Saya terbaca Akhbar Sinar Harian hari ini 24hb Sep 2009. Komen Khir Toyo ke atas tindakan Selcat. Beliau berkata, anggota Selcat bersifat biadap dalam menyoal pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri dalam siasatan mereka atas elemen-elemen rasuah yang dikaitkan dengan EXCO Selangor. Petikan berikut:
“Perbuatan tersebut yang sebenarnya adalah bersikap kebudak-budakan kerana meninggi-ninggikan suara kepada pegawai kerajaan seperti mereka ini tidak tahu membuat kerja. Perbuatan tersebut juga akan menjatuhkan air muka pegawai kerajaan terbabit kerana dimalukan dihadapan umum tanpa rasa hormat kepada mereka.”
Para pembaca yang rasional tentu ketawa terbahak-bahak akan kenyataan Khir Toyo di atas itu. Ya, “Melayu mudah lupa,” bak kata Bapak Mahathir. Beliau sudah lupa dengan hadiah penyapunya dulu kepada seorang YDP Daerah? Sebagai mewajarkan tindakannya itu, beliau berkata tindakan itu telah dipersetujui terlebih dahulu oleh YDP berkenaan. Hah, itulah dia jenis makhluk KT ni. Malu yang diberikannya adalah lebih hebat! Penyapu!! Patutnya sekarang beliau ambil penyapu apa-apa ke, cuba usap kat muka dia yang banyak kata di botokkan itu, kalau boleh di depan umum kerana kalah teruk dalam PRU12 lalu. Barulah gentleman!
Selepas kondem Selcat, beliau buat pula cadangan agar semua pemimpin parti Ameno dibenarkan pegang jawatan maksimum selama dua penggal saja. Kalaulah ini diluluskan, KT sudah tentu tidak layak lagilah untuk menjadi MB Selangor.
Beliau seterusnya mencadangkan agar lebih ramai pemimpin muda dilantik sebagai pemimpin. Sayogia diingatkan, bukan semua pemimpin muda bagus-bagus belaka. Dalam memimpin rakyat yang berbilang bangsa dan golongan masyarakat, pengalaman dan kebijaksanaan menyeluruh individu berkenaan amat diperlukan. Lumrahnya, orang lama atau veteran lebih banyak gunakan akal dan fikiran berbanding orang muda yang selalunya hangat-hangat tahi ayam atau amat kurang arif dari mana nak mulakan perjuangan yang wajar dan akhirannya betul. Contoh lahir selepas merdeka, kemudian nak cakap tentang semangat sebelum dan selepas kemerdekaan yang berapi-api! Apatah lagi mereka yang lahir dengan ‘sudu perak dimulut’. Tentulah tidak kena!
Lihatlah, apa sudah jadi dengan Khairy J? Apa dah jadi dengan KT? Apa dah jadi dengan Azalina Othman Said, dan seorang lagi bekas pemimpin Puteri Ameno yang saya dah lupa namanya? Naik cepat, tersungkur cepatlah sayang ooii.
Tengok Khalid Ibrahim slow and steady, and now at the top heading the only developed state in Malaysia! Khalid Ibrahim diwar-warkan dalam akhbar milik penyokong pemerintah kerajaan pusat sebagai manusia yang banyak hutang. Alahai, Khalid tahulah macam mana nak settlekan hutangnya, dia berpengalaman dan berilmu apa? Beliau bukan hanya tahu fasal gigi saja yang kemudiannya isytihar serba tahu dalam memimpin!
Kita semua pun banyak hutang, hatta kerajaan pusat yang ada ini pun berhutang dengan menjual pelbagai bon, juga menggunakan dana simpanan awam yang ada konon untuk pelaburan demi meningkatkan lagi dividen bonus kepada pencarum. Itulah dilema yang dihadapi oleh para pencarum KWSP yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini dimana hanya dapat menikmati pulangan dividen bonus tidak sampai 5% pun. Walhal, kalau wang itu dilaburkan dalam ASB berupaya untuk dapat sekurang-kurangnya 8% atau beli saham Bank Rakyat boleh dapat sampai 25% pulangan dividen bonus!
Masih fresh dalam ingatan, semasa mentadbir Negeri Selangor, dalam beberapa bulan sudah jadi kaya raya. Daripada mana sumber-sumbernya beliau dapat dengan sekelip mata dah jadi kaya raya tu? KT patut jelaskan kepada rakyat jelata seperti kita. Patutlah bila kes Mahligai Datuk Zakaria di Kelang timbul, KT diam aja, rupanya Mahligai Balinya lagi besar!
Wahai pembaca sekelian, terutamanya para wartawan, pergilah ke mana-mana saja rumah yang sedang didiami oleh para wakil atau bekas wakil rakyat Ameno. Almost all their houses like mahligai kalau tak pun equivalent to mini istana. Pergilah periksa rumah salah seorang bekas Adun Shah Alam, Cempaka, Lembah Jaya, yang kita boleh nampaklah. Jalan ke mahligai masing-masing ada yang dua lorong lagi. Pernah disuatu kenduri kahwin anak perempuan bekas Adun, bakal menantu lelaki didatangkan dan diturunkan dengan helikopter!