Wednesday, August 24, 2011

Pendapat Dua Pakar Kangkung Tentang Projek Logi Lynas

By: Cicit Hj Mohamad Perak/Cucu Hj Md Amin

Berita Perdana Tv3 8pm 24.08.2011

Sayugia diingatkan bahawa pakar atau professor pendapat mereka tidak semestinya benar dan rasional. Sebabnya mereka selalunya berkhayal and berfaantasi di alam mereka sendiri. Ini boleh diperhatikan di universiti-universiti terutamanya. Penulis sudah belajar di empat buah IPTA; UiTM, USM, IIUM and UUM, sudah masak sangat dengan feel dan cara mereka berfikir, iaitu jarang yang rasional dan logic. Mereka ini hanya sentiasa membuat hipotesis dan andaian sebelum dikatakan sebagai teori.

Australia sebuah negara besar malah dianggap sebagai sebuah sub-benua dan kaya bukan macam Malaysia bagai enggang dengan pipit. Dua pakar kangkung itu menyatakan bahawa Australia membina kilang pelupus nadir pepejal bumi itu di Gebeng Kuantan kerana kos di sini lebih murah berbanding kalau dibina di Australia. Kononnya ini mewujudkan situasi menang-menang. Ada logik ke? Ada rasional ke pendapat dangkal macam itu. Profesor kangkung tu janggut saja panjang dan putih tapi biul. Tidak ubah macam watak Tuan Qadhi dalam Filem Musang Berjanggut arahan P. Ramlee.

Kalau benar ianya bukan nuklear sekali pun kenapa Australia tidak membinanya di Australia sendiri? Pada penulis sebab-sebabnya:

Pertama, kesan radioaktifnya mungkin tidak dirasai sekarang tapi dalam jangka masa panjang, macam-macam boleh jadi. Ini semua kerja Tuhan. Kita diberi akal supaya boleh berfikir. Tetapi pemimpin Malaysia yang biul menerima projek tersebut dibina disini.

Kedua, kalau benar kos disini murah, kenapa Australia tidak aktif mendirikan loji-loji dan kilang-kilang jenis lain di Malaysia? Hanya kilang nadir pepejal ini saja yang di dirikan di Malaysia!

Penulis menyokong daya usaha MP Kuantan supaya masalah ini ditangani sebelum nasi menjadi bubur. Kita tidak pernah belajar daripada apa yang telah berlaku di Papan Perak suatu ketika dulu. Dimana kesannya banyak dirasai oleh penduduk setempat antaranya kecacatan anggota termasuk mata dan telinga dan deria rasa serta anggota fizikal yang lain.

Pakar kangkung itu betulkah ahli PAS? Kalau ahli PAS, PAS harus memecatnya lantaran kenaifannya. Tidak guna PAS menyimpan ahli seperti itu. Umpama cerdik tidak boleh diikut bodoh tidak boleh di ajar. Profesor itu pula baiklah buang saja jannggut putihnya yang tidak dimanfaatkannya itu.

No comments: