Friday, February 19, 2010

Michael Danby Melabel Ibrahim Ali

Oleh: Dzulkarnain Taib

Ahli Parlimen Australia Michael Danby menganggap perbuatan Datuk Ibrahim Ali yang menggelar beliau peliwat sebagai "bodoh" dan "jahil". Dalam komen beliau kepada Suara Keadilan, anggota Parlimen daripada Parti Buruh Australia (ALP) itu berkata tindakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa hanya memalukan Perdana Menteri Najib Razak dan Umno di mata dunia.

Semasa demonstrasi di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia yang dianjur bersama oleh Perkasa, Pergerakan Pemuda Umno dan Barisan Nasional Rabu lalu, Ahli Parlimen Pasir Mas itu mendakwa Danby sebagai "homosexual" (peliwat). Ibrahim memetik peribahasa Inggeris, "birds of a feather flock together" sambil berkata, "Saya dengar Danby adalah peliwat!," pada demonstrasi tersebut.

"Menyerang secara peribadi dengan melabelkan saya sebagai "homosexual" adalah menjijikkan dan perbuatan hina. "Berbeza dengan negara ini, kami menilai seseorang di atas kekuatan peribadi dan tidak menghakimi seseorang itu berdasarkan kepada peribadi mahupun kaum, agama ataupun orientasi seks mereka.

"Kenyataan bodoh daripada Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan seperti Ibrahim Ali bukan sahaja membuktikan pemikiran yang lemah dan jahil tetapi juga memalukan Perdana Menteri Najib Razak dan parti pemerintah Umno.

"Kenyataan tersebut membuktikan kepada rakyat dan masyarakat antarabangsa bahawa kerajaan Malaysia tidak mempunyai apa-apa asas kukuh untuk mempertahankan pertuduhan terhadap Anwar Ibrahim melainkan menggunakan taktik melempar gelaran hina kepada orang lain," kata Ahli Parlimen Melbourne Ports berusia 55 tahun itu.

Perkasa bersama anggota Pergerakan Pemuda Umno dan BN berdemonstrasi di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia di Jalan Yap Kwan Seng bagi membantah tindakan sekumpulan Ahli Parlimen Australia yang mendesak pertuduhan tidak berasas ke atas Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan. Pada 11 Februari lalu Danby serta 50 Ahli Parlimen Australia menghantar surat rasmi kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia Datuk Salman Ahmad bagi mendesak tuduhan tersebut digugurkan.

Tersangatlah Sibuk Aci Rempah Seorang Ini

Oleh: Al-Berangi

Adalah sorang Aci Rempah nih, bukan main sibuk lagi bila dengar 3 wanita disebat. Kononnya dia mahu setiap hukuman yang dikenakan ke atas wanita mestilah dibuat dengan adil dan saksama.

Dan juga Aci Rempah sorang nih nak pantau semua 'kerja' sebat-menyebat. Amboi Aci ni, kira nak jadi mandur ke nak jadi towkay?

Oi Aci, bukan main lagi. Jangan pertikai hukuman yang Mahkamah sudah laksanakan. Aci nih macam menghina Mahkamah saja.

Tapi, dalam Malaysia Boleh nih, asalkan dia jenama ‘yang dah mula lusuh dan berulat itu’, seluruh institusi Kerajaan, seluruh instrumen Kerajaan amat 'menikus', mengecut,untuk bertindak.

Mana lebih berotoriti, di antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur?

Sebatan dijalankan kerana mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram).

Aci tu sepatutnya sibuk pasal perkara-perkara yang menjerumus pesalah-pesalah tadi ke lembah itu.

Tempat-tempat maksiat, hiburan melampau, tidak menutup aurat dan sebagainya sepatutnya dititik beratkan, bukan pasal hukuman atau cara mana melaksanakan hukuman.

Aci buatlah kerja Aci, janganlah ganggu kerja Mahkamah.

Sunday, February 14, 2010

Keputusan sama ada kes Anwar diteruskan, 17 Februari

Oleh NORLIZAH ABAS

Keputusan sama ada pertuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal atau digugurkan bakal diumumkan oleh Mahkamah Rayuan pada 17 Februari ini.

Ia akan menjadi penentu sama ada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang ditangguhkan Rabu lalu, diteruskan pada Khamis depan atau beliau akan dibebaskan daripada tuduhan tersebut.

Keputusan itu akan diumumkan oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Wira Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Hakim Datuk Sulaiman Daud dan Hakim Datuk Azhar Ma'ah.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merayu terhadap keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah pada 1 Disember tahun lalu yang menolak permohonannya agar tuduhan liwat itu dibatalkan.

Ketua Pembangkang itu mengemukakan permohonan itu dengan alasan tuduhan tersebut berniat jahat, menindas dan menyalahgunakan proses mahkamah selain satu konspirasi politik serta muslihat jahat sama seperti pertuduhan yang dihadapinya pada 1998.

Anwar didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Peguam Karpal Singh yang mewakilinya berhujah agar tuduhan itu diketepikan kerana ia satu penindasan terhadap anak guamnya selain merupakan penyalahgunaan proses mahkamah:

"Tuduhan itu tidak berasas kerana laporan perubatan oleh tiga doktor yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari menyatakan tiada penemuan klinikal yang kukuh menunjukkan berlaku kemasukan zakar dalam duburnya."

Ujar Karpal, ketiadaan elemen yang amat penting itu mencacatkan tuduhan liwat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan sedangkan ia menjadi asas kepada intipati pertuduhan:

"Section 377B of Penal Code (Act 574): Punishment for committing carnal intercourse against the order of nature: Whoever voluntarily commits carnal intercourse shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years, and shall also be liable to whipping."

(If found guilty, and age above 50 years old, not be liable to whipping).

Ujar beliau, tiada gunanya pendakwaan diteruskan dengan memanggil saksi-saksi memberi keterangan memandangkan perkara asas iaitu kemasukan zakar pada pertuduhan tidak dibuktikan.

Sehubungan itu, beliau memohon mahkamah menetapkan pendiriannya dengan membenarkan rayuan tersebut meskipun perbicaraan telah dimulakan.

Menurut beliau, persoalan yang dibangkitkan sewaktu di Mahkamah Tinggi sama ada pendakwaan berlaku jujur atau bertindak mengikut arahan pihak atasan, tidak harus diberi perhatian pada ketika ini.

Sementara itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden berhujah agar rayuan itu ditolak kerana pertuduhan terhadap Anwar tidak mengandungi cacat cela meskipun tiada laporan klinikal yang kukuh menunjukkan berlaku kemasukan zakar.

Beliau menghujahkan, laporan perubatan itu yang mengandungi pemeriksaan fizikal terhadap mangsa yang juga pengadu kes hanya merupakan peringkat pertama penyediaannya dan masih perlu disokong oleh keterangan forensik.

Sehubungan itu, Timbalan Kanan Pendakwa Raya tersebut berhujah, laporan itu hanya akan lengkap melalui fasa kedua apabila doktor pakar dan ahli kimia memberi keterangan di mahkamah.

''Anwar mahupun peguamnya tidak berhak mempertikaikan sama ada wujud kemasukan atau tidak kerana ia akan dijelaskan dengan lebih terperinci oleh pakar yang menyediakan laporan itu,'' ujar beliau.

Dengan itu, Mohd. Yusof menghujahkan tiada berlaku penyalahgunaan proses mahkamah dan memohon agar pertuduhan terhadap Anwar dikekalkan manakala perbicaraan diteruskan.

Anwar memohon pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu dibatalkan dengan alasan laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Pusrawi menunjukkan tidak terdapat kemasukan zakar ke dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari.

Hakim Mohamad Zabidin dalam keputusannya menyatakan, walaupun laporan itu menyatakan 'tiada penemuan klinikal yang kukuh menunjukkan kemasukan zakar dalam dubur pengadu', ia tidak boleh dijadikan asas bagi mahkamah menggunakan kuasanya membatalkan pertuduhan tanpa mendengar keterangan saksi-saksi terlebih dahulu.

Sepuluh kematian pada hari keenam Ops Sikap ke-21

13/02/2010 7:33pm

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Sepuluh lagi kematian dicatat pada hari keenam Ops Sikap ke-21 semalam menjadikan jumlah mangsa yang terkorban sejak Ops sikap itu dilancarkan pada 7 Februari lepas sehingga semalam adalah 52 orang.

Daripada sepuluh kematian yang dicatatkan semalam tujuh membabitkan pengguna motosikal.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Supt. Rasdias Ramli berkata, tiga lagi kematian masing-masing membabitkan pengguna kereta, kenderaan pacuan empat roda dan pejalan kaki.

Tiga kemalangan maut berlaku di jalan persekutuan, masing-masing dua di lebuh raya, jalan negeri dan jalan-jalan lain serta satu di jalan bandaran, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, daripada 1,127 kemalangan yang dicatat pada hari keenam Ops Sikap itu yang dilancarkan sempena sambutan Tahun Baru Cina, 478 kemalangan berlaku di jalan bandaran, jalan persekutuan (291), jalan negeri (193), lebuh raya (113) dan jalan-jalan lain (52).

Sebanyak 10,444 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya. – Bernama

An Act of the Great Leader

After won a war, Abu Hurairah r.a. felt too thirsty. To pacify his thirsty stomach he put it on the earth but could not stand long. Then came over Saiyidina Abu Bakar, and Abu Hurairah asked him how to overcome his thirsty. Abu Bakar did not reply and went away. Then came over Saiyidina Umar, the same happened. Lastly came across Rasulullah s.aw. Abu Hurairah then asked him the same question.

Muhammad ordered to follow him. He followed Muhammad and reached a place where Muhammad always met his followers. There, they found a big buckle full of milk. Muhammad asked Abu Hurairah to call the laymen who always fought for the path of Allah. Muhammad asked Abu Hurairah to pour a cup of milk to each of them.

When finished served them all, Muhammad said then they were two only left who did not drink the milk. Muhammad said, “Ya, Abu Hurairah now it is your turn to have the drink.” Abu Hurairah drank the milk until satisfied. Muhammad then said, “Is there any left?” Abu Hurairah said yes.

Muhammad then drank the balance left by Abu Hurairah.

The morale of the story?

It was an act of the great leader. The great leader would satisfy his followers first than himself. Not to most leaders today who are only to satisfy themselves first then only the followers.

Sebuah Sampel Cakap-cakap Politik

Bermula tahun depan, guru besar dan pengetua yang berjaya melonjakkan kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan akan diberikan ganjaran dan insentif oleh Kementerian Pelajaran.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penilaian prestasi akan mula dilakukan tahun ini dengan setiap pencapaian sekolah akan menjadi kayu pengukur terhadap prestasi guru besar ataupun pengetua.

“Malah bukan sahaja kepada pengetua ataupun guru besar, imbuhan itu juga akan turut dirasai guru-guru di sekolah yang terlibat dan ini akan memberikan galakan kepada golongan tersebut untuk berusaha lebih keras bagi meningkatkan prestasi sekolah masing-masing,” katanya.

Muhyiddin, yang juga Menteri pelajaran, berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah kecemerlangan pelajar Yayasan Terengganu kali ke 31 dan program Juara Rakyat peringkat Parlimen Kuala Terengganu di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak memperjelaskan bentuk ganjaran atau insentif yang akan diberikan nanti. – Bernama

Ejen Etiqa belajar di UUM

BUKAN mudah untuk menjadi seorang ejen sebuah syarikat insurans. Ejen tersebut bukan sahaja perlu mempunyai kemahiranberkomunikasi dan penampilan yang meyakinkan bagi memasarkan jenama yang diwakili, pengetahuan mengenai produk dan juga syarikat perlu dikuasai.

Peka dengan keadaan semasa dan memahami risiko dalam pasaran menjadi penambah nilai agar ejen mampu mencapai sasaran jualan.

Dengan kesedaran bahawa ejen-ejen harus mempunyai pengetahuan secara ilmiah dalam bidang itu, Etiqa Insurance dan Takaful memperkenalkan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Risiko dan Insurans.

Ia bagi meningkatkan daya saing syarikat di pasaran negara dan antarabangsa. Bukan sahaja itu ia juga bagi meletakkan ejen tersebut di satu tahap yang tersendiri yang bukan sahaja berpengalaman tetapi berpelajaran.

"Kami mewujudkan program ini adalah bagi meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan profesionalisme ejen-ejen kami.

"Bukan sahaja ia akan membantu ejen-ejen memberi perkhidmatan yang terbaik dengan kelulusan ini ia mampu meningkatkan perkembangan diri dan menambah baik taraf hidup mereka," kata ketua pengarah eksekutifnya, Datuk Aminuddin Md Desa.

Program itu yang merupakan usaha sama Etiqa dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) menawarkan program jarak jauh dengan kelas akan diadakan pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan.

UUM akan menyediakan silibus dan juga tenaga pengajar manakala Etiqa menyediakan para pelajar. Ejen-ejen akan berdaftar sebagai pelajar UUM dan perlu mematuhi undang-undang seperti pelajar lain. Sekiranya gagal dalam sesuatu subjek mereka harus mengulang semula bagi melengkapkan jam kredit.

Dengan kelas diadakan di Kuala Lumpur pelajar ejen Etiqa akan didedahkan dengan pembelajaran menerusi Internet, makmal komputer dan juga praktikal.

Ejen-ejen harus memenuhi syarat kelayakan akademi dan juga pencapaian dalam jualan masing-masing. Mereka yang berminat harus memohon dan pihak Etiqa dan UUM akan menentukan ejen yang mana layak untuk mengikuti program tersebut.

Menurut Ketua Akademi Etiqa, Mohd. Sani Ayob, syarikat sememangnya komited dalam meningkatkan tahap pengetahuan dan daya saing ejen-ejennya.

"Pelbagai program dan kursus eksekutif diadakan bagi memastikan ejen-ejen di Etiqa berkualiti dan mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai produk dan juga pasaran.

"Ini adalah program ijazah yang pertama diadakan. Ia adalah bagi memastikan kerjaya mereka di Etiqa adalah kerjaya yang berterusan," katanya.

Pihak syarikat akan menanggung 75 peratus daripada yuran pengajian manakala ejen perlu membayar selebihnya. Pun begitu, sekiranya ejen tidak mendapat keputusan yang cemerlang keistimewaan itu akan ditarik balik.

Subjek-subjek program itu merangkumi subjek wajib universiti iaitu Perhubungan Etnik dan Bahasa Inggeris Untuk Komunikasi Kenegaraan Malaysia.

Subjek utama program termasuklah Insurans dan Risiko, Pengurusan Matematik, Akaun, Undang-Undang Perniagaan, Undang-Undang Insurans, Mikroekonomi, Makroekonomi, Pengurusan Kewangan, Pelaburan, Kajian Metadologi, Statistik dan Pengurusan, gabungan subjek Pemasaran, Tingkah Laku Pengguna dan banyak lagi.

Program itu bakal memakan masa selama empat tahun dan pengambilan pertama telah dilakukan seramai 25 orang pelajar dengan penuntut tertua dalam program itu berumur 62 tahun.

Dalam pada itu Timbalan Canselor UUM, Tan Sri Dr. Nordin Kardi memberitahu beliau amat berterima kasih kerana pihak Etiqa memilih universiti tersebut dalam usaha sama tersebut.

"Ramai orang layak masuk ke universiti namun tidak berupaya melakukannya. Dengan ada usaha seperti yang dilakukan Etiqa lebih ramai mampu memiliki segulung ijazah," katanya.