Sejak jadi PM, beliau yang dulunya pendiam,kini kalau bercakap bukan main bergaya lagi. Angkat tangan atas dan bawah. Bertempik sana bertempik sini. Persis penjual ubat kaki lima amatur di Chow Kit. Tapi gayanya kena atau tidak, pendengar sendiri boleh nilaikan. Ada isi atau hanya omong kosong sebagai halua telinga para pendengar semata-mata.
Maka dikuti pula oleh Zahid, Shafie, dan Mohd Isa. Rasa-rasa nak ketawa pun ada, marah pun ada bila tengok gaya dia orang berpidato apa lagi bila berhujah. Tapi satu pun tiada yang natural. Apatah lagi bila tengok Dr Zambri dari Perak bercakap, langsung tiada daya penarik. Kalaulah dilangsungkan pilihanraya yang adil dan telus, mereka ini semua pasti akan kalah.
Untuk menjadi pemidato terbaik dan berkesan selain bakat kita kena hadiri 'training public speaking' terlebih dahulu seperti di Pusat Kemahiran Berbahasa UiTM atau UIAM. Kemudian praktikkan. Insyaallah akan menjadi seorang pemidato terbaik. Tidaklah hanya dengan melaungkan suara yang kuat saja yang entah apa-apa biji buah dan manfaatnyanya.
Namun ada pemidato semulajadi yang memang tidak boleh dipertikaikan kredibiliti dan karismanya seperti Allahyarham Bung Karno, Martin Lurther King, dan Margaret Thacher. Setakat tiru-tiru tokoh lain tatkala berpidato akan kurang menjadi seperti yang dilakonkan oleh orang-orang yang disebutkan dalam perenggan kedua tadi.
Pernah diceritakan oleh Prof Hamka. Pada satu masa terdapat seorang pemidato yang berucap berapi-api dengan memek muka sedih bila memperihalkan kisah sedih. Maka adalah seorang budak yang mendengar pidato dihadapannya tiba-tiba menangis agak kuat dengan sedu sedannya sekali. Pemidato itupun begitu berbangga sekali iaitu terdetik didalam hatinya betapa berkesannya pidato beliau kepada hadirin dan budak itu.
Maka budak itu ditanya oleh Prof Hamka, "kenapa kamu menangis, wahai budak? Adakah begitu berkesan sekali ucapan pemidato itu kepada dirimu?"
Setelah menghabiskan sedu sedannya, budak itu menjawab, "mamak, saya menangis bukan kerana isi pidatonya, tapi saya menangis tatkala melihat janggut pemidato itu sering tak tumpah macam janggut arwah datuk saya yang baru saja meninggal dunia!"
Kita harap pemidato yang meniru-niru karektor orang lain atau tiada berbakat harap jangan cepat 'perasan'. Bagaimana pun, Insyaallah kalau kita berpidato kerana Allah dan ikhlas sesama manusia, mesej dan matlamat kita akan sampai dan tercapai. Apa lagi dalam satu-satu pilihanraya dalam negara.
No comments:
Post a Comment