Oleh: Cucu Kulop Hasnan Alang Derani
Sudah lama aku tidak menulis bagi meluahkan perasaan yang
terbuku. Tetapi TV3 telah membuat aku berang malam ini. Mula Berita, rasanya ok
kisah tentang bencana tsunami dan sebagainya. Tiba-tiba di tengah-tengah diselitkan
tentang Anwar Ibrahim. Maka disebutlah nama hindu laknatullah Datuk Nalla
Warkak. Nalla Warkak ni bukan hanya banyak Melayu tidak suka, kaum India pun
majoritinya benci dengan dia. Kalau tidak kerana menjilat pemimpin Ameno-BiEnd, sudah lama dia dalam penjara sekarang atau nobody knows.
Pernah aku bertanya staf aku dengan satu soalan. Iaitu dari
PM sampailah ke Ahli JKKK daripada Ameno-BiEnd, siapalah pemimpin
dikalangan mereka yang boleh jadikan contoh. Agak lama dia menggaru-garu
tengkuknya yang tidak gatal untuk menyebut satu dua nama. Akhirnya satu pun dia
tidak dapat sebut, walaupun aku telah menyebut beberapa nama seperti PM dan TPM
sekarang, Mustapha Mohamed, TAM, Noh
Omar, Khir Toyo, Mukhriz Mahathiak, KJ, JJ, Adnan Yaakob, Satim Demon, dan
banyak lagi.
Jelas tidak seorang pun daripada mereka yang boleh diharap, apatah lagi hendak
dianggap sebagai pembela agama, bangsa dan negara. Malah merekalah penjual dan
penjahanam yang lebih berbahaya daripada parasit seperti pernah/sedang diucapkan oleh Dr Hasan Ali. Kawan saya itu terus terbuka
mindanya dan mengakui memang Ameno-BiEnd tidak boleh disandarkan sebarang
harapan.
Cuba lihat Adun dan Bekas Adun Selangor, rumah mereka
semuanya umpama mahligai dan istana. Kalau tidak percaya cuba tinjau dan lihat
bila ada masa. Misalnya lihat pemimpin-pemimpin ini yang tinggal di Shah Alam,
Ampang, Kelang, Kuala Selangor dan banyak tempat lagi. Belum lagi disebut
harta-harta lain yang diperolehi secara tidak mengikut undang-undang
dibenarkan, moral dan agama.
Wahai pemimpin Ameno-BiEnd, kami tidak kisah siapa dia
DSAI atau Azmin Ali. Yang kami kisah you all harus dibakul sampahkan secepat
mungkin. Kalau tidak majoriti rakyat akan terus tertipu dan dihamba abdikan
demi tembolok rakus kalian!
Atas faktor kesihatan, DSAI buat masa ini sedar sejauh
mana beliau boleh pergi dalam politik negara. Kami pasti dia akan memberi
laluan kepada pemimpin PR yang lain untuk menerajui PR jika kesihatannya tidak
mengizinkan lagi. Banyak ada; PR ada Khalid Ibrahim, Azmin Ali, Hj Hadi Awang,
dan ramai lagi professional terbilang yang tidak terbilang ramainya berbanding
yang Ameno-Bi End ada.
Untuk meningkatkan taraf hidup rakyat bukan semata-mata
dengan memberi wang umpama memberi ikan (RM100, RM200 dan RM500). Di mana wajar
rakyat juga selebihnya harus diberi kail dan mata pancing. Barulah mereka akan dapat
berdikari dan membawa negara ke arah kemakmuran berganda.
Manakala kalau jadi mahasiswa, apabila habis studi
dibebani pula hutang keliling pinggang. Dengan gaji dalam lingkungan RM2,000
(itu pun kalau dapat kerja makan gaji) mana cukup? Mesti hendak beli kereta,
rumah dan hendak berumahtangga. Tolak-tolak apa yang tinggal? PM suruh beli
rumah harga RM200k yang boleh dihutang sampai 30 tahun. Itu pun kalau rumah tu
tidak terbengkalai! Itu pun kalau bank rela hendak bagi loan dengan income
tidak seberapa itu. Idea sebegini ada akal ke? Rambut pun dan semua nampak
putih (dimakan sumpah?) dan stail/isi cakap pun sudah setaraf pencacai sahaja.
Syarikat-syarikat swasta disuruh tekankan KPI, kekananan
dan kelulusan professional/akademik 100% dikesampingkan. Manakala, kalau ada
kakitngan yang sakit atau kemalangan semasa dalam perkhidmatan kalau boleh akan
disuruh berhenti sebab kononnya tidak produktif lagi bagi syarikat tersebut. Bukankah
ini penganiyaan namanya? Dengan berkuatkuasanya KPI 100% maka wujudlah budaya
ampu bodek, tikam kawan dari belakang, budi bicara dan kebijaksanaan dikesampingkan.
Siapa yang menghina orang Melayu? Tidakkah orang Melayu
sendiri yang enggan mengaku bahawa dirinya Melayu? Sampai Bahasa Melayu tidak
berdaulat dalam ertikata sebenarnya di Tanah Melayu sendiri? Adakah kita mengharapkan
orang bukan Melayu uttuk mendaulatkan dan menyebarluaskan penggunaaan Bahasa Melayu?
Professional Melayu yang terdiri daripada akauntan, peguam,
doktor, jurutera, ahli farmasi, arkitek, angkasawan, bukankah majoriti mereka
datangnya daripada sekolah dan universiti yang beraliran Bahasa Melayu disuatu
ketika dulu? Sebagai perbandingan, di zaman tahun 1960’an dulu, dengan
menggunakan Bahasa Inggeris, bilangan professional Melayu boleh dibilang dengan
jari.
Bahasa bukanlah halangan. Bahasa Inggeris boleh dipelajari
setelah bekerja. Kalau minat, hendak belajar Bahasa Inggeris bukan susah
sangat. Kebolehan berbahasa Inggeris akan datang dengan sendirinya. Kenapalah kita
tidak berprinsip seperti orang Jerman, Perancis. Jepun dan Korea? Dimana bahasa
ibunda mereka diutamakan, dan mereka muncul sebagai kuasa ekonomi dunia terbesar
dikala ini. India dan Pakistan yang majoriti pandai Berbahasa Inggeris
sejauhmana kemajuan mereka terutama dibidang ekonomi berbanding Jepun, Jerman
dan Perancis juga Rusia?
Fikir-fikirkanlah. Yang penting dalam PRU13 ini humbankanlah
ke laut Ameno-BiEnd yang sudah reput oleh serangan anai-anai (tidak boleh
dibajai/dibaikpulih semula). Rakyat jangan takut dengan segala tohmahan dan gertak
Ameno-BiEnd yang hanya sudah tinggal gusi sahaja.