Monday, May 23, 2011

KJ Masa Pak Lah Sokong Sekarang Bangkang

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin disifatkan bersandiwara ketika meminta Pemuda Umno membantah kenaikan harga barang.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, semasa berada di bawah pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dahulu, Khairy menyifatkan kenaikan harga barangan satu keperluan.

Beliau yang juga anggota Parlimen Machang mengulas ucapan Khairy yang antara lain menggesa Pemuda Umno seluruh negara membuat usul menentang kenaikan harga minyak kerana membebankan rakyat.

Beliau mencadangkan kerajaan menyemak semula perbelanjaan untuk program PLKN yang berjumlah RM600 juta dan mencadangkan kerajaan melakukan penjimatan perbelanjaan.

"Ucapan ini nampak seolah-olah lunak, tetapi sebenarnya tidak lebih dari sebuah sandiwara untuk berlagak jaguh rakyat terutama ketika pilihanraya umum semakin dekat.

"Ini kerana pada tiga tahun lepas, Khairy membuat kenyataan yang jauh sama sekali bertentangan dengan kenyataan beliau hari ini," kata Saifudin.

Beliau merujuk ucapan Khairy di Dewan Rakyat pada 23 Jun 2008 ketika membahas usul kenaikan harga petrol dan barangan yang dikemuka Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Dalam ucapan tersebut, Khairy direkod hansard sebagai berkata, "walaupun pahit dan mengundang pelbagai reaksi negatif rakyat jelata, (namun) keputusan kerajaan menstrukturkan (menarik balik) subsidi merupakan satu keperluan ekonomi yang tidak dapat dielakkan".

Beliau juga berkata dengan menaikkan harga minyak dan harga barangan keperluan, kerajaan membuat keputusan yang bertanggungjawab, beramanah dan jauh memandang ke hadapan.

Beliau menambah, walaupun rakyat terpaksa memikul beban hari ini, penstrukturan semula subsidi ini membawa system yang lebih adi ldengan subsidi yang progresif.

"Harus diingat, petikan ucapan di atas adalah ketika bapa mertua beliau, Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri," kata Saifudin.

"Soalan saya, kenapa Khairy sebagai seorang pemimpin utama parti Umno mengubah pendirian prinsipnya hanya dalam masa tiga tahun,

"Kenapa ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri, Khairy menyokong penarikan subsidi dan kenaikan harga barang, sedangkan ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, Khairy terpaksa meminjam hujah Pakatan Rakyat yang konsisten menentang kenaikan harga barang dan penarikan subsidi kepada rakyat?" tanya beliau lagi.

Sehubungan itu, Saifudin percaya, sikap sebenar Khairy adalah ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri dan sikapnya tidak pernah berubah, kecuali untuk mengabui mata rakyat dan berlagak hero menjelang pilihanraya ke 13.

Sunday, May 15, 2011

Rakyat Boleh Jatuhkan DSAI Dengan Izin Allah But Not AMENO

Komen Oleh: Cicit Hj Mohamad Perak

Masa video itu dirakam pada 21.02.2011, rambut DSAI pendek. Semasa beliau di mahkamah keesokan harinya iaitu pada 22.02.2011, rambut beliau lebat dan panjang. Ada logik ke? Dalam video wajah pelakon besar dan kasar, perut pun besar, perut DSAI kempis punggung pun tipus. Allah swt nak tunjukan rekaan Datuk T (Temberang)! Can anybody explain this ambiguous?

Komen polis tak habis-habis kata video itu tulin. Satu baghal jugak! We as Malaysians who uphold the Federal Constitution, we do not care whether the video is authentic or not. What we concerned is that whether the actor in the video really DSAI?

To certain naive of us and blinded of religion or atheist, although the actor is DSAI, nothing wrong because Chua Soi Lek had done it and still survive even selected as MCA President then????

An extract from Harakahdailynet below.

Oleh: Hazayani Zakaria

SELAYANG, 15 Mei: Umno BN sudah hilang rasa hormat terhadap majlis-majlis agama kerana keghairahan mereka mengaibkan dan menjatuhkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara ini terbukti apabila Umno mengedarkan video cakera padat (VCD) seks yang dituduh kononnya pelakunya ialah Anwar di setiap program PKR termasuk di program ‘Munajat Rakyat Menolak Fitnah’ bersama ulama besar dunia, Dr Sheikh Wahbah az-Zuhaily dari Syria, di Stadium Selayang malam tadi.

Anwar dalam ceramahnya berkata, Umno BN sudah membuktikan bahawa mereka akan menggunakan apa sahaja cara untuk menjatuhkannya dan mengekalkan kuasa mereka termasuk 'merampas' semula Selangor.

"Di setiap program solat hajat, ceramah saya, Umno edar video lucah. Apa Umno tak ada kerja lain selain nak 'membogelkan saya'?" soalnya di hadapan kira-kira 3,000 hadirin yang hadir.

Terdahulu, program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah disusuli dengan tazkirah maghrib bertajuk Qazaf dan Sumpah Laknat – ‘Antara Syariat dan Adat’ yang disampaikan oleh Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abd Ghani Shamsudin.

Program diteruskan dengan solat Isyak berjemaah dan solat hajat dipimpin Dr Sheikh Wahbah sendiri.

Dr Sheikh Wahbah dalam ceramahnya selepas itu berpesan kepada hadirin agar istiqamah dalam berdoa dan menetapkan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doa hamba-Nya jika kita menurut permintaan-Nya dan beriman dengan penuh keikhlasan.

Anwar dalam ceramahnya turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr Sheikh Wahbah yang sanggup datang dari Syria semata-mata untuk bersama-sama rakyat bermunajat menolak fitnah Umno BN.

Beliau berkata, dalam pada Umno BN bercakap soal moral dan akhlak pemimpin, mereka sendiri tidak menjaga adab dan akhlak sehingga sanggup mengaibkan orang lain.

"Pemimpin Umno nak cakap soal akhlak dengan kita? Apa hukumnya sebar video lucah kepada umum?

"Tidak cukup saya dipukul separuh mampus dalam penjara, dibogelkan, sekarang saya dikaitkan dengan video lucah pula.

"Saya nak tegaskan, yang boleh jatuhkan saya bukan Umno, bukan BN tapi dengan kuasa rakyat dengan izin Allah," katanya disambut sorakan dan tepukan gemuruh hadirin.

Kerja Umno edar VCD, tak selesai masalah rakyat

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang turut menyampaikan ceramah meluahkan kekecawaan terhadap penyebaran VCD itu.

"Satu perkara yang sangat menyakitkan hati saya, apabila malam ni masyarakat tak ada kerja lain, diedarkan pulak VCD yang kononnya melibatkan Anwar Ibrahim.

"Ini saya anggap satu kerja bodoh dalam negeri yang kaya," katanya.katanya sambil menunjukkan VCD yang dipegang kepada hadirin yang diedarkan di luar stadium.

Beliau berkata, Umno BN terlalu 'sibuk' menabur fitnah dan meracuni fikiran rakyat sehingga tidak ada masa memikirkan soal ekonomi dan pembangunan negeri itu.

"Petang tadi saya pergi ke Kuala Selangor ada projek terbengkalai yang mana 6,000 mereka yang membeli rumah sudah lebih 15 tahun tak dapat dan kontraktornya lari.

"Saya pergi dan selesaikan dengan pemaju dan pembeli. Ini lebih baik daripada edar VCD ini.

"Umno di Selangor tak boleh selesaikan masalah penduduk, yang boleh buat hanyalah edar VCD bongok ini," katanya disambut gelak tawa hadirin.

Deklarasi Anti-Fitnah turut dibacakan dengan dipimpin oleh Pengerusi Saf Anti Fitnah (SAF), Mohd Azmi Abd Hamid.

Deklarasi daripada 60 NGO tersebut menurut Azmi akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan pihak-pihak tertinggi yang lain.

Turut menyampaikan ceramah Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. Hadir sama Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Wednesday, May 11, 2011

Menteri 'Gula' Patut Letak Jawatan

Komen: Sesungguhnya Menteri datang dari Bera ni memang dari dahulu tak ada "umph" langsung. Asyik-asyik kata, "Walau bagaimana pun berbanding di negera lain, harga di negara kita masih berpatutan dan rendah. Itu sahajalah alasan bagi menegakkan segala tindakan pandir beliau.

Beliau ni hanya layak jadi taukeh kedai barangan terpakai atau besi buruk sahaja. Kalau tak pakat smart, orang tak tau dia tu menteri. Macam "balaci zaman pejajah orang putih dulu" adalah.

Oleh: Hazayani Zakaria

GOMBAK, 11 Mei: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mencadangkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Yaakob meletakkan jawatannya kerana gagal membendung kenaikan harga barangan keperluan asas khususnya harga gula.

Ketuanya, Hasbullah Ridzwan (gambar) berkata kenaikan harga gula sebanyak 20 sen menjadikannya RM2.30 sekilogram berkuatkuasa semalam menunjukkan satu lagi kegagalan besar BN mengurus tadbir negara.

Kenaikan harga gula kali ini adalah yang keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen).

Minggu lalu, harga petrol RON97 turut mengalami kenaikan sebanyak 20 sen menjadi RM2.90.

Kerajaan bagaimanapun memberi jaminan bahawa harga barangan lain tidak akan naik ekoran kenaikan harga petrol ini.

Namun jaminan itu ternyata tidak boleh digunapakai apabila harga gula turut mengalami kenaikan.

Kerajaan memberi alasan bahawa ia akan menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta setahun.

"Alasan kerajaan untuk mengurangkan subsidi dan digunakan untuk pembangunan lain hanyalah menyerlahkan sikap berlepas tangan dan mungkin BN sudah tidak cukup duit maka rakyat dipaksa menanggungnya," kata beliau pada sidang media di pejabat PAS Kawasan Gombak, dekat sini hari ini.

DPPNS juga tidak menolak kemungkinan harga barangan keperluan asas lain turut dinaikkan atas alasan merasionalisasikan subsidi kerajaan.

Sehubungan itu, DPPNS menyeru rakyat negeri itu menolak Umno BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Terbukti walaupun dengan kuasa di hujung tanduk BN tetap membelakangkan kepentingan rakyat. Slogan rakyat didahulukan hanya tinggal slogan sahaja tapi taukeh dan kroni tetap diutamakan," katanya.

Sebelum ini, Setiausaha DAP kebangsaan, Lim Guan Eng berkata, jika nilai ringgit naik beerti harga barangan yang dimport akan turun. Ia termasuklah gula dan petrol kerana Malaysia menggunakan petrol yang diimport kerana minyak yang dikeluarkan berkualiti tinggi dan sesuai untuk dieksport.

Nilai ringgit naik kepada bawah RM3.00 untuk satu dollar Amerika minggu lalu iaitu kenaikan tertinggi sejak diikat pada kadar RM3.60 untuk satu dollar Amerika sebelum ini.

Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli yang mengulas keniakan harga gula dari sudut kesihatan pula menolak pandangan sesetenagh pihak bahawa kenaikan harga ini akan mendorong rakyat mengurangkan pengambilan gula dan mengurangkan masalah kesihatan.

Katanya, rakyat akan tetap membeli gula walaupun harganya dinaikkan dan ini sudah tentu membebankan rakyat.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyelar tindakan kerajaan memberi peruntukan RM111 juta untuk 2011 kepada Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang dipengerusikan oleh Datin Seri Rosmah Mansor tapi sangat berkira dalam soal pemberian subsidi kepada rakyat.

Sunday, May 8, 2011

DSAI Seks Dengan Norlaila?

Hanya orang tongong yang mepercayainya:
  • azrulazlan:
    Orang bodoh tak skolah aje pecaye hahahahaha...
    2 days ago
  • TheNatasyalia:
    tak baik menFITNAH orang wahai saudara/saudari ingat lahh firman ALLAH S.W.T "alfitnatu assyaddu minal kod " maksud: fitnah itu LEBIH TERUK daripada membunuh. kalau benar 'die' di tempat yg salah..marilah kita sama2 mendoakan agar hati nye lembut kembali ke jalan yg diredhai. tapi, tidak perlulah saudara mewujudkan cerita2 panas walhal dusta semata2. ingat Allah saudara/saudari. balasan Allah sekelip mata sahaja.KUN FAYAKUN. WALLAHU ALAM. astagfirullahalazim..
    3 days ago
  • sonofarts1:
    Wahai manusia-manusia yang terlalu taksub , ketahuilah ini lah contoh "Dajjal" akhir zaman yg diperkatakan. Manusia bertopengkan agama. Amat sedih melihat bagaimana pengikut yg diheret sama untuk bermatian bersekongkol & mempertahankan kedajjalan yang berlaku depan mata!! oleh seorang manusia yg hipokrit. Tak cukup dgn pengikut yg taksub ditarik hidung & buta tuli menyokong, ank isteri juga dijdkan keldai, Semoga Allah swt memberikan taufik hidayah kpd si Dajjal ini!! sudah terang lg bersuloh..
    3 days ago
  • MrAzharmp:
    KIHKIHKIH......masih dgn cara old fahsion....kalau nak menipu tu biarlah real sikit.....hanya otak tahap lembu je percaya...kikiki.....
    3 days ago
  • darkgodnaar:
    woi barua ! Lu mau hisap konek anwar kah ? Atau Lu mau dia jolok lu punya dubor ? Mana Sedap ?
    5 days ago
  • faezg:
    pelik btul la manusia ke berok buat keje gini tuduh org suke2 je yg puak die salah xnk tuduh plok
    5 days ago
  • thinkerr:
    LMAO!! Is this the best UMNO can come out with? Stupid monkeys...
    1 week ago
  • beRnayu:
    bodo supo berok nate puok nie...2 bkn anuar jubo babi..nie nate anjing mano xthu kecek nie...ni sek jubo ngan babi nie...
    1 week ago
  • beRnayu:
    betul 2....puok cekpit nie jenis kecek niti atas napar ....
    1 week ago
  • klien99:
    Suara macam Najib punya!!! Your FRIIIIIIIIIIIIIIEEEEEEEEEENNNNDDDDD!!!!!!!!!
    1 week ago
  • MrKerengge:
    FAKE!!
    1 week ago
  • razako68:
    sikit pun tak logic suara anuar......anuar mana cakap mcm ni..........lain kali carilah editor yg expect sikit apalaaaaaa
    1 week ago
  • bitgiga8:
    siapa la yang buat kerja cam ni. Cukup bodoh pelakonnya.
    1 week ago
  • TheGraffecute:
    geli jer..taubatlah wahai norlela..malu woo..sedap nyer skejap..malunya seumur hidup..malu kt anak2
    1 week ago
  • MrAtan78xxx:
    anwar mmg kaki seks... kalau tak percaya.. suruh dia bersumpah... dia takkan berani..
    1 week ago
  • kiongaw:
    Come on, Does he sound like Anwar? UMNO politics is very lowdown.
    1 week ago
  • centipate:
    macam suara datuk eskay jerrrrr.............
    1 week ago
  • iMFixer:
    Video interview haram nama Anwar kena sebut....kalau orang otak kerbau pun tahu semua edit, cut and paste... Sound familiar .....
    1 week ago
  • iMFixer:
    ini bukan Anwar dengan Norela...ini mesti Najib dengan Altantuya.......gua pasti...kalau tak percaya...gua sanggup sumpah laknat mana mana masjid....mesti Najib tak nak datang macam biasa... Sound familiar .....
    1 week ago
  • Mattzyphyr:
    Nampak sangat anugerah film terbaik 2011!
    1 week ago
  • fonze281:
    ish....tak tau malu ke sembang pasal bt sex. Apakah yg membuatkan dia ni sanggup ckp mcm tu?
    1 week ago
  • easy070809:
    bodoh nmpak sgt ni berlakon! x abes2! bdoh kaw tgk cara pmpwan tu bg report kt polis tu pn kaw taw yg tu berlakon! bodoh2! weyh klo psl ni nk bsing tp asl kes altantunya la, kes anwar 98 kne tumbk, smpai merangkak dlm jail nk g cek doktor pn x bg la. tp x smpai kes polis!!! kalau kaw tgk menteri2 yg pmwpn dorg pkai tdng ke? tu nk jdik pemimpin? mcmne la! syaitan sanggup buat apa saja demi keuntunggannya sndiri!!!
    1 week ago
  • kelubi99:
    ini boleh buat bukti ke? kalau ada pelakon suara sama dan perempuan tu diugut atau di upah????/ fikir.....naya je nanti kita fitnah orang...
    2 weeks ago
  • kaitoukidsama95:
    “Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi) skang kite fikir..beriman ke kite semua ni?
    3 weeks ago
  • mizie4AGE:
    bukti dpt dahulu baru filem dikeluarkan.. renung2kan

Friday, May 6, 2011

Najib Gembira Atas Kematian Osama?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan dunia akan lebih aman sejurus selepas Osama bin Laden diisytiharkan mati dibunuh oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama?

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan kata-kata Najib bahawa dunia lebih aman dengan kematian Osama adalah terlalu mudah (simplistik) dan naif.

Bagi beliau, Najib cuba menguatkan lagi penguasaan geo-politiknya untuk memahami satu fakta yang terang lagi bersuluh bahawa 'Osama dan keganasan adalah hasil ciptaan AS.'

Selain Dr Dzulkefli, pelbagai pihak turut mengecam kenyataan Najib yang berkata, dunia akan lebih aman, selamat dan adil dengan kematian Osama.

Akhbar Berita Harian yang dikawal Umno juga secara terbuka menolak pandangan itu apabila menyiarkan satu rencana bertajuk "Tiada jaminan kematian Osama penamat keganasan global".

Bahkan, akhbar Umno sendiri, Utusan Malaysia juga nampaknya bertembung pandangan dengan Najib dalam isu ini.

Para pemimpin pertubuhan Islam juga menolak pandangan simplistik dan bodek Amerika Najib itu.

Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, ini kerana Amerika Syarikat sendiri dianggap sebuah negara imperialis yang sentiasa berusaha untuk meluaskan pengaruh mereka ke seluruh dunia, khususnya negara Islam dengan menaja keganasan.

“Kenyataan Najib itu mungkin kurang tepat kerana sebenarnya kuasa Amerika sendiri tetap akan meluaskan pengaruh imperialisme mereka ke seluruh dunia yang sebenarnya menggalakkan keganasan itu sendiri,” kata Sheikh Abdul Halim.

Beliau juga percaya bahawa keamanan dunia tidak hanya bergantung dengan kematian seorang Muslim yang sering dilabel pengganas seperti Osama.

“Keamanan ini asasnya adalah keadilan sebagai sebuah idea yang akan menghapuskan penindasan.

“Untuk memastikan keadilan ini mengambil tempat, ia memerlukan usaha bersama. Seorang individu sahaja tidak akan mampu untuk mewujudkan keadilan atau pun mencetuskan keganasan,” kata Sheikh Abdul Halim.

Pengerusi Shura, Ustaz Abdul Ghani Samsudin dan Setiausaha Agung Mapim, Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan bersama juga merakamkan kutukan keras terhadap tindakan tentera Amerika membuang jenazah As Syahid Osama ke laut.

“Tindakan ini adalah suatu penghinaan yang jelas dan dunia harus membantah sikap Amerika yang sama sekali tidak boleh diterima.

“Jenazah As Syahid sepatutnya dikembalikan kepada keluarga dan sahabat andainya dan diuruskan pengkebumian yang selayaknya sebagai seorang Muslim,” tegas mereka.

PM membodek Amerika


“PM terlalu 'membodek' AS dan Obama. Islam menolak sebarang keganasan. Namun, kita kena faham mengapa keganasan terus berlaku?” bidas Dr Dzulkefly (gambar) dalam ulasannya mengenai hal ini.

Menurut Dr Dzul, terdapat dua penyebab utama kezaliman AS iaitu dalam bentuk polisi dan tindakan.

“AS pembekal WMD (weapon of mass destruction – senjata pemusnah besar-besaran) serta terus membekalkan senjata tercanggih dengan penyelidikan mereka termasuk kepada Iraq (Saddam), Israel dan lain-lain merupakan punca kezaliman akibat daripada tindakan.

"Ketidakadilan polisi pula berlaku khasnya di kawasan Timur Tengah dan Palestin juga merupakan salah satu bentuk kezaliman AS,” terangnya lagi.

Najib sepatutnya, kata Dr Dzul peka dengan hati-budi dan maruah umat Islam khususnya di Timur Tengah dan Palestin, di mana kezaliman terhadap negara-negara Islam di sana dibiarkan berterusan oleh kuasa-kuasa di Barat.

“Berdekad Barat mengizinkan kezaliman. Inilah punca segalanya,” ujar beliau. “PM sepatutnya kata - dunia tidak akan selamat kalau Amerika masih bersikap dwi-standard menyokong keganasan di Timur Tengah dan Palestine walaupun Osama dibunuh.”

Selain itu, Dr Dzul berkata Najib juga harus bertanya balik kepada Obama, “Bukankah Osama anak didik Amerika? Mengapa Osama berpaling tadah selepas tamat blok Russia?”, di mana menurutnya ia adalah disebabkan sikap dwi-standard AS sendiri.

Sekiranya Najib ingin menjadi juara umat Islam, Dr Dzul menasihatkan beliau supaya jangan bertindak semata-mata kerana ingin membodek Obama dan AS untuk kerana mahu diundang ke White House dan merenungkan siapa penaja kezaliman yang sebenarnya di dunia ini.

“Malangnya apabila ada pemimpin negara umat Islam yang membodek AS kerana mahu diundang ke Rumah Putih. Tindakan ini amat mengaibkan umat Islam.

"PM kalau mahu jadi juara umat Islam, jangan bertindak 'membodek’ Obama-AS. Jangan berbolak-balik! PM perlu menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf dengan kadar segera bagi menjaga sensitiviti umat Islam,” nasihat Dr Dzul.

Persoalan yang harus direnungkan semua umat Islam


Sebagai pemimpin Islam, patutkah Najib mengeluarkan kata-kata begitu, atau lebih tepat lagi, adakah Najib terlupa bahawa dirinya seorang Islam dan juga seorang pemimpin yang majoritinya Islam ketika mengeluarkan kenyataan tersebut yang ternyata akan menyinggung sensitiviti umat Islam sedunia?

Ataupun, itu sememangnya jiwa Umno seperti yang dinyatakan oleh MCA tempoh hari, apabila parti tersebut menyuruh PAS membuang perjuangan Islamnya sekiranya ingin menerima jemputan Umno menyertai Barisan Nasional (BN)?

Jikalau Umno masih ingat akan perjuangan Islam, sepatutnya MCA sudah lama melenting untuk keluar daripada BN.

Adakah ini bermakna MCA, yang kebelakangan ini telah semakin menunjukkan belang anti-Islamnya, masih sanggup berada dalam BN sehingga kini semata-mata kerana mereka 100% yakin dan pasti bahawa Umno sudah tidak berpaksikan lagi pada Islam dalam segala tindak-tanduknya?

Wednesday, May 4, 2011

Sumpah Dipermain, Rumah Allah Diperalat

Oleh: Muhayat Jasmin

SUNGAI PETANI, 4 Mei: "Sumpah dipermainkan, rumah Allah diperalatkan. Ayat dan kitab suci Al Quran hanya diambil sebahagian dari sebahagian untuk kepentingan individu yang boleh menyesatkan umat Islam," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Samsudin (gambar).

Katanya, isu yang cuba dibawa oleh Datuk Eskay Shazryl Abdullah semasa melafazkan sumpah di Masjid Amru Al-As baru-baru ini termasuk dalam hukum qazaf dan bukannya mubahalah.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pandangan dalam 'Forum Sumpah Laknat' yang telah diadakan di Masjid Al Barakah, Tikam Batu, di sini bersama-sama dengan Yang Dipertua Abim Kedah, Ustaz Hafiz Mustafa Lubis dan Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Mohd Azmi Hamid, semalam.

Menurutnya, isu yang ditimbulkan sekarang ini tidak langsung memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Islam sebelum ia dilaksanakan.

Antaranya, kata beliau ialah ikhlas niat kerana Allah semata-mata, berilmu serta diadakan perbahasan terlebih dahulu.

"Yang membuat tuntutan itu perlulah orang yang soleh dan bukannya ahli maksiat, mesti dilakukan selepas adanya hujah-hujah yang tepat dikemukakan serta adanya kepentingan untuk agama Islam," ujarnya lagi.

Beliau yang juga merupakan mantan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia turut berkata, isu ini jelas memaparkan ianya mempunyai kepentingan politik yang boleh merosakkan moral masyarakat dan juga negara.

"Rujuklah kepada Al Quran sebagai pedoman. Jangan gunakan akal sebagai sandaran yang boleh menyesatkan kita di dunia dan juga akhirat.

"Pihak kerajaan harus terlibat secara langsung bagi menegakkan hukum Islam yang menjadi tuntutan, kerana keengganan untuk melaksanakan hukuman tersebut membawa kepada padah seperti mana yang berlaku sekarang ini.

Memuliakan Konsep 1 Melayu 1 Bumiputera

Oleh: Dr Mohamad Khir Toyo

1. Seperti yang dijangka majoriti kaum Cina tidak memberi sokongan kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini. Ini bukanlah corak baru atau mengejutkan. Corak pengundian ini telah bermula sejak pilihan raya umum 2008 dan dicerminkan dengan jelas dalam hampir kesemua pilihan raya kecil kecuali di Bagan Pinang.

2. Ramai orang bukan Cina, terutamanya bumiputera, melihat sokongan kaum Cina kepada Pakatan lebih merupakan sokongan kepada pemerkasaan kuasa politik orang Cina melalui Parti Tindakan Demokratik (DAP) bagi menghakis dan seterusnya menghapuskan apa-apa sahaja keitimewaan bumiputera seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.

3. Bagi orang Melayu sendiri corak pengundian kaum Cina dan dasar DAP yang dilihat anti segala-galanya yang membabitkan kepentingan bumiputera dan agama Islam merupakan satu petunjuk jelas bahawa sudah wujud gelombang mahu memperkasakan kuasa kaum Cina dalam politik setelah mereka menguasai ekonomi.

4. Justeru apakah mahu dipersalahkan penulis Melayu dan orang Melayu jika ada yang menganjurkan slogan 1 Melayu 1 Bumiputera sebagai jawapan kepada pengundian bercorak perkauman sebahagian besar kaum Cina hari ini?

5. Saya selalu bertanya mengapa bila orang Melayu bercakap soal hak pribumi maka ia dianggap sebagai perkauman, tetapi apabila kaum Cina bercakap soal sekolah Cina, bahasa Cina dan ekonomi kaum Cina tidak dianggap perkauman?

6. Malahan, apakah kempen-kempen politik DAP yang mempertikaikan konsep perkongsian kuasa Barisan Nasional kerana dipimpin oleh orang Melayu bukan merupakan satu kempen perkauman? Malangnya tiada pula ada akhbar-akhbar milik kaum Cina menganggap kenyataan DAP tersebut sebagai kenyataan berbaur perkauman.

7. Mengapa apabila ditubuhkan Perkasa maka ia dianggap pertubuhan perkauman, namum ratusan pertubuhan lain yang bersandar dan bertunggakkan kepentingan kaum Cina tidak dianggap perkauman oleh akhbar-akhbar yang dikuasai oleh kaum Cina?

8. Apakah bukan satu sikap perkauman apabila ada kaum Cina yang menggesa dan mendesak bahasa Melayu dijenamakan semula sebagai bahasa Malaysia? Kononnya, nama bahasa Melayu bersifat perkauman dan menyebabkan mereka merasa tidak selesa dan serasi untuk belajar dan bercakap. Mungkin suatu hari nanti apa sahaja ikon kebangsaan yang ada nama Melayu mahu dihapuskan atas alasan tidak mencerminkan konsep 1 Malaysia.

9. Perkauman atau tidak slogan 1 Melayu 1 Bumiputera yang dicadangkan oleh Datuk Zaini Hassan (Utusan Malaysia) adalah bergantung kepada pelaksanaan, tuntutan dan kehendak gerakan tersebut.

10. Jika gerakan ini bertujuan menyatupadukan orang kaum Bumiputera demi menjaga kepentingan bumiputera dan Islam, maka ia tidak harus dianggap agenda perkauman. Ia harus dianggap sebagai satu perjuangan yang sah dan mulia.

11. Namun jika ia bertujuan menyatukan kaum bumiputera bagi tujuan menindas dan menghancurkan kaum Cina maka konsep ini harus dianggap perkauman dan ditentang sehabisnya. Saya sendiri tidak akan bersetuju dengan sebarang konsep menindas dan menghancurkan kedudukan kaum lain.

12. Dalam pada itu, ramai juga yang tertanya-tanya apakah kumpulan-kumpulan NGO yang sering menggunakan konsep 1 Malaysia untuk mendesak penghakisan hak-hak bumiputera bukan merupakan satu tindakan perkauman?

13. Mengapa orang Melayu sering dianggap perkauman bila bercakap soal penyatuan Melayu sedangkan kaum lain boleh sahaja bercakap soal penyatuan mereka tanpa bantahan orang Melayu?

Sunday, May 1, 2011

Oh My God Allah the Almighty

Oleh: Cicit Hj Mohamad Perak

The Trio to Allah also they are willing to cheat and telling lies. General statement: Mereka yang bersumpah laknat kepada diri sendiri adalah orang-orang yang jahil. Solat fardhu 5 waktu pun selalu tertinggal lepas itu hendak tunjukkan diri maksom dan berwajah baik. Dato' 'Ass'kay dalam sumpah laknat indirectly menyatakan dia juga melakukan zina pada waktu itu. Chua Soi Lek tak apalah, dia bukan Islam. Tak kan orang Islam pun nak bersifukan Soi Lek?

Memanglah kita tidak harus menidakkan ketentuan dan ciptaan Illahi akan sifat rupa sesuatu makhluk. Bila aku tengok muka Syazryl 'Ass'kay, memang muka penipu! Demi habuan wang yang melimpah sanggup buat apa saja. Sumpah laknat beliau lakukan kerana mungkin selama ini mereka yang telah buat belum lagi terima balasan setimpal daripada Allah. Mereka ingat akan terlepas. Sebenarnya Allah sedang menguji mereka sejauh mana mereka boleh pergi dan selamat ketika berada diimuka bumi ini.

Sesungguhnya Allah selalunya akan menjatuhkan musibah bukan hanya ke atas mereka yang melakukan dosa, malah mereka yang disekeliling juga akan terkena! Nauzubillah.

Semasa aku di USM Pulau Pinang dalam sekitar tahun 1996-97, masa itu sedang ambil MBA di USM, satu hari tu aku bersolat Jumaat di Masjid USM. Semasa aku duduk tiba-tiba ada seseorang duduk disebelahku. Tiba-tiba aja aku rasa lain macam dan tak sedap hati. Lalu aku merenung orang disebelah. terkejut aku, rupanya yang duduk itu ialah TSARTC. Tengok wajahnya aku jadi seram. (Beliau selepas itu merayau disekitar USM dengan seorang rakannya yang aku tak kenal. Agaknya sedang mencari 'mangsa'. Itu telahan rakanku kemudiannya).

Aku bingkas bangun dan terus duduk ditempat lain. Aku nak duduk terus disebelahnya terasa gelilah! Sampai begitu sekali.

Apa guna Part 1 Part 2 akan video itu. MP Sungai Petani telah melihat versi itu keseluruhannya. Konklusinya, itu bukan DSAI. Bila beliau bawa rakan-rakan nak pastikan sekali lagi kesahihan video itu, the Trio never turned up. So?

Ada akal fikirlah sendiri. Setongong-tongong manusia disisi Allah adalah mereka yang tak menggunakan akal dalam berfikir dan bertindak. Ingatlah orang yang benar-benar telah melakukan kesalahan seperti membunuh, rasuah dan sebagainya akan buat apa saja untuk selamatkan diri, dan bagi mereka akhirat cerita lain!

Kalau kita kembali kepada Islam tak susah akan isu itu untuk diselesaikan. Kita terlalu ikut undang-undang buatan dan logik manusia semata-mata. Hukum Allah macam tak adil!

Selagi kita menganggap undang-undang Allah itu tidak atau kurang adil, sampai bila-bila pun kita akan sesat.

Ya Allah, lindungilah kami daripada orang-orang yang sesat dan dengan bangga mempermain-mainkan keesaan dan kekuasaanMu.

Amin.