dan juga yang kedepan nanti membantu menyokong pertumbuhan ekonomi termasuk projek saluran paip Sabah-Sarawak bernilai RM4.6 bilion, projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar bernilai RM12.5 bilion dan loji tenaga Janamanjung berharga RM5 bilion.

Namun angka pertumbuhan (growth numbers) bukan segala-galanya tambahan hanya untuk satu suku tertentu. Tak ramai pun yang faham erti angka pertumbuhan ini. Tetapi ramai yang ‘memuja’ dan terkadangkali ‘mendewa’ angka pertumbuhan ini.Mungkin kita boleh bincang tentang ‘Pertumbuhan atau Growth’ itu sendiri di lain penulisan, khasnya tentang ‘Brown Growth Vs Green Growth’ atau Pertumbuhan ‘Mapan Vs Tak Mapan (Lestari)’.

Dalam rangka itu juga, penulis mengingatkan semua bahawa pertumbuhan 5.4% dicapai dengan dipacu dua faktor utama; pertumbuhan bidang pembinaan dan permintaan domestik yang terdiri dari penggunaan isi-rumah (domestik).

Persoalan maha pentingnya ialah: Apakah pertumbuhan seperti ini mapan atau ‘sustainable’? dan lebih penting lagi ialah: Apakah pertumbuhan seperti ini akan dapat mengatasi kemelut ekonomi yang sedang cuba di tangani oleh Model Ekonomi Baru (NEM) ciptaan PM Najib?

Pertumbuhan yang dijana dengan sektor ‘pembinaan’ dan khasnya dari pihak awam adalah kegiatan yang membawa kesan negatif dan buruk dalam jangka jauh. Pakar-pakar ekonomi merakamkan kerunsingan bahawa usaha perbelanjaan besar kerajaan atau dengan kata lain ‘pump-priming’ dengan pelbagai projek mega infrastruktur adalah tidak “sustainable” atau mapan dalam jangka jauh. Benar ia membawa kerancakan khasnya dalam sektor ‘construction’, namun apakah ‘kos’ dan dampaknya?

Kesan langsung perbuatan ini adalah HUTANG! Fitch Rating, sebuah agensi penarafan kredit antarabangsa, menyebutkan bahawa hutang kerajaan Malaysia telah buat pertama kalinya mencecah 55% KDNK tahun ini, berbanding 45% dalam tahun 2009.

Fitch Rating juga sekaligus memberi amaran keras kepada kerajaan Malaysia, bahawa perbelanjaan besar pihak awam dalam pelaburan infrastruktur dan pembinaan telah mencetuskan hutang yang sangat mengkhuatirkan. Penarafan kewangan awam Malaysia pada tahap A and BBB mesti diperbaikki, tegas Fitch kepada kerajaan Malaysia.

Projek mega seperti MRT dan Tun Razak Exchange, TRX (dulunya KLIFD) asalnya disebut sebagai swasta, kemudian bertukar menjadi Awam dan Swasta (PFI) dan akhirnya hanya ditanggung semua oleh kerajaan. Seluruhnya meningkatkan bebanan hutang awam.

Dalam nada yang seiring, sebuah think-tank ekonomi; Asli’s Centre for Public Studies (CPPS) juga merakamkan penegasan kekhuatiran yang serupa. Dalam Belanjawaan 2013 nanti, Najib diberi amaran supaya tidak bermewah dengan pemberian ‘goodies’ untuk menyuntik ‘feel good factor’ di ambang pilihanraya ke-13 ini. Najib dingatkan supaya tidak berkompromi dengan masa depan ekonomi Negara dengan perbelanjaan yang tidak pruden (reckless).

Seperkara lagi adalah aspek perbelanjaan isi-rumah atau domestic yang menjadi penjana pertumbuhan suku kedua ini juga. Ternyata segala polisi ‘pemberian’ termasuk kenaikan gaji dan lain lain, meninggalkan kesan yang positif terhadap pertumbuhan dalam suku kedua ini. Akan tetapi apakah ini juga satu kaedah yang mapan?

Pendedahan baru-baru ini dalam sebuah akhbar tempatan bahwa kegilaan masyarakat negara ini menjalani gaya hidup moden dengan berhutang keliling pinggang begitu menggerunkan. Maklumat terkini menunjukkan lebih enam juta isi rumah di Malaysia mempunyai jumlah hutang terkumpul sebanyak RM653 bilion.

Angka cukup menakutkan sebab ia telah melonjak dari 33% KDNK padatahun 1997 (semasa krisis kewangan), 78% 2011 dan kini tentunya 80% nisbah KDNK. Tidak diketahui secara hutang tak berbayar (NPL) terkini.

Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di negara ini tidak kira pangkat, status dan usia mempunyai hutang kira-kira RM108,000 seorang.

Lebih malang lagi kalau hutang isi-rumah ini dinisbahkan dengan ‘pendapatan boleh berbelanja’ bermakna pendapatan tolak semua hutang (disposable income), maka statistik adalah seperti berikut berbanding negara-negara jiran. (Hutang: pendapatan boleh berbelanja dalam peratus).

Indonesia – 38%, Thailand – 53%, Singapura – 105% tetapi Malaysia – 140% !

Sebanyak 116,379 kes bankrap dicatatkan oleh Jabatan Insolvensi dari tahun 2005 hingga April 2012. Ini bermakna 58 diisytihar bankrap setiap hari.

32% adalah di kalangan mereka berumur 35-42 tahun berpunca dari kegagalan menyelesaikan hutang; hutang kenderaan yang tinggi, pinjaman peribadi (kad redit) dan pinjaman perumahan adalah tiga punca utama golongan tersebut terpaksa menanggung hutang yang banyak.

Tentunya dalam negara terperangkap dalam jajaran pendapatan rendah-sederhana dan modal insan yang berada pada tahap produktiviti yang rendah, untuk mengharapkan faktor sebaagi pemacu utama pertumbuhan adalah satu yang tidak mapan.

Najib seperti yang disaran pakar-pakar ekonomi wajar memberikan fokas untuk mengeluarkan ekonomi negara dari beberapa kemelut akibat urus-tadbir kewangan pincang dan tidak pruden.

Di samping berdepan dengan permasalahan struktural yang dibelenggu monopoli dan subsidi yang regresif, tahap hutang akibat terlalu lama menanggung deficit yakni selama 14 tahun, ekonomi yang terbeban dengan pelbagai aspek kegagalan penswastaan dan amalan kronisme serta ‘sistem penghantaran’ yang sarat dengan rasuah dan ketirisan.

Justeru hutang awam (kerajaan Persekutuan yang telah mncecah 55% KDNK yang tidak dizinkan oleh Akta Pinjaman Tempatan, jurang kaya miskin yang terus melebar, pergantungan pendapatan negara kepada hasil minyak dan gas serta tenaga kerja asing yang tidak berketrampilan.

Berlatarbelakangkan kesemua kemelut ekonomi dan gejala pengurusan kewangan Negara ini, mampukah kita bertepuk dan bersorak dengan pertumbuhan di suku kedua tahun ini?

Jangan sampai dipanggil orang tiga suku pulak ya!
-----------------------------------------
Dr Dzulkefly Ahmad adalah anggota Parlimen Kuala Selangor dan Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Tuesday, May 29, 2012

Mahathir Ramal Umno Ganas Jika Kalah?

Oleh: Ahmad Lutfi Othman
29 Mei 2012

Sewaktu debat mempertemukan Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin disifatkan sebagai permulaan budaya politik baru yang sihat dan matang, kita dikejutkan dengan siri aksi brutal terhadap program Pakatan Rakyat.

Ketika rakyat masih mengingati dengan jelas perlakuan ganas polis semasa menyuraikan himpunan aman Bersih 3.0, riak kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka bakal menjadi gelanggang terburuk dalam sejarah, seperti hampir tidak dapat dielakkan lagi.

Terbaru, 24 Mei, di Pantai Dalam, media melaporkan batu dan telur berterbangan semasa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berceramah, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepala. Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis dturut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan.

Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan. Personaliti yang ghairah menabur fitnah, Ummi Hafilda Ali berceramah dengan pembesar suara dihalakan kepada audien program Pakatan Rakyat, dengan menjawab secara langsung isu-isu yang dibangkitkan penceramah Pakatan berhampiran.

Hari yang sama, di Sayong Lembah, Kuala Kangsar, pada majlis ceramah membabitkan bekas Menteri Besar Perak yang digulingkan, Nizar Jamaluddin, 11 kereta disimbah cat biru. "Cat itu kebanyakannya disimbah di bahagian lampu depan," kata Nizar.

Minggu ini juga, kumpulan anti-Bersih, yang diketuai pemilik Restoran Sekinchan Ikan Bakar, Jamal Yunus, secara berterusan melakukan provokasi dan gangguan melampau di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih, S Ambiga selepas aksi "senaman punggung" dipamerkan pada 15 Mei.

Minggu lalu, di Melaka, batu dan telur juga berterbangan di majlis minum petang anjuran PAS, di mana Ambiga dijadual hadir. Dua Adun DAP, Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiew (BAndar Hilir) berkata, tayar kenderaan mereka dipancitkan, cermin sisi pecah dan badannya kemik teruk dihantam kumpulan pengacau yang didalangi Umno, termasuk beberapa wakil rakyatnya.

Siri gangguan ke atas program dan personaliti pembangkang dijangka berterusan, malah mungkin ditingkatkan, kerana ia sudah menjadi budaya Umno sejak zaman berzaman (ingat zaman Pemuda Tahan Lasak Umno), yang kini pimpinan parti berkenaan gelabah dan kelihatan gabra menghadapi "hukuman rakyat" dalam PRU13.

Secara peribadi, saya pelik memikirkan bagaimana Umno-BN yang meniti saat-saat sukar ini, memilih pendekatan konfrontasi, yang sebenarnya semakin menjauhkan lagi parti itu daripada sokongan pengundi.

Meskipun ia ibarat "baling batu sembunyi tangan, namun banyak bukti boleh ditunjukkan bahawa segala serangan dan provokasi jahat selama ini (ingat siri gangguan sejak keputusan PRU12, Mac 2008, khususnya di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan, dengan kemuncaknya rampasan kuasa kerajaan Perak), ditaja oleh Umno.

Sepatutnya, menjelang PRU13 yang cukup kritikal itu, semua parti-parti yang bertanding mempersembahkan pendekatan terbaik bagi memikat hati dan pemikiran pengundi, bukannya melakukan tindakan agresif -- apatah lagi berunsur samseng dan ganas -- yang hanya menyebabkan masyarakat menjadi lebih marah dan jelik.

Aneh sekali strategi Umno ini, 'kan? Ketika perayu kempen berusaha dengan segala tenaga untuk melunakkan hati pengundi, mereka memilih taktik yang boleh menikam belakang sendiri!

Tentu ramai mengingati bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menghadapi asakan di luar adab kemanusiaan, termasuk dihadiahkan "kek tahi" yang menjijikkan sempena hari jadinya tidak lama dahulu.

"Apa nak dihairankan, tengok saja akhbar-akhbar yang dimiliki Umno, yang tidak malu-malu menyiarkan gambar lucah dan porno, hanya untuk memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat. Blogger yang ditaja dan diupah Umno, serta mendapat layanan istimewa pemerintah, bersikap biadab dan kurang ajar ketika memaparkan posting mereka," kata seorang teman, seorang pensyarah sains politik.

Ternyata Umno tidak sabar dan tahan uji menghadapi kekalahan, apatah lagi menunggu "saat kematian". Sedangkan selama ini, sejak pilihan raya umum pertama, pembangkang khususnya PAS, tetap  menolak pendekatan kekerasan atau militan meskipun sering diganasi secara fizikal dan istiqamah dengan  "muwajahah silmiyyah".

Pemimpin dan aktivis PAS menghadapi ujian perit, termasuk dibunuh, dipenjarakan, dibuang daerah, dinafikan hak sebagai warga dan pelbagai bentuk pengkhianatan lain. Biarpun kalah teruk -- termasuk melalui penipuan -- dalam pilihan raya, PAS tetap menghormati proses demokrasi dan pemimpinnya berjaya meyakinkan ahli-ahlinya agar tidak memilih jalan di luar batas undang-undang.

Justeru, apabila bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad cuba melakukan satu lagi provokasi jahat, bagi saya ia satu tindakan tidak bertanggungjawab dan patut dikecam.

Dalam blognya,  Dr Mahathir mendakwa jika Pakatan Rakyat tewas dalam PRU13, mereka akan menganjurkan "demonstrasi ganas" tanpa henti untuk menolak keputusan itu. Selepas itu, pembangkang akan mengusahakan pilihan raya baru yang dimanipulasi mereka diadakan.

"Tunjuk perasaan Bersih yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU13 jika parti lawan gagal memenanginya. Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan," dakwanya.

Kalah dalam pilih raya bukan satu isu besar bagi pembangkang. Mereka sudah melaluinya sejak sekian lama. Sejarah menjadi saksi pembangkang dapat menerima kekalahan itu tanpa menimbulkan huru-hara. Yang panik dan gelabah apabila ditewaskan adalah Umno. Tidak dapat dengan jalan kasar, mereka memilih pendekatan membeli wakil rakyat dengan sogokan rasuah.

Namun, jika PRU13 berjalan secara tempang, penuh penipuan dan sarat dengan manipulasi, seperti tergambar melalui pelbagai komplot hari ini, saya sendiri tidak dapat menolak kemungkinan rakyat akan bangkit membantah melalui perhimpunan yang lebih ramai daripada Bersih 3.0 lagi.

Apakah Dr Mahathir sudah menduga bahawa Umno-BN sudah bersiap untuk melakukan "kejahatan dahsyat" itu dalam PRU13 nanti? Atau beliau sekadar membayangkan Umno sendiri  mungkin mencetuskan huru-hara dan keganasan sekiranya kalah dan hilang kuasa di peringkat persekutuan nanti, seperti terjelma secara kecil-kecilan sehari dua ini?

Thursday, April 12, 2012

Rakyat Sudah Meluat Terhadap Pemerintahan Negeri/Pusat Ameno-BiEnd


Oleh: Cucu Kulop Hasnan Alang Derani

Sudah lama aku tidak menulis bagi meluahkan perasaan yang terbuku. Tetapi TV3 telah membuat aku berang malam ini. Mula Berita, rasanya ok kisah tentang bencana tsunami dan sebagainya. Tiba-tiba di tengah-tengah diselitkan tentang Anwar Ibrahim. Maka disebutlah nama hindu laknatullah Datuk Nalla Warkak. Nalla Warkak ni bukan hanya banyak Melayu tidak suka, kaum India pun majoritinya benci dengan dia. Kalau tidak kerana menjilat pemimpin Ameno-BiEnd, sudah lama dia dalam penjara sekarang atau nobody knows.

Pernah aku bertanya staf aku dengan satu soalan. Iaitu dari PM sampailah ke Ahli JKKK daripada Ameno-BiEnd, siapalah pemimpin dikalangan mereka yang boleh jadikan contoh. Agak lama dia menggaru-garu tengkuknya yang tidak gatal untuk menyebut satu dua nama. Akhirnya satu pun dia tidak dapat sebut, walaupun aku telah menyebut beberapa nama seperti PM dan TPM sekarang, Mustapha  Mohamed, TAM, Noh Omar, Khir Toyo, Mukhriz Mahathiak, KJ, JJ, Adnan Yaakob, Satim Demon, dan banyak lagi.

Jelas tidak seorang pun daripada mereka yang boleh diharap, apatah lagi hendak dianggap sebagai pembela agama, bangsa dan negara. Malah merekalah penjual dan penjahanam yang lebih berbahaya daripada parasit seperti pernah/sedang diucapkan oleh Dr Hasan Ali. Kawan saya itu terus terbuka mindanya dan mengakui memang Ameno-BiEnd tidak boleh disandarkan sebarang harapan.

Cuba lihat Adun dan Bekas Adun Selangor, rumah mereka semuanya umpama mahligai dan istana. Kalau tidak percaya cuba tinjau dan lihat bila ada masa. Misalnya lihat pemimpin-pemimpin ini yang tinggal di Shah Alam, Ampang, Kelang, Kuala Selangor dan banyak tempat lagi. Belum lagi disebut harta-harta lain yang diperolehi secara tidak mengikut undang-undang dibenarkan, moral dan agama.

Wahai pemimpin Ameno-BiEnd, kami tidak kisah siapa dia DSAI atau Azmin Ali. Yang kami kisah you all harus dibakul sampahkan secepat mungkin. Kalau tidak majoriti rakyat akan terus tertipu dan dihamba abdikan demi tembolok rakus kalian!

Atas faktor kesihatan, DSAI buat masa ini sedar sejauh mana beliau boleh pergi dalam politik negara. Kami pasti dia akan memberi laluan kepada pemimpin PR yang lain untuk menerajui PR jika kesihatannya tidak mengizinkan lagi. Banyak ada; PR ada Khalid Ibrahim, Azmin Ali, Hj Hadi Awang, dan ramai lagi professional terbilang yang tidak terbilang ramainya berbanding yang Ameno-Bi End ada.

Untuk meningkatkan taraf hidup rakyat bukan semata-mata dengan memberi wang umpama memberi ikan (RM100, RM200 dan RM500). Di mana wajar rakyat juga selebihnya harus diberi kail dan mata pancing. Barulah mereka akan dapat berdikari dan membawa negara ke arah kemakmuran berganda.

Manakala kalau jadi mahasiswa, apabila habis studi dibebani pula hutang keliling pinggang. Dengan gaji dalam lingkungan RM2,000 (itu pun kalau dapat kerja makan gaji) mana cukup? Mesti hendak beli kereta, rumah dan hendak berumahtangga. Tolak-tolak apa yang tinggal? PM suruh beli rumah harga RM200k yang boleh dihutang sampai 30 tahun. Itu pun kalau rumah tu tidak terbengkalai! Itu pun kalau bank rela hendak bagi loan dengan income tidak seberapa itu. Idea sebegini ada akal ke? Rambut pun dan semua nampak putih (dimakan sumpah?) dan stail/isi cakap pun sudah setaraf pencacai sahaja.

Syarikat-syarikat swasta disuruh tekankan KPI, kekananan dan kelulusan professional/akademik 100% dikesampingkan. Manakala, kalau ada kakitngan yang sakit atau kemalangan semasa dalam perkhidmatan kalau boleh akan disuruh berhenti sebab kononnya tidak produktif lagi bagi syarikat tersebut. Bukankah ini penganiyaan namanya? Dengan berkuatkuasanya KPI 100% maka wujudlah budaya ampu bodek, tikam kawan dari belakang, budi bicara dan kebijaksanaan dikesampingkan.

Siapa yang menghina orang Melayu? Tidakkah orang Melayu sendiri yang enggan mengaku bahawa dirinya Melayu? Sampai Bahasa Melayu tidak berdaulat dalam ertikata sebenarnya di Tanah Melayu sendiri? Adakah kita mengharapkan orang bukan Melayu uttuk mendaulatkan dan menyebarluaskan penggunaaan Bahasa Melayu?

Professional Melayu yang terdiri daripada akauntan, peguam, doktor, jurutera, ahli farmasi, arkitek, angkasawan, bukankah majoriti mereka datangnya daripada sekolah dan universiti yang beraliran Bahasa Melayu disuatu ketika dulu? Sebagai perbandingan, di zaman tahun 1960’an dulu, dengan menggunakan Bahasa Inggeris, bilangan professional Melayu boleh dibilang dengan jari.

Bahasa bukanlah halangan. Bahasa Inggeris boleh dipelajari setelah bekerja. Kalau minat, hendak belajar Bahasa Inggeris bukan susah sangat. Kebolehan berbahasa Inggeris akan datang dengan sendirinya. Kenapalah kita tidak berprinsip seperti orang Jerman, Perancis. Jepun dan Korea? Dimana bahasa ibunda mereka diutamakan, dan mereka muncul sebagai kuasa ekonomi dunia terbesar dikala ini. India dan Pakistan yang majoriti pandai Berbahasa Inggeris sejauhmana kemajuan mereka terutama dibidang ekonomi berbanding Jepun, Jerman dan Perancis juga Rusia?

Fikir-fikirkanlah. Yang penting dalam PRU13 ini humbankanlah ke laut Ameno-BiEnd yang sudah reput oleh serangan anai-anai (tidak boleh dibajai/dibaikpulih semula). Rakyat jangan takut dengan segala tohmahan dan gertak Ameno-BiEnd yang hanya sudah tinggal gusi sahaja.