Friday, March 19, 2010

Zahrain’s Parliamentary Antics & MP’s Responsibility

Posted by Khoo Kay Peng

Bayan Baru voters must be feeling really frustrated and disappointed with the MP Zahrain Hashim's parliamentary antics.

The ex-PKR leader has been using his parliamentary privilege to launch personal attacks against his former party leaders and to wash some dirty linen.

He had named eight MPs, whom he claimed were ready to jump ship in the opposition’s bid to takeover the government on Sept 16, 2008. They were Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Independent-Tawau), Datuk Eric Majimbun (Independent-Sepanggar), Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut) and Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang).

Tengku Razaleigh has refuted his claims today.

Zahrain claimed that there was a link between online newspaper MalaysiaKini and Raja Petra Kamarudin (RPK)’s news portal with the opposition and urged the Malaysian Communications and Multimedia Commission to probe into it.

He is expected to make more allegations in the coming days. It is not surprising that Zahrain is using his parliamentary immunity to run various allegations against his former colleagues.

Zahrain's action has two implications. First, it reflects an inherent weakness in the Pakatan leadership. This is something the coalition must correct before the next general election.

Second, it reflects badly on Zahrain's position as an elected representative. His elected position is not personal. He is accountable for his action and behaviour in the parliament. He should use his debating time to focus on key issues such as socio-economic policy, GST, strategy to address economic malaise, abolishment of ISA, inter-ethnic relations, Penang's development and others.

Zahrain wants us to respect his position and rights as a member of parliament. He has to first respect the wishes and expectations of his voters.

Zahrain's unparliamentary behaviour should be severely criticized by groups monitoring the performance of parliamentarians.

Khairy Sibuk Jaga Tepi Kain Orang, Rembau Sendiri Terabai

Oleh Fazilah Sahir

KUALA LUMPUR 18 Mac - Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin terlalu sibuk mencampuri dan mengecam Pakatan Rakyat sehingga terlupa tanggungjawab dan janji beliau kepada pengundi di kawasan sendiri.

Menurut Ketua KEADILAN Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin atau CheGu Bard kegagalan menantu mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi itu jelas memperlihatkan kerapuhan kredibiliti dan ketidakmampuan beliau sebagai seorang Ahli Parlimen.

Beliau mendakwa kebanyakkan pengundi di Rembau dikatakan sangat kecewa dengan tindakan Khairy yang sekian lama tidak turun padang menjengah kawasan.

Malah segala janji yang ditabur semasa pilihan raya ke-12 dulu kini dianggap penipuan semata-mata, lantas mendedahkan kelemahan dan pembohongan Ketua Pemuda Umno tersebut.

"Lima janji 'hebat' yang ditaburkan Khairy termasuklah hospital besar, pusat tuisyen emas percuma untuk semua rakyat Rembau, membina Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan masjid di Pedas yang sehingga kini tak tahu hujung pangkalnya.

"Semua yang dijanjikan adalah satu pembohongan serta menunjukkan kelemahan Khairy kerana tidak dapat menunaikan satu apa pun yang dikata sebelum ini," kata beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.

Malah CheGuBard berkata beliau sentiasa menerima aduan rakyat ekoran kegagalan Khairy berfungsi sebagai wakil rakyat.

"Aduan terbaru kami terima penduduk di Felda Sendayan kecewa kerana sudah dua tahun Khairy tidak menjengah kawasan. Malah beliau hanya menghantar wakil dalam satu majlis dengan persiapan yang gah telah dibuat untuk menyambut beliau.

"Namun beliau tidak hadir sehingga membuatkan Ketua Cawangan Umno malu dengan rakyat tertunggu-tunggu kehadirannya," katanya lagi.

Tambah Ahli majlis Pimpinan Pusat itu walaupun KEADILAN gagal memenangi kawasan tersebut pada PRU ke-12 lalu namun beliau bersama-sama rakan lain akan meneruskan khidmat dengan memberi bantuan serta sumbangan kebajikan kepada rakyat.

Beliau berpendapat politik tanahair kini memasuki fasa baru yang mana rakyat kini telah bangkit dan menolak kepimpinan Khairy dan Umno.

"Segala perubahan terletak di tangan rakyat yang mengundi. KEADILAN akan terus bangkit untuk meningkatkan mutu parti dan seterusnya merampas kawasan tersebut daripada tangan Khairy kelak," tegas CheGuBard

Rayuan Keputusan Kes Salah Guna Kuasa Bekas Pengarah JSJ Ditolak

-Bernama

KOTA KINABALU, 18 Mac (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengenepikan rayuan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap keputusan Mahkamah Sesyen untuk melepas dan membebaskan bekas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Yusoff terhadap dakwaan menggunakan pesawat polis untuk tujuan peribadi hampir tiga tahun lalu.

"Selepas menyemak bukti yang berkaitan dan asas penghakiman oleh hakim mahkamah sesyen, saya mendapati hakim (mahkamah sesyen) itu tidak silap. Oleh itu kami mengenepikan rayuan ini," katan Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli.

Sebelum ini dalam hujah untuk mengenepikan keputusan mahkamah sesyen itu Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Bache berkata hakim mahkamah sesyen gagal menilai permohonan di bawah undang-undang di mana Ramli, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, didakwa.

Pada 27 Julai lepas hakim Supang Lian berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan Ramli, 57, wajar dilepas dan dibebaskan.

Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya SPRM Kevin Morais dan Joyce Blasius, memanggil 75 saksi dalam perbicaraan yang berlangsung selama 59 hari antara 13 Mei 2008 dan 6 Julai tahun lepas.

Ramli, yang ketika itu diwakili oleh Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan James Tsai, didakwa pada 19 Nov 2007 atas tuduhan menyalahguna kuasanya sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman untuk perolehan kewangan dengan mengarahkan dan menggunakan pesawat Cessna Caravan Polis Diraja Malaysia untuk membawanya melakukan pengawasan dari udara terhadap dua lot di Ulu Tungku, Lahad Datu, di mana syarikat hartanahnya Kinsajaya Sdn Bhd mempunyai kepentingan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 7.50 pagi pada 15 Jun 2007 di Unit Udara Polis Sabah, Tanjung Aru dekat sini.

Ramli mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda minimum RM10,000 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Rasuah, dan telah dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Ekonomi Negara Perlu Rombakan Total

Oleh Dzulkarnain Taib

KUALA LUMPUR 17 Mac - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambarkan keadaan ekonomi Malaysia yang kucar kacir serta tanpa halatuju di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional menyebabkan berlakunya pemindahan modal ke luar negara secara besar-besaran sementara kebergantungan pendapatan kepada minyak semakin merosot.

Dalam perbahasan titah Yang Perturbation Agong beliau selama hampir tiga jam di Dewan Rakyat hari ini beliau memperincikan mengapa ekonomi Malaysia semakin suram dengan kadar kemasukan pelaburan langsung semakin menurun dengan drastiknya sementara tahap persaingan negara jauh ketinggalan berbanding negara rantau Asia Tenggara yang lain.

Malah beliau juga menyanggah Perdana Menteri yang mengatakan keperitan ekonomi telah berakhir sebagai satu kenyataan yang cuai dan tidak bertanggungjawab.

“Terlalu banyak masa diberikan kepada rancangan untuk meningkatkan ekonomi sekarang kepada ekonomi bernilai tinggi sehinggakan kita mengabaikan isu ekonomi lain yang bersangkutan soal keadilan sosial, yang seharusnya mengambil tempat sentral dalam mana-mana agenda pembangunan ekonomi di Malaysia.

"Usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan menampakkan impak yang terlalu kecil dan lebih mengejutkan laporan Pembangunan Insan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan Malaysia ditangga ke-66 dari segi ketidaksamaan ekonomi berbanding tangga ke-23 bagi Singapura, Hong Kong (24), Korea Selatan (26), Brunei (30) dan Cuba (51)," tegas Anwar kepada anggota Dewan.

Beliau menambah walaupun penggunaan pendekatan fiskal untuk merangsang ekonomi meningkat antara tahun 2002 hingga 2004 kadar kemiskinan masih naik kepada 12 peratus dalam tempoh tersebut.

Ini merupakan fenomena yang aneh kerana semasa keadaan ekonomi lemah sebahagian besar daripada sumber kewangan negara ditumpukan kepada menggerakkan ekonomi.

Namun kata Anwar hanya kroni dan jaringan mereka yang mendapat manfaat manakala rakyat terus merana.

"Jurang ekonomi antara pelbagai kaum di negara menjadi semakin teruk hinggakan usaha ke arah ekonomi yang holistik menjadi sesuatu di luar kemampuan pentadbiran sekarang.

“Satu reformasi gergasi dan anjakan besar dalam pengurusan ekonomi negara diperlukan sekiranya Malaysia mahu meningkat kepada ekonomi bernilai tinggi serta memastikan kekayaan diagihkan sama rata kepada kaum dan lapisan," tambah beliau.

Menyentuh mengenai pendapatan daripada sektor minyak dan gas Ahli Parlimen Permatang itu berkata amalan sekian lama kerajaan memerah Petronas sebagai sumber dana tidak lagi boleh diteruskan.

Menurut Anwar Petronas terpaksa menambah bayaran kepada kerajaan dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Pada 2005 umpamanya syarikat petroliam nasional itu membayar sebanyak RM32.1 bilion kepada kerajaan diikuti RM47.7 pada 2007, RM52.3 bilion dalam tahun 2007, RM61.6 bilion pada 2008 dan RM74 bilion pada 2009.

Dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007 dan 31 Disember 2008 Petronas menyumbang masing-masing 36.8 peratus dan 44.9 peratus kepada keseluruhan pendapatan kerajaan pada tahun berkenaan.

Tambah Anwar jika pendapatan daripada syarikat minyak dan gas lain dikira bersama ini bermakna negara bergantung lebih separuh pendapatannya daripada sumber yang tidak diperbaharui.

“Menyedari hakikat ini Pakatan Rakyat sejak awal mewar-warkan bahawa negara memerlukan reformasi yang holistik kepada kerangka dasar ekonomi terutama sekali pada masa kini di mana terdapat ketidakseimbangan dalam ekonomi.

"Prinsip Pakatan Rakyat selama ini konsisten bahawa tanpa perubahan holistik yang membabitkan pembasmian rasuah secara total, mengemaskini proses pembelian kerajaan, merungkai pertalian bisnes kerajaan-ahli politik, mengembalikan integriti kehakiman dan institusi penting lain dan merombak sistem pendidikan, mantra ekonomi bernilai tinggi akan hanya menjadi retorik.

"Ketidakyakinan terhadap prospek ekonomi Malaysia juga timbul disebabkan beberapa isu sensitif yang tidak diurus dengan baik seperti isu kalimah Allah serta kehilangan aset kerajaan dalam kes enjin jet pejuang dan kapal selam yang tidak boleh menyelam. Semua ini menyumbang kepada pemindahan modal dari Malaysia yang mengejutkan tahun lalu," kata Anwar.

Ketua Umum KEADILAN itu juga bercakap mengenai peranan syarikat yang berkaitan kerajaan (GLC) yang dilihat membuat pelaburan yang lebih agresif di luar negara berbanding pasaran tempatan.

"Tindakan GLC melabur lebih banyak di luar Malaysia menggambarkan tahap keyakinan terhadap ekonomi negara semakin menurun.

Thursday, March 18, 2010

Pendidikan Seks: Antara Keperluan dan Kontroversi

Posted by: Dr Mohamad Khir Toyo

1. Cadangan untuk mengadakan pendidikan seks di sekolah-sekolah sekali lagi menjadi tajuk perbincangan hangat. Ini bukan kali pertama ia menjadi isu. Setiap kali isu ini timbul akan wujud pandangan yang bersetuju dan menentang. Ini lumrah manusia. Jarang manusia boleh bersetuju sebulat suara dalam apa hal pun.

2. Melihat gejala sosial hari ini termasuk seks diluar perkahwinan, seks bebas, peningkatan pembawa HIV dan penghidap AIDS, seks bawah umur dan jenayah seksual seperti rogol, cabul dan liwat menunjukkan ada kepentingan dan keperluan mengadakan pendidikan seks di sekolah-sekolah.

3. Namun ada juga rakan saya berhujah bahawa Amerika Syarikat yang memperkenalkan pendidikan seks bukan sahaja gagal membendung gejala-gejala yang saya sebutkan itu, malah meningkatkan pula masalah-masalah sosial ini. Mungkin perasaan ingin tahu hasil pengetahuan mengenai seks tersebut menyebabkan mereka ingin mencuba.

4. Saya percaya di Malaysia sendiri pun masalah-masalah sosial membabitkan seks ini berpunca daripada pendedahan remaja kepada bahan lucah di internet yang mendorong perasaan ingin mencuba.

5. Bagi saya pendidikan seks harus dilaksanakan di sekolah-sekolah bagi bukan sahaja membendung seks luar nikah dan seks bebas tetapi juga memberi pengetahuan yang jelas mengenai kehidupan manusia dan isu-isu gender. Ini kerana masayarakat hari ini turut berhadapan dengan masalah kekeliruan gender di mana kita lihat semakin ramai lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki.

6. Kontroversi di kalangan yang menentang ini banyak berkisar kepada masalah pendekatan atau approach mereka yang mencadangkannya. Jika diteliti dari sudut ilmu pendidikan dan akademik, pendidikan seks mempunyai ruang lingkup yang sangat luas dan bukan bermakna hubungan seks (intercourse) semata.

7. Namun di kalangan orang Asia termasuk di Malaysia, subjek Pendidikan Seks memberi makna yang kurang selesa dan agak sensitif. Justeru apabila dilontarkan idea pendidikan seks kepada masyarakat di negara ini ia memberi mesej yang mengelirukan. Ramai beranggapan ia akan menerangkan mengenai hubungan kelamin sekaligus ini menimbulkan tentangan.

8. Justeru untuk perbincangan selanjutnya saya berharap Kementerian Pelajaran dan tokoh pendidik boleh memulakan perbincangan dengan menggunakan nama pendidikan seks kepada sesuatu yang lebih sopan, mesra dan dapat diterima oleh masyarakat tanpa menyinggung perasaan.

9. Saya cadangkan Kementerian Pelajaran menggunakan nama seperti Pengajian Gender. Ia tampak lebih manis dan tidak menimbulkan ketidakselesaan masyarakat untuk membicarakannya.

“Gender is used to describe those characteristics of women and men, which are socially constructed, while sex refers to those which are biologically determined. People are born female or male but learn to be girls and boys who grow into women and men. This learned behaviour makes up gender identity and determines gender roles” (World Health Organization, 2002).

10. Saya juga berharap Kementerian Pelajaran mendapatkan pandangan dan bantuan pelbagai pihak terutama pemimpin masyarakat, NGO, tokoh agama, tokoh motivasi dan tokoh budaya dalam merangka satu sukatan pengajian gender yang menyeluruh dan bukan berunsur seks semata.

Al-kisah 4 MP Pandir of Bolehland

Oleh: Cicit Tok Perak

Semalam saya tengok di Parlimen MP Bayan Baru berapi-api memburuk-burukan MP Permatang Pauh. Beberapa minggu dulu pula saya terlihat bagaimana MP Bagan Serai bercakap macam orang tidak pernah mengaji, nampak sahaja macam orang alim. Juga melihat MP Nibong Tebal berhujah, tidak tentu hujung pangkal. Lama sebelum itu melihat MP Kulim/Bandar Baru juga berhujah.

Kesimpulan yang saya boleh buat keempat-empat mereka ini adalah jenis loklak. Cuma membezakan mereka kurang loklak dan lebih loklak itu sahaja. Saya peminat ZN masa dia membela DSAI dulu (mulai 1998). Beliau selalu bertazkirah di Masjid Jamek Kuala Lumpur hampir setiap Jumaat. Tetapi sejak akhir-akhir ini saya kurang pasti apa sebenar matlamatnya di dalam politik apabila meneliti hujah dan cakap-cakapnya melalui ‘media usang’.

Bagi saya ZN masih sedikit kebaikannya berbanding 3 lagi MP itu. Dan saya bersimpati dengan beliau apabila beliau berkata, “Saya di hadapkan ke lembaga disiplin parti yang ahli panelnya semua bukan Islam.” Kalau benar dakwaannya, saya rasa PKR telah tidak berlaku adil (membuat kesilapan teknikal) kepada ZN. Takkanlah dia hendak berhujah mengenai Islam kepada para pengadilnya yang bukan beragama Islam!

MP Bayan Baru eloklah jangan dijadikan MP lagi oleh samada PR atau BN. Beliau ini jenis ‘selfish cum egoist’. Cakap beliau konon hendak membela Melayu dan Islam, tetapi keterampilannya langsung tidak mencerminkan seorang Melayu dan Islam yang berhemah.

Tentang DSAI, saya bukanlah penyokong fanatik beliau. Saya menyokongnya atas dasar kerasionalan. Dalam kes liwat yang sedang dihadapinya sepatutnya begini: Kerana beliau seorang Islam juga Saiful seorang Islam, sepatutnya kes ini dikendalikan oleh Mahkamah Syariah bukan sivil. Tidak silap saya, jika Saiful tidak dapat membawa 4 orang saksi lelaki yang bukan fasik, dan saksi-saksi itu tidak nampak insiden itu berlaku umpama ‘pedang dimasukkan ke dalam sarungnya’, (seperti kata Ustad Tuan Man Naib Presiden PAS yang pernah mengajar saya di UiTM dulu),Saiful mengikut undang-undang syariah mesti dikenakan hukuman sebat 80 kali.

DSAI buat ke tidak buat ke itu soal lain. Jika DSAI benar-benar melakukannya, itu adalah urusannya dengan Allah swt. di kemudian hari. Tetapi kalau mengikut undang-undang Islam DSAI akan dilepaskan kerana tuduhan tidak dapat dibuktikan seperti dinyatakan di atas tadi.

Kalau hendak diikutkan, pemimpin-pemimpin daripada BN lagi hebat. Cuma banyaknya telah dan sedang ditutup begitu saja. Antaranya kes Altantuya yang pernah kena dan suka diliwat; JJ meraba pekerja hotel kemudian ‘settlement out of court (?)’. Bekas Ketua Wanita Ameno Sabah bermain asmara dengan pemandunya yang kemudiannya mati dibunuh disebuah hotel; Bung MP daripada ‘Kenabatangan’ yang selalu berapi-api di Parlimen, kini lembik dan menikus kerana hobi meratah perempuan muda menggunakan pengaruh dan kekayaan yang ada. Cukuplah itu kalau hendak dicerita lagi 1,001 malam pun tidak akan habis.

Tapi saya paling marah apabila menonton cara MP Bayan baru berhujah di Parlimen yang mebuang wang rakyat dengan mengutuk habis-habisan DSAI. Masa berkawan semuanya wangi bila sudah tidak baik semuanya busuk. Dalam Islam ada menyatakan, “jika kita menutup aib orang lain, orang lain akan menutup aib kita.” Satu jari menuding kepada orang lain, 4 jari lagi sedang menuding ke arah diri sendiri.

Saya tabik dengan DSAI yang lepas itu terus keluar daripada Parlimen. Kerana itulah tindakan seorang pemimpin yang bijaksana lagi agung. Saya sebagai Cicit Tok Perak juga akan bertindak begitu, “tidak ada faedahnya melawan hujah-hujah orang yang biul dan tidak bertamadun.”

Monday, March 8, 2010

Royalti: Undang-undang Ikut Kepala Pemimpin Umno-BN

By: Mutaligat

Memang dulu, kini dan selamanya apa yang dilakukan oleh Umno/BN mengikut undang-undang dan tidak pernah mereka melanggar undang-undang.

Tetapi undang-undang itu bukan undang-undang negara tetapi undang-undang mengikut kepala pemimpin Umno/BN. Apa yang mereka rasa baik mereka akan buat kerana mereka berkuasa melakukan apa sahaja. Sehingga orang lain tidak mahu menegur dan memperbetulkan apa yang batil.

Semua orang yang terlibat dengan undang-undang akan mencari jalan supaya tindakan yang mereka buat adalah mengikut undang-undang walaupun orang bodoh pun tahu ianya bercanggah dengan undang-undang.

Semalam pemimpin Umno sekali lagi mendakwa tindakan Kerajaan Pusat memberikan wang ihsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan bagi menggantikan royalti minyak adalah betul mengikut undang-undang.

Oleh itu Perdana Menteri, Najib Razak menegaskan, pendirian kerajaan dalam soal pemberian itu adalah jelas dan tetap akan memberikan peruntukan berkenaan. Sedangkan di dalam perjanjian petrolium dengan jelas menyebutnya royalti 5 % yang berhak diperolehi oleh kerajaan negeri.

Jika inilah sikap pemimpin pusat maka rakyat akan terus sangsi dan syak wasangkan tentang kejujuran kerajaan menggagaskan 1Malaysia yang antara lain mahukan rakyat bersatu padu walaupun berlainan ideologi perjuangan, agama, bangsa dan agama.

Lebih teruk lagi tindakan kerajaan yang acapkali membelakangkan undang-undang menyebabkan negara luar semakin sangsi dengan sistem undang-undang dan kehakiman negara kita seperti yang ditunjukkan oleh Ahli-ahli Parlimen Australia baru-baru ini.

Najib is Setting the Stage

By: Lim Kit Siang

When the Prime Minister and UMNO President, Datuk Seri Najib Razak said last few nights that it was up to UMNO members to decide if action should be taken against Tengku Razaleigh Hamzah for continuing his campaign against the federal government over Kelantan’s oil royalties claim, the stage is set for drastic action by Umno against the Kelantan prince and elder Umno statesman.

It is clear as to what Najib meant when he made the ominour statement:” We have to hear what the party members have to say” after the Umno supreme council meeting last night.

Already, the Deputy Prime Minister and Deputy Umno President, Tan Sri Muhyiddin Yassin had more than once expressed displeasure at Razaleigh’s unrepentant recalcitrance, openly questioned Razaleigh’s loyalty to Umno and accused him of trying to confuse the public over the oil royalty issue.

Will Razaleigh back down from the very clear ultimatum from the Umno leadership to “cease and desist” or to face severe Umno retaliation for continuing to champion the state rights not only of Kelantan but other states, particularly Terengganu, Sabah and Sarawak who are directly affected by the oil royalty controversy.

Whether Razaleigh would be “disciplined” or even hounded out of Umno is an internal Umno matter but the issue he has taken an uncompromising stand concerns not only him and Umno, but larger public interests affecting not only the oil royalties but the state rights of all states in the federal system of government in Malaysia.

Razaleigh yesterday accused the Federal Government of behaving like a “Godfather” even though their power comes from the 13 states.

Today, Razaleigh has upped the ante in a Malaysian Insider report elaborating on his concerns at the signs of decline everywhere in Malaysia, saying that even Malays are getting disillusioned with the state of the nation and leaving the country.

He said: “Something must be wrong in this so-called Malay Land (Tanah Melayu) when they (Malays) are leaving.”

He said people, especially the young, are feeling uneasy over developments in the country, adding:

“There are many Malays in London who are professionals, making good money, who will not return because the environment is not right in Malaysia.”

The Prime Minister said his government’s refusal to pay oil royalties is in accordance with the law and was decided upon after consultation with various legal experts.

Najib should present a White Paper when Parliament meets on March 15 to explain why for 25 years from 1975 to 2000, the Federal Government recognised and paid five per cent oil royalties to the Terengganu state government for offshore oil produced, but refused to accord such recognition because PAS captured power in Terengganu state in the 1999 general election and paid out instead “compassionate monies” to a separate Federal Government agency.

The White Paper should declassify all documents and records of Petronas, the Attorney-General Chambers and other government agencies to explain when and why legal opinion changed from recognition of the states’ oil royalties rights for 25 years from 1975 to 2000 to refusal to recognise such state rights and to pay out instead “wang ehsan” at the discretion of the Federal Government.

Tuesday, March 2, 2010

Although High Qualification: The Current Naïve of Umno’s Leaders

By: The Great-great Grandson of Tun Perak

Former Penang deputy chief minister 1 Mohammad Fairus Khairuddin announced that he was leaving Parti Keadilan Rakyat (PKR) to join Umno. He made the announcement in front of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who is also Umno president, at a function with the Silat Seni Gayung Association in Ampang, near here. Mohammad Fairus then handed his Umno membership application form to Najib.

Earlier in his speech, Mohammad Fairus, said his decision to quit PKR was because he had lost confidence in the party leadership, especially on matters concerning Islam and the Malays.

Do not be surprised, many lousy PKR leaders and members are starting to leave the party and join UMNO or any other BN component parties. Due to what? Money! Money will buy anything especially the unprincipled persons and considered money as the god. Those practice money politics, they totally forget about the existence of Allah up there.

Former Deputy CM 1 of Penang, Mohammad Fairus Khairuddin, is a good example of man who is still not matured in the politics. Tonight, I saw him talking in the TV like a child, no credibility, no integrity. Nothing to be proud of as the ex-Deputy CM 1 of Penang. He was selected to be the PKR candidate in the last general election because at the time many of them were randomly/speedily selected not really based on merit included Fairus.

He later left the deputy CM post because he knew; he did not have the capability to continue holding the post. Hence he tried ways to leave the post by giving childish excuses. He said, in the TV, “demi bangsa, negara dan agama.” What religious criteria does he have? Yes, he has a Master degree, but degree from which university? Today, they are many master holders are being produced aggressively by the irresponsible private colleges for the sake of money! Yeah, again money.

Many more like him in the PKR who waiting to be bought by the BN or Umno. Malaysia would be collapsed soon if money is continuously being treated as the King in the country.

Everyday, the prices of goods and services rise up. Last Sunday I ate normal nasi lemak and teh tarik at a food stall belonged to a Kelantanese Woman in Chow Kit area, which I was charged RM7.50sen. What really the hack?

Next, they are two jokers in Kelantan, Mustapha Mohamad and Awang Adek Hussein. They against the will of majority Kelantanese who fighting to get royalty from the Federal Government. AAH and I, ABH were students of one prominent economics professor of USM, Dr Amir Husin Baharuddin. Poor AAH! Already does not know which one is gold which one is glass.

Further he also has lost his identity and credibility to the eyes almost all the Kelantanese. AAH and MM have had seminars in Kota Bharu to explain that Kelantan is not entitled to the royalty payment. Such stupid and naïve seminar they were willing to conduct? Which against the will of the majority Kelantanese? MM and AAH, where both of have put your brains? MM is a first class holder of bachelor degree in Economics, while AAH is a PhD holder in Economics and the current Deputy Minister of Finance?

Tonight, Najib said a contract to the contractors could not be easily taken back by the CM. Loudly and confidently, he said contract is a contract. If that so, what about contract between PETRONAS and the late state government. Why so easily named it or changed it to “Wang Ihsan” and not Royalty?

Most Malays today have lost their identity may be due to 1Malaysia. The Malays will benefit nothing due to concept of 1Malaysia. No doubt, the Malays keep on tolerance to other races, but other races are not sincerely tolerant or giving anything to the survival of the Malays. So? Have heads let’s think ‘lah’.

The Malays have lost almost everything; the lands, the economic opportunities, the language, the culture, and 1001 more others. In Penang, only 1% of the land belonged to the Malays which mainly comprises of ‘tanah waqaf’ and ‘Tanah Kubur’ only. Will Lim Guan Eng trying to find more lands to compensate the Malays’ losses? So that the land ownerships will be fairly distributed among races, which the Malays’ interest to be safeguarded if possible to be increased their stakes?

Lim Guan Eng surely will not fight for the Malay interests if with slogans of based on merits when delivering and giving everything! Surely the non-Malays will be at the advantage! Remember the Malays have been marginalized in Singapore, Southern Thailand and Penang itself!

Latest, the deterioration towards the Malays’ survivals by the school teachers. In their minds as long as they get salaries, forget about the Malays.

Melayu mudah lupa as said by the Late PM, Che Det, including him! Although he has done great development to the country, he too had done a lot of damages to the Malays and Islam. And the damaging is continuing if all the Malays are taking easy on the 'tidak apa attitude, as long as we could eat is enough’.