Monday, March 8, 2010

Royalti: Undang-undang Ikut Kepala Pemimpin Umno-BN

By: Mutaligat

Memang dulu, kini dan selamanya apa yang dilakukan oleh Umno/BN mengikut undang-undang dan tidak pernah mereka melanggar undang-undang.

Tetapi undang-undang itu bukan undang-undang negara tetapi undang-undang mengikut kepala pemimpin Umno/BN. Apa yang mereka rasa baik mereka akan buat kerana mereka berkuasa melakukan apa sahaja. Sehingga orang lain tidak mahu menegur dan memperbetulkan apa yang batil.

Semua orang yang terlibat dengan undang-undang akan mencari jalan supaya tindakan yang mereka buat adalah mengikut undang-undang walaupun orang bodoh pun tahu ianya bercanggah dengan undang-undang.

Semalam pemimpin Umno sekali lagi mendakwa tindakan Kerajaan Pusat memberikan wang ihsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan bagi menggantikan royalti minyak adalah betul mengikut undang-undang.

Oleh itu Perdana Menteri, Najib Razak menegaskan, pendirian kerajaan dalam soal pemberian itu adalah jelas dan tetap akan memberikan peruntukan berkenaan. Sedangkan di dalam perjanjian petrolium dengan jelas menyebutnya royalti 5 % yang berhak diperolehi oleh kerajaan negeri.

Jika inilah sikap pemimpin pusat maka rakyat akan terus sangsi dan syak wasangkan tentang kejujuran kerajaan menggagaskan 1Malaysia yang antara lain mahukan rakyat bersatu padu walaupun berlainan ideologi perjuangan, agama, bangsa dan agama.

Lebih teruk lagi tindakan kerajaan yang acapkali membelakangkan undang-undang menyebabkan negara luar semakin sangsi dengan sistem undang-undang dan kehakiman negara kita seperti yang ditunjukkan oleh Ahli-ahli Parlimen Australia baru-baru ini.

No comments: