Tuesday, May 29, 2012

Mahathir Ramal Umno Ganas Jika Kalah?

Oleh: Ahmad Lutfi Othman
29 Mei 2012

Sewaktu debat mempertemukan Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin disifatkan sebagai permulaan budaya politik baru yang sihat dan matang, kita dikejutkan dengan siri aksi brutal terhadap program Pakatan Rakyat.

Ketika rakyat masih mengingati dengan jelas perlakuan ganas polis semasa menyuraikan himpunan aman Bersih 3.0, riak kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka bakal menjadi gelanggang terburuk dalam sejarah, seperti hampir tidak dapat dielakkan lagi.

Terbaru, 24 Mei, di Pantai Dalam, media melaporkan batu dan telur berterbangan semasa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berceramah, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepala. Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis dturut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan.

Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan. Personaliti yang ghairah menabur fitnah, Ummi Hafilda Ali berceramah dengan pembesar suara dihalakan kepada audien program Pakatan Rakyat, dengan menjawab secara langsung isu-isu yang dibangkitkan penceramah Pakatan berhampiran.

Hari yang sama, di Sayong Lembah, Kuala Kangsar, pada majlis ceramah membabitkan bekas Menteri Besar Perak yang digulingkan, Nizar Jamaluddin, 11 kereta disimbah cat biru. "Cat itu kebanyakannya disimbah di bahagian lampu depan," kata Nizar.

Minggu ini juga, kumpulan anti-Bersih, yang diketuai pemilik Restoran Sekinchan Ikan Bakar, Jamal Yunus, secara berterusan melakukan provokasi dan gangguan melampau di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih, S Ambiga selepas aksi "senaman punggung" dipamerkan pada 15 Mei.

Minggu lalu, di Melaka, batu dan telur juga berterbangan di majlis minum petang anjuran PAS, di mana Ambiga dijadual hadir. Dua Adun DAP, Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiew (BAndar Hilir) berkata, tayar kenderaan mereka dipancitkan, cermin sisi pecah dan badannya kemik teruk dihantam kumpulan pengacau yang didalangi Umno, termasuk beberapa wakil rakyatnya.

Siri gangguan ke atas program dan personaliti pembangkang dijangka berterusan, malah mungkin ditingkatkan, kerana ia sudah menjadi budaya Umno sejak zaman berzaman (ingat zaman Pemuda Tahan Lasak Umno), yang kini pimpinan parti berkenaan gelabah dan kelihatan gabra menghadapi "hukuman rakyat" dalam PRU13.

Secara peribadi, saya pelik memikirkan bagaimana Umno-BN yang meniti saat-saat sukar ini, memilih pendekatan konfrontasi, yang sebenarnya semakin menjauhkan lagi parti itu daripada sokongan pengundi.

Meskipun ia ibarat "baling batu sembunyi tangan, namun banyak bukti boleh ditunjukkan bahawa segala serangan dan provokasi jahat selama ini (ingat siri gangguan sejak keputusan PRU12, Mac 2008, khususnya di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan, dengan kemuncaknya rampasan kuasa kerajaan Perak), ditaja oleh Umno.

Sepatutnya, menjelang PRU13 yang cukup kritikal itu, semua parti-parti yang bertanding mempersembahkan pendekatan terbaik bagi memikat hati dan pemikiran pengundi, bukannya melakukan tindakan agresif -- apatah lagi berunsur samseng dan ganas -- yang hanya menyebabkan masyarakat menjadi lebih marah dan jelik.

Aneh sekali strategi Umno ini, 'kan? Ketika perayu kempen berusaha dengan segala tenaga untuk melunakkan hati pengundi, mereka memilih taktik yang boleh menikam belakang sendiri!

Tentu ramai mengingati bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menghadapi asakan di luar adab kemanusiaan, termasuk dihadiahkan "kek tahi" yang menjijikkan sempena hari jadinya tidak lama dahulu.

"Apa nak dihairankan, tengok saja akhbar-akhbar yang dimiliki Umno, yang tidak malu-malu menyiarkan gambar lucah dan porno, hanya untuk memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat. Blogger yang ditaja dan diupah Umno, serta mendapat layanan istimewa pemerintah, bersikap biadab dan kurang ajar ketika memaparkan posting mereka," kata seorang teman, seorang pensyarah sains politik.

Ternyata Umno tidak sabar dan tahan uji menghadapi kekalahan, apatah lagi menunggu "saat kematian". Sedangkan selama ini, sejak pilihan raya umum pertama, pembangkang khususnya PAS, tetap  menolak pendekatan kekerasan atau militan meskipun sering diganasi secara fizikal dan istiqamah dengan  "muwajahah silmiyyah".

Pemimpin dan aktivis PAS menghadapi ujian perit, termasuk dibunuh, dipenjarakan, dibuang daerah, dinafikan hak sebagai warga dan pelbagai bentuk pengkhianatan lain. Biarpun kalah teruk -- termasuk melalui penipuan -- dalam pilihan raya, PAS tetap menghormati proses demokrasi dan pemimpinnya berjaya meyakinkan ahli-ahlinya agar tidak memilih jalan di luar batas undang-undang.

Justeru, apabila bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad cuba melakukan satu lagi provokasi jahat, bagi saya ia satu tindakan tidak bertanggungjawab dan patut dikecam.

Dalam blognya,  Dr Mahathir mendakwa jika Pakatan Rakyat tewas dalam PRU13, mereka akan menganjurkan "demonstrasi ganas" tanpa henti untuk menolak keputusan itu. Selepas itu, pembangkang akan mengusahakan pilihan raya baru yang dimanipulasi mereka diadakan.

"Tunjuk perasaan Bersih yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU13 jika parti lawan gagal memenanginya. Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan," dakwanya.

Kalah dalam pilih raya bukan satu isu besar bagi pembangkang. Mereka sudah melaluinya sejak sekian lama. Sejarah menjadi saksi pembangkang dapat menerima kekalahan itu tanpa menimbulkan huru-hara. Yang panik dan gelabah apabila ditewaskan adalah Umno. Tidak dapat dengan jalan kasar, mereka memilih pendekatan membeli wakil rakyat dengan sogokan rasuah.

Namun, jika PRU13 berjalan secara tempang, penuh penipuan dan sarat dengan manipulasi, seperti tergambar melalui pelbagai komplot hari ini, saya sendiri tidak dapat menolak kemungkinan rakyat akan bangkit membantah melalui perhimpunan yang lebih ramai daripada Bersih 3.0 lagi.

Apakah Dr Mahathir sudah menduga bahawa Umno-BN sudah bersiap untuk melakukan "kejahatan dahsyat" itu dalam PRU13 nanti? Atau beliau sekadar membayangkan Umno sendiri  mungkin mencetuskan huru-hara dan keganasan sekiranya kalah dan hilang kuasa di peringkat persekutuan nanti, seperti terjelma secara kecil-kecilan sehari dua ini?

Thursday, April 12, 2012

Rakyat Sudah Meluat Terhadap Pemerintahan Negeri/Pusat Ameno-BiEnd


Oleh: Cucu Kulop Hasnan Alang Derani

Sudah lama aku tidak menulis bagi meluahkan perasaan yang terbuku. Tetapi TV3 telah membuat aku berang malam ini. Mula Berita, rasanya ok kisah tentang bencana tsunami dan sebagainya. Tiba-tiba di tengah-tengah diselitkan tentang Anwar Ibrahim. Maka disebutlah nama hindu laknatullah Datuk Nalla Warkak. Nalla Warkak ni bukan hanya banyak Melayu tidak suka, kaum India pun majoritinya benci dengan dia. Kalau tidak kerana menjilat pemimpin Ameno-BiEnd, sudah lama dia dalam penjara sekarang atau nobody knows.

Pernah aku bertanya staf aku dengan satu soalan. Iaitu dari PM sampailah ke Ahli JKKK daripada Ameno-BiEnd, siapalah pemimpin dikalangan mereka yang boleh jadikan contoh. Agak lama dia menggaru-garu tengkuknya yang tidak gatal untuk menyebut satu dua nama. Akhirnya satu pun dia tidak dapat sebut, walaupun aku telah menyebut beberapa nama seperti PM dan TPM sekarang, Mustapha  Mohamed, TAM, Noh Omar, Khir Toyo, Mukhriz Mahathiak, KJ, JJ, Adnan Yaakob, Satim Demon, dan banyak lagi.

Jelas tidak seorang pun daripada mereka yang boleh diharap, apatah lagi hendak dianggap sebagai pembela agama, bangsa dan negara. Malah merekalah penjual dan penjahanam yang lebih berbahaya daripada parasit seperti pernah/sedang diucapkan oleh Dr Hasan Ali. Kawan saya itu terus terbuka mindanya dan mengakui memang Ameno-BiEnd tidak boleh disandarkan sebarang harapan.

Cuba lihat Adun dan Bekas Adun Selangor, rumah mereka semuanya umpama mahligai dan istana. Kalau tidak percaya cuba tinjau dan lihat bila ada masa. Misalnya lihat pemimpin-pemimpin ini yang tinggal di Shah Alam, Ampang, Kelang, Kuala Selangor dan banyak tempat lagi. Belum lagi disebut harta-harta lain yang diperolehi secara tidak mengikut undang-undang dibenarkan, moral dan agama.

Wahai pemimpin Ameno-BiEnd, kami tidak kisah siapa dia DSAI atau Azmin Ali. Yang kami kisah you all harus dibakul sampahkan secepat mungkin. Kalau tidak majoriti rakyat akan terus tertipu dan dihamba abdikan demi tembolok rakus kalian!

Atas faktor kesihatan, DSAI buat masa ini sedar sejauh mana beliau boleh pergi dalam politik negara. Kami pasti dia akan memberi laluan kepada pemimpin PR yang lain untuk menerajui PR jika kesihatannya tidak mengizinkan lagi. Banyak ada; PR ada Khalid Ibrahim, Azmin Ali, Hj Hadi Awang, dan ramai lagi professional terbilang yang tidak terbilang ramainya berbanding yang Ameno-Bi End ada.

Untuk meningkatkan taraf hidup rakyat bukan semata-mata dengan memberi wang umpama memberi ikan (RM100, RM200 dan RM500). Di mana wajar rakyat juga selebihnya harus diberi kail dan mata pancing. Barulah mereka akan dapat berdikari dan membawa negara ke arah kemakmuran berganda.

Manakala kalau jadi mahasiswa, apabila habis studi dibebani pula hutang keliling pinggang. Dengan gaji dalam lingkungan RM2,000 (itu pun kalau dapat kerja makan gaji) mana cukup? Mesti hendak beli kereta, rumah dan hendak berumahtangga. Tolak-tolak apa yang tinggal? PM suruh beli rumah harga RM200k yang boleh dihutang sampai 30 tahun. Itu pun kalau rumah tu tidak terbengkalai! Itu pun kalau bank rela hendak bagi loan dengan income tidak seberapa itu. Idea sebegini ada akal ke? Rambut pun dan semua nampak putih (dimakan sumpah?) dan stail/isi cakap pun sudah setaraf pencacai sahaja.

Syarikat-syarikat swasta disuruh tekankan KPI, kekananan dan kelulusan professional/akademik 100% dikesampingkan. Manakala, kalau ada kakitngan yang sakit atau kemalangan semasa dalam perkhidmatan kalau boleh akan disuruh berhenti sebab kononnya tidak produktif lagi bagi syarikat tersebut. Bukankah ini penganiyaan namanya? Dengan berkuatkuasanya KPI 100% maka wujudlah budaya ampu bodek, tikam kawan dari belakang, budi bicara dan kebijaksanaan dikesampingkan.

Siapa yang menghina orang Melayu? Tidakkah orang Melayu sendiri yang enggan mengaku bahawa dirinya Melayu? Sampai Bahasa Melayu tidak berdaulat dalam ertikata sebenarnya di Tanah Melayu sendiri? Adakah kita mengharapkan orang bukan Melayu uttuk mendaulatkan dan menyebarluaskan penggunaaan Bahasa Melayu?

Professional Melayu yang terdiri daripada akauntan, peguam, doktor, jurutera, ahli farmasi, arkitek, angkasawan, bukankah majoriti mereka datangnya daripada sekolah dan universiti yang beraliran Bahasa Melayu disuatu ketika dulu? Sebagai perbandingan, di zaman tahun 1960’an dulu, dengan menggunakan Bahasa Inggeris, bilangan professional Melayu boleh dibilang dengan jari.

Bahasa bukanlah halangan. Bahasa Inggeris boleh dipelajari setelah bekerja. Kalau minat, hendak belajar Bahasa Inggeris bukan susah sangat. Kebolehan berbahasa Inggeris akan datang dengan sendirinya. Kenapalah kita tidak berprinsip seperti orang Jerman, Perancis. Jepun dan Korea? Dimana bahasa ibunda mereka diutamakan, dan mereka muncul sebagai kuasa ekonomi dunia terbesar dikala ini. India dan Pakistan yang majoriti pandai Berbahasa Inggeris sejauhmana kemajuan mereka terutama dibidang ekonomi berbanding Jepun, Jerman dan Perancis juga Rusia?

Fikir-fikirkanlah. Yang penting dalam PRU13 ini humbankanlah ke laut Ameno-BiEnd yang sudah reput oleh serangan anai-anai (tidak boleh dibajai/dibaikpulih semula). Rakyat jangan takut dengan segala tohmahan dan gertak Ameno-BiEnd yang hanya sudah tinggal gusi sahaja.

Thursday, March 15, 2012

Najib Tinggal Dua Bulan Lagi


By: Subky Abdul latif

SAYA ditanya tentang ratus ribu belanja bertunang anak Perdana Menteri dan banyak ribu lagi untuk hari jadinya yang bayarannya dikatakan  dibuat dari Jabatan Perdana Menteri serta berbilion membeli undi – RM500, RM200 dan RM100 bagi seorang.

Apa reaksi saya tentang Perdana Menteri itu, ‘Biarkanlah. Dia tinggal dua bulan saja lagi jadi Perdana Menteri.’

Mengapa?

Kalau pilihan raya diadakan hujung Mei atau awal Jun, lepas itu habislah tempohnya. Orang lainlah pula jadi Perdana Menteri.

Bagaimana?

Tidak perlu dicerita lagi. Orang lain dari parti lainlah yang mengambil kuasa di Putrajaya.

Lagi cepat pilihan raya itu diadakan,  lagi cepatlah Rosmah Mansor tidak bergelar Wanita Pertama.

Habis, Perdana Menteri macam mana? Siapa pula?

Anwar Ibrahimlah! Siapa lagi?

Kalau begitu Dr. Wan Azizahlah jadi Wanita Pertama?

Tidak. Ia diserahkan semula kepada Raja Permaisuri Agong. Tiada lagi selepas itu orang biasa menjadi Wanita Pertama. Isteri Najib saja orang biasa pertama  dan terakhir jadi Wanita Pertama.

Memulangkannya kepada Raja Permaisuri Agong adalah adab memelihara institusi istana. Tidaklah lagi orang-orang di kayangan mengata institusi istana  sudah goyah.

Apakah tempoh Perdana Menteri Najib hendak berakhir?

Apa lagi yang ditunggu?

Memanjangkan tempohnya hingga setahun lagi akan menyegerakan negara jadi macam Greece dan  Itali, berada di ambang muflis. Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sudah berkata, Malasyia boleh bankrap sebelum tahun 2020.

Yang menyebabkan muflis itu bukan lagi kerana meneruskan subsidi tertentu, tetapi berbelanja menteri kewangan seperti hujan lebat mencurah bumi. Jika lepas dua bulan nanti Najib tidak digantikan, tunggulah berlakunya amaran Idris Jala.

Apakah selepas dua bulan ini Najib akan pergi? Jika dia adakan pilihan raya seperti yang dirancangnya itu, maka dia menempah untuk pergi cepat. Kalau ditunggunya hingga tahun depan, bagaimana? Tunggu tahun depanlah pula.

Apa yang tidak sempat dibuat kiranya Najib digantikan dua bulan lagi?

Mungkin rayuan pembebasan Anwar atas kes  liwat 2 tidak sempat diselesaikan. Tetapi entahlah kalau ia disegerakan.

Bagaimana kalau rayuan itu lambat selesai?

Sempat Anwar jadi Perdana Menteri dulu.

Apa ajaibnya kalau Najib berakhir dua bulan lagi?

Ia memberi peluang kepada Dr. Mahathir melihat  apa yang  dia tidak mahu lihat selama ini.

Bukankah ia memakbulkan impian Anwar selama ini?

Itu Anwar dulu. Semasa dia berdua Mahathir. Tetapi sudah dia tidak lagi berdua, keutamaannya Dr. Mahathir tidak mahu melihatnya menjadi Perdana Menteri.

Kalau Najib tumbang dua bulan lagi, ia bukan kekalahan Najib yang utama, tetapi yang utama itu ialah kegagalan dan kekecewaan Dr.  Mahathir. Najib itu sekadar buah catur Mahathir saja.

Yang membuang Abdullah Badawi dulu ialah Mahathir. Tetapi kalau Najib dibuang ia kerana Dr. Mahathir sudah tidak  tahu nak apa lagi. Ia adalah kerana orang ramai hendak menyelamatkan negara jadi muflis seperti yang Idris Jala sebut dan mahu  mengelakkan Perdana Menteri berbelanja ikut suka hati isteri.

Anwar sudah tidak seperti dulu lagi hendak menjadi Perdana Menteri. Hal itu sudah jadi payah apabila Mahathir buat dia begitu. Tetapi yang mahukan Anwar menggantikan Najib ialah sekalian rakyat dan orang-orang yang kesiankan Malaysia yang tidak lalu lagi tinggal  di bawah penyelewengan UMNO, BN dan Najib.

Setakat ini dia yang berupaya untuk mencabar kerakusan UMNO dan Najib.

Tunggulah dua bulan lagi apakah dapat diselamatkan atau pun terpaksa menanggung beban lagi?

Saturday, January 21, 2012

Pendedahan Khalid Memalukan Hasan

http://msomelayu.blogspot.com/2012/01/sebangun-tidur.html

Dalam sidang akhbar mengumumkan perlantikan Exco baru kerajaan Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai mengganti Hasan Ali @ Ahsan Akidah serta rombakan kecil portfolio, Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan sesuatu yang tidak disangka oleh orang ramai iaitu mengenai surat Hasan Ali kepadanya. Oh rupa-rupanya ada protes senyap oleh Ahsan terhadap tindakan segera Khalid itu.

Menurut Khalid, Hasan ada menghantarkan surat kepadanya mempertikaikan tindakannya untuk melantik penggantinya yang dipersoalkan terlalu awal. Menurut Khalid dalam surat itu Hasan memberi tahunya dia masih lagi ada peluang dan ruang untuk merayu kepada Majlis Syura Ulamak. Ertinya Ahsan masih merasakan dia masih ahli Pas padahal secara tektikalnya dia sudah pun bukan ahli Pas lagi.

Tektikal inilah yang Ahsan tidak faham dan sekaligus menunjukkan dia jahil politik. Kalau dia arif dan mengerti tindakan politik, bila parti mengambil tindakan drastik itu bermakna adalah masalah parti disebaliknya. Saya sudah mentafsirkan tindakan drasktik dengan memberi edah selama sebulan itu satu startegi untuk membuang Ahsan.

Itulah kerana terlalu bijak dan pandai cakap hal-hal seni kejahatan seperti urusan pemecatan beliau itu tidak sempat diketahui. Malangnya lagi nasihat orang tidak mahu dengar dan ego dengan kecerdikan sendiri yang tidak banyak membawa untung.

Pendedahan Khalid tentang surat Hasan yang membawa maksud supaya tidak menyegerakan melantik penggantinya sesuatu yang memalukan. Dengan pendedahan itu menunjukkan Hasan yang sebelum ini cakap sedap, keras dan berbunyi tegas jadi sebaliknya. Orang boleh membuat ulasan yang surat itu seolah-olah Ashan menyesal atas apa yang berlaku.

Surat yang didedahkan oleh Khalid itu juga membolehkan orang mentafsir yang Hasan berharap jawatan itu akan terus dipegangnya. Orang mentafsir yang dia hendak merayu dan mengharap rayuan diluluskan. Mungkin Ahsan sudah berbincang dengan mana-mana ahli Majlis Syura Ulamak akan mempertahankan dirinya dan berharap jawatan Exco itu akan kekal kepadanya.

Langkah diambil Khalid itu tidak salah dan tidak perlu dipersoalkan Ahsan. Sebagai seorang yang patuh kepada peraturan dan profesional dalam administratif jujur dalam pentadbiran Khalid bertindak mengikut maklumat dengan menggunakan kuasa yang ada kepadanya.

Katanya dia menerima surat pemakluman dari ibu pejabat Pas mengenai Ahsan Akidah dipecat bertarikh 10 Januari. Menurutnya dalam surat itu tidak pun dijelaskan soal rayuan. Khalid hanya berpandu kepada isi surat berkenaan dan tentulah dia menerima pemakluman itu sebagai muktamad.

Sebagai ketua eksekutif Khalid perlu mengambil tindakan dan menyegerakan mengisi kekosongan itu. Dia perlu berbuat begitu seberapa cepat yang boleh kerana ia ada sangkut paut dengan kepentingan rakyat. Khalid dalam soal ini meletakkan soal rakyat lebih utama daripada memikirkan atau simpati kepada Ahsan.

Ahsan sebenarnya tersalah langkah. Dia sepatutnya memaklumkan surat itu kepada istana Selangor dan bukan pejabat MB Selangor. Di sini kebijaksanaan Ahsan boleh dipertikaikan. Inilah yang dikatakan Ahsan mendapat nasihat yang tidak pandai dan lebih kepada 'kaki pong' sahaja, alhasilnya dia terlepas segala-galannya.

Dengan protes kecil itu saya beranggap Ahsan sayang untuk melepaskan jawatan itu walaupun sebelum ini dia berkata, dia akan terus berjuang samada jadi Exco atau tidak. Kalau dia tidak sayang dan terkedu dengan pemecatannya itu untuk apa dia hantar surat mempersoalkan tindakan Khalid. Kalau kita redha dan merasa kuat dan mendapat sokongan ramai, peduli sama ada Khalid hendak segera atau tidak hendak mencari pengganti.

Tetapi jadi sebaliknya. Ahsan mempersoalkan dan persoalan itu menyebabkan Ahsan kini dilihat sudah terjempit. Untuk pengetahuan Ahsan apa-apa isu atau perkembangan dalam politik ia berjalan dan bergerak begitu cepat dan pantas. Ia laksanakan kereta api laju yang akan meluncur tanpa mempedulikan kepada mana-mana penumpang yang lambat atau merasa dia akan ditunggu oleh keretapi itu.

Ahsan adalah penumpang yang hendak menaiki atau mempermainkan dengan kereta api laju. Walhasilnya jadilah Ahsan seperti hari ini penumpang malang yang mahu naik koc kelas pertama tetapi natijahnya dia ditinggal keretapi.

Nasihat akhir saya untuk Hasan lebih baik beliau redha di atas apa yang berlaku seperti mana yang diucap-ucapkan sebelum ini. Dia pernah berkata kepada saya yang berbunyi begini; "hari ini kalau di Selangor ada pemimpin muda yang lebih berkelayakan, saya akan redha melepaskan jawatan saya kepada pemimpin sebegitu..." Nah pemimpin muda itu kini sudah pun ada dia ialah Dr Ahmad Yunus Hairi dan Dr Rani Osman maka Ahsan hendaklah mengotakan kata-katanya itu.

Sedap telinga saya ketika mendengar pengucapan Ahsan tempoh hari, bangga dengan semangat dan pendiriannya. Sifat begitulah yang dimahui, tetapi apabila sebaik terlepas keretapi laju, Ahsan merembas beg dan bergelepar dan meraung-raung menyebabkan penghormatan saya kepada beliau terus hilang.

Kepada salah seorang penasihatnya, saya sudah cakap Ahsan akan menjadi tumpuan dan kata-kata berbisa kerana kedudukannya sebagai ahli Pas dan seorang Exco. Selepas ini sesudah dia tidak jadi Exco tidak ada siapa akan menghairaukan dia lagi. Justeru mintalah Ahsan berhenti dan pertelagahan beliau dengan Mustapa Ali sudah dimenanginya.

Kalau Ahsan diam dan tidak terus mempersoalkan Pas dia akan tetap kekal sebagai Exco dan dia juga saya yakin akan diberikan tempat untuk bertanding dalam pilihan raya. Percayalah, tekan saya bergaduh dengan jemaah tidak akan menang betapa hebat, gah, bijak mana sekalipun kita.

Saya sudah memberi kata-kata nasihat itu. Apakah ia sampai ke telinga Ahsan atau tidak walahualam, tetapi orang yang mengambil nasihat itu adalah orang yang berada dengannya sepanjang hari dan akan berhubung tidak kurang 10 kali sehari.

Akhirrul kalam, nasib Ahsan hari ini tak ubah seperti ais di dalam gelas yang mengandungi air panas, dia akan mengecil kemudian akan tenggelam didalam gelas larut bersama air kemudian menjadi sejuk. Ibarat bekas air dikedai kopi selepas pelanggan bangun pergi tuan kedai akan mengambil gelas itu dan mencurahkan air bekasan itu ke dalam longkang.

Nampaknya Ahsan kini sudah pun hampir dengan longkang.

Sunday, January 8, 2012

The Eve of 09.01.2012 – Appearance of the Political Pretenders


Oleh: Cucu Kulop Hasnan Alang Derani

The decision by PAS Central Working Committee is allowable and acceptable by most party members in expelling Dr Hasan Ali. His action in Malay could be described as more spoons than the curry in several cases recently.

Actually, his qualification is not in Islamic Studies, but in Architecture from one of the American continent countries. He just has certain knowledge in Islamic Religion only.

That’s all. He is not an ‘Ulamak’. ‘Ular Mamak might be’. Even Raja Petra has hated him in an article sometime about month ago concerning of his attitude and action during raiding a church in Selangor.

Tonight, in TV3 then appeared Zul Nordin MP of Kulim-Bandar Baru, a desperate lawyer. After him appeared Ezam MN the Ameno sucker/polisher because of money. Then appeared Choo Keong, MP of WM which showing his concern on the public welfare in his constituency, in fact pretending, hence in the coming GE he would be chosen again by the people there.

Last night appeared Umi Hafilda – a lady of no value. She is a tool to the Bien/Ameno since 1998, where the same theories, tactics and stories being told when appeared in front of the media.

Zahrain of Bayan not appeared this time. He is expected to lose in the next 13th General Election. Even Bien/Ameno has no trust to him at all.

If I am an employer, I would not employ these types of people, except Hasan Ali whom I think I could be exploited from his naivety. To me, he is not a cunning political leader. He once lectured me sometime in 1994 at Bangi, nothing attractive, just like other ordinary lecturer.

We do not have evidence/prima facie that DSAI has done wrongdoings, except based on the talks, rumors, gossips that never have the locus standi. I don’t say that DSAI is perfect, as human being we all have our imperfectness, except if we are angels or the God himself.

Actually most people are tired of the present government pretendings, manipulating, exploiting, unacceptable roles and activities.

Tomorrow is 09.01.2012. Where’s DSNTR & DSRM now?

In South Africa! Seem, they do not want to see what is going to happen in KL tomorrow after the verdict on DSAI case passed by the High Court Judge. Both of them are ‘lepas tangan’. All the evidences being produced in courts are dusts and shits, according to most people especially the bloggers. Few points to ponder:
  1. Saifool met them on 24th.
  2. Claim had been sodomized on 26th.
  3. Served coffee to DSAI and frens without any sign of being sodomized on 27th. Looked smiling and in happy mood.
  4. Saifool could deter defecate for two days (which other normal man/I could not afford to do!)
At present, all people in Bien/Ameno are shits. The Malaysians are seeking for the truth and could not tolerate any more manipulation, exploitation by the present corrupt federal government.

“Isi-isi mereka makan, hanya baki yang mereka tidak mahu saja yang diberikan kepada rakyat-rakyat didahulukan.”

Friday, January 6, 2012

Cerita Liwat Daripada Mahkamah Yang Media Ameno/BN Tidak Siarkan


Oleh: Mohd Rashidi Hassan


SEJAK dari awal pertuduhan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah konspirasi jahat Umno-Barisan Nasional semata-mata.

Umno-BN hanya mahu membunuh karektor peribadi Anwar, memalukan beliau dan menganiaya beliau dengan suatu pertuduhan yang jahat dan zalim.

Apabila kes liwat ke-2 berlaku, wujud tanggapan pihak-pihak tertentu yang menunjukkan keraguan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Mereka menerima kes liwat pada tahun 1998, tetapi ada antara mereka yang meragui Anwar selepas didakwa oleh Saiful yang menampilkan diri sebagai ikhlas, suci, dahi hitam dan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta.

Namun selepas perbicaraan berlangsung, semua konspirasi dan kedangkalan Umno-BN terbongkar, kejahatan Saiful mula terlondeh satu persatu.

Media talibarut Umno-BN menyembunyikan fakta sebenar. Menyembunyikan apa yang berlaku di mahkamah. Menutup segala ruang yang mendedahkan kejahatan pemimpin Umno dan hanya melaporkan laporan berat sebelah.

Anwar digambarkan sebagai pelaku seks songsang yang ganas. Didedah kononnya berlaku seks oral, penetrasi liwat melalui punggung dan sebagainya.

Anwar dan keluarga dimalukan dalam episod jahat yang memualkan, gara-gara kerakusan kuasa pemimpin Umno-BN.

Kejahatan mereka untuk menyembunyikan fakta akhir gagal ditutup dengan keterangan di mahkamah. Beberapa fakta besar yang dibongkar di mahkamah mendedahkan semua kedangkalan Umno-BN.

Pertama, menerusi keterangan pegawai penyiasat polis, Superitendan Jude Blacious Pereira jelas membuktikan pembabitan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib dan Rosmah seringkali menafikan pembabitan mereka, kononnya pertuduhan liwat hanyalah antarta masalah bekas kakitangan dan majikan.

Kerajaan dan Umno-BN tidak ada kena mengena kata Najib. Okay, itu dakwaan Najib, jika mereka berdua tidak ada kena mengena, mengapa pihak polis mengambil keterangan dari keduanya?

Supt Jude cuba mengelak untuk menyebut nama Najib dan Rosmah, tetapi selepas ditekan peguam Karpal Singh, beliau memperakui menyoal siasat Rosmah dan Najib dalam kes liwat.

Hari ini rakyat mahu tahu mengapa Najib dan Rosmah menemui Saiful pada 24 Jun 2008, manakala kejadian liwat didakwa berlaku pada 26 Jun?

Kemudian Saiful membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor pada 28 Jun 2008. Apa kaitan kedua mereka dalam kes ini dan apakah keduanya menjadi perancang utama untuk memerangkap Anwar?

Najib dan Rosmah harus disapina ke mahkamah untuk digrill peguam Karpal.

Fakta kedua lebih mengejutkan. Dibongkar di mahkamah, terdapat sepuluh sampel profail DNA (Deoxyribo Nucleic Acid) yang berbeza pada rektum Saiful.

Wujud persoalan, jika Saiful seorang pendakwa yang genuine, apakah penjelasan yang harus beliau berikan dengan penemuan banyak spesimen DNA yang berbeza dalam usus beliau?

Yang media talibarut Umno-BN hebohkan adalah mengenai penemuan DNA yang ditanda lelaki Y (male Y) yang hendak dipadankan dengan Anwar. Namun segala spesimen yang didakwa milik male Y, yang diperolehi dari tuala Good Morning dan berus gigi ditolak oleh mahkamah.

Apa pula jawapan Umno-BN terhadap wujudnya spesimen male (lelaki)lain yang ditanda X, Z dan sebagainya? Ia milik siapa? Persoalan yang ditanya hari ini adalah, apakah Saiful seorang yang bersih atau dia memang kaki b****t?

Masalah besar yang dihadapi Umno-BN dalam kes ini antaranya adalah, apabila Saiful mendakwa membuat pemeriksaan doktor pada 28 Jun, bermakna pada waktu itulah duburnya diperiksa dan spesimen DNA yang didakwa milik Anwar diambil. Iaitu pada 28 Jun.

Tetapi mengapa sampel DNA yang dikatakan milik Anwar, disimpan dalam almari (tidak di dalam peti sejuk), oleh Superitendan Polis, Jude Blacious Prereira, ditanda pada 26 Jun 2008? Bagaimana spesimen itu boleh wujud dua hari lebih awal?

Isu yang ketiga adalah isu proforma atau laporan doktor setebal 18 muka surat, yang didakwa di dalamnya terdapat laporan mengenai dakwaan liwat.

Sebelum proforma doktor ini dikemukakan di mahkamah, Saiful mendakwa beliau telah diliwat oleh Anwar, tetapi dalam proforma yang ditulis oleh doktor tercatat di dalamnya perkataan attempt sodomy (percubaan meliwat).

Jelas di sini, dakwaan Saiful bercanggah dengan laporan perubatan doktor.

Perkara lain yang menimbulkan keraguan kepada proforma tersebut adalah tiga tulisan tangan yang berbeza. Bermakna ada kemungkinan ada tiga doktor yang menulis laporan perubatan tersebut.

Namun peguam Karpal berjaya membongkar salahlaku pihak terbabit di mahkamah, apabila dua orang doktor mengakui tulisan tangan mereka (dalam laporan proforma) hanya meliputi dua atau tiga muka surat sahaja.

Maka sekali lagi dipersoalkan, siapakah yang mengisi berbelas-belas laporan proforma doktor yang ditulis secara tulisan tangan?

Apabila dipadankan tulisan tangan dan laporan di mahkamah, maka sekali lagi dikejutkan bahawa orang yang mengisi laporan proforma terbabit adalah Supt Jude.

Apa punya gila sistem negara kita? Mengapa polis boleh mengambil alih tugas doktor untuk menulis laporan perubatan?

Semua keterangan ini hanya menunjukkan bahawa usaha Umno-BN untuk memerangkap Anwar, diadakan secara tergesa-gesa dan kelam kabut.

Sebab itu mereka menekan hakim supaya menafikan access peguam Anwar kepada segala dokumen pertuduhan terhadap beliau. Butiran dan segala keterangan yang mendakwa Anwar disembunyikan.

Sekali lagi dipersoalkan, jika pertuduhan terhadap Anwar sahih pada Umno-BN, kenapa hendak takut berikan dokumen pertuduhan terhadap beliau? Anwar kena tuduh, beliau berhak mengetahui butiran pertuduhan. Hanya 'pondan Siam' sahaja yang 'baling batu sembunyi tangan'.

Banyak lagi aspek-aspek teknikal yang boleh dipertikaikan. Semuanya merumuskan bahawa hujah pihak Umno-BN untuk mendakwa Anwar sebagai seorang peliwat sudah tumpul dan dimatikan.

Sebaliknya, yang terbongkar hanyalah konspirasi jahat Umno-BN untuk menganiaya Anwar. Sekali lagi rakyat akan menyaksikan Anwar dizalimi oleh Umno-BN dan PM Najib nampaknya seolah-olah mahu mengikuti jejak Dr Mahathir Mohamad.

Hakikatnya tuduhan terhadap Anwar hanyalah palsu. Tidak ada kes. Ia harus ditarik balik dan dibakul sampahkan.

Apa yang dilakukan Umno-BN terhadap Anwar hanyalah menambah kebencian rakyat dan keinginan rakyat meluap-luap untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib seberapa segera.

Monday, January 2, 2012

Raja Petra: Umno BN Terdesak Melampau

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Keterdesakan Umno dan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin terserlah dan jelas tidak boleh diselindung lagi.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkiraan Najib untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum dalam tempoh terdekat ini bakal mengundang padah yang besar bagi dirinya dan isteri beliau, Rosmah serta pada keseluruhan parti usang Umno dan Barisan Nasional.
Katanya, umum mengetahui bahawa strategi serangan terhadap Anwar Ibrahim adalah usaha terus-terusan Umno dan Barisan Nasional, dan menghumban Anwar ke dalam penjara dianggap bakal memberi sedikit nyawa untuk mereka terus wujud dan merompak harta rakyat dan Negara.
Terbaru sekali, ujarnya adalah kepolokkan Utusan Malaysia dan Berita Harian, media pembohong milik Umno yang cukup pantas memetik dan memperbesar kenyataan Raja Petra Kamaruddin tentang fitnah dan tohmahan kes salah laku seks terhadap Anwar Ibrahim di muka hadapan akhbar masing-masing.
“Umum tidak harus lupa bahawa Raja Petra Kamaruddin, yang kini semakin diketahui sebagai ‘blogger upahan Umno’ juga pernah membuat kenyataan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan kejam model Mongolia Altantuya Shariibu tidak lama dahulu yang walaubagaimanapun, sememangnya dan tentunya tidak dilapor langsung oleh akhbar-akhbar ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, fitnah pertuduhan meliwat oleh Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi ancaman kepada Najib dan Rosmah bakal diputuskan oleh Mahkamah Tinggi tanggal 9 Januari ini.
“Terdesaknya Umno adalah apabila belum apa-apa, hasrat rakyat kebanyakan untuk keluar memberi sokongan kepada Anwar terus dianggap sebagai cubaan mencetuskan huru-hara,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Machang.
Menurutnya, harus ditekankan bahawa Anwar Ibrahim merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.
“Sebagai seorang pemimpin politik, tentunya beliau mempunyai pengikut dan penyokongnya,” katanya.
Kehadiran pengikut dan penyokong Anwar dan anggota-anggota PKR bagi menunjukkan sokongan terhadap beliau tidak harus dianggap sebagai cubaan menghuru-harakan negara.
Dari nada pimpinan Umno dan media milik Umno berhubung perkara ini kebelakangan ini serta dari pengalaman lampau, beliau dapat menjangka bahawa Umno sendirilah yang akan mencetuskan provokasi pada hari tersebut.
“Saya sekali lagi menyeru kalangan anggota dan penyokong parti untuk berhati-hati dan tidak terjebak dengan perangkap Umno dan Barisan Nasional yang ingin menjadikan 9 Januari ini suatu hari hitam dalam diari perjuangan kita,” ujarnya.
Tambahnya, nyata keterdesakan Umno dan Barisan Nasional untuk terus mengekang dan memadam kebangkitan rakyat telah menjangkau ke tahap kritikal.