Oleh: Hazani Zakaria
KUALA LUMPUR, 7 Dis: PAS menyifatkan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Perdana Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Isnin lalu sebagai berbaur ugutan kepada rakyat khususnya orang Melayu dan umat Islam.
KUALA LUMPUR, 7 Dis: PAS menyifatkan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Perdana Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Isnin lalu sebagai berbaur ugutan kepada rakyat khususnya orang Melayu dan umat Islam.
Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata,
kenyataan Najib bahawa orang Melayu dan umat Islam mesti menyokong Umno BN jika
mahu masa depan yang cerah, jelas bertujuan menimbulkan ketakutan kepada orang
Melayu.
Ia sekaligus menggambarkan Umno BN seolah-olah semakin sedar
mereka akan hilang kuasa selepas pilihan raya umum ke -13 nanti.
"Ada sesuatu yang tidak sihat daripada ucapan itu. Ada
kecenderungan di kalangan pemimpin BN, seolah-olah mereka tak boleh terima
kalau mereka kalah dalam pilihan raya.
"Kalau ucapan yang dibuat berbau kekerasan kerana nak
pertahankan kuasa, ini sesuatu yang sangat berbahaya," kata beliau kepada
Harakahdaily hari ini.
Mazlan juga berkata, Umno BN sebaliknya harus memberi
peluang kepada rakyat untuk membuat pilihan di peti undi, bukan mengugut masa
depan mereka menjadi malap sekiranya memilih Pakatan Rakyat.
"Semua pihak sama ada Perdana Menteri ataupun institusi
keselamatan seperti polis dan tentera bahkan badan bukan kerajaan seperti
Pekida, Perkasa dan sebagainya harus akur dengan mandat yang diberi rakyat.
"Jika
dalam pilihan raya umum rakyat beri kepercayaan selain kerajaan yang sedia ada,
rakyat harus menghormatinya," katanya.
Tambah Mazlan lagi, beliau yakin ucapan Najib itu mempunyai
maksud tersirat iaitu memberi isyarat kepada Pekida agar tidak sekali-kali
"belot" dengan parti pemerintah.
Justeru katanya, semua pihak harus berhati-hati dengan
ucapan berbaur ancaman dan provokasi itu.
"Saya yakin apa yang diungkapkan Najib ada maksud
tersirat yang nak disampaikan kepada pertubuhan seperti Pekida itu.
"Jadi saya harap ucapan yang berbau ancaman dan
provokasi ini dapat diteliti oleh pihak polis supaya ini tidak menjadi satu
galakan kepada budaya samseng dalam negara kita seperti yang ditunjukkan oleh
BN melalui siri gangguan dalam ceramah Pakatan Rakyat yang semakin kerap
berlaku," katanya.
Selain itu, tegas Mazlan, ugutan bahawa Melayu akan menjadi
bangsa yang bangsat dan merempat jika tidak diperintah Umno BN langsung tidak
berasas.
Sebaliknya beliau berkata, nasib Melayu sekarang ini memang
sudah tidak terbela angkara Umno sendiri yang mengaut kekayaan untuk kroni
mereka.
"Pakatan belum diberi peluang mengambil alih Putrajaya
lagi, bagaimana Najib kata orang Melayu akan jadi bangsa yang bangsat,
merempat?
"Hari ini pun kalau senaraikan isu orang Melayu, memang
dah jadi bangsat pun. Angkara siapa kalau bukan angkara Umno.
"Kononnya kalau bagi kuasa kepada Pakatan
Rakyat Melayu akan bangsat, akan merempat, ini kenyataan yang melampau dan tak
patut keluar dari mulut Perdana Menteri," katanya.
No comments:
Post a Comment