Oleh: Cicit Tok Perak
Semalam saya tengok di Parlimen MP Bayan Baru berapi-api memburuk-burukan MP Permatang Pauh. Beberapa minggu dulu pula saya terlihat bagaimana MP Bagan Serai bercakap macam orang tidak pernah mengaji, nampak sahaja macam orang alim. Juga melihat MP Nibong Tebal berhujah, tidak tentu hujung pangkal. Lama sebelum itu melihat MP Kulim/Bandar Baru juga berhujah.
Kesimpulan yang saya boleh buat keempat-empat mereka ini adalah jenis loklak. Cuma membezakan mereka kurang loklak dan lebih loklak itu sahaja. Saya peminat ZN masa dia membela DSAI dulu (mulai 1998). Beliau selalu bertazkirah di Masjid Jamek Kuala Lumpur hampir setiap Jumaat. Tetapi sejak akhir-akhir ini saya kurang pasti apa sebenar matlamatnya di dalam politik apabila meneliti hujah dan cakap-cakapnya melalui ‘media usang’.
Bagi saya ZN masih sedikit kebaikannya berbanding 3 lagi MP itu. Dan saya bersimpati dengan beliau apabila beliau berkata, “Saya di hadapkan ke lembaga disiplin parti yang ahli panelnya semua bukan Islam.” Kalau benar dakwaannya, saya rasa PKR telah tidak berlaku adil (membuat kesilapan teknikal) kepada ZN. Takkanlah dia hendak berhujah mengenai Islam kepada para pengadilnya yang bukan beragama Islam!
MP Bayan Baru eloklah jangan dijadikan MP lagi oleh samada PR atau BN. Beliau ini jenis ‘selfish cum egoist’. Cakap beliau konon hendak membela Melayu dan Islam, tetapi keterampilannya langsung tidak mencerminkan seorang Melayu dan Islam yang berhemah.
Tentang DSAI, saya bukanlah penyokong fanatik beliau. Saya menyokongnya atas dasar kerasionalan. Dalam kes liwat yang sedang dihadapinya sepatutnya begini: Kerana beliau seorang Islam juga Saiful seorang Islam, sepatutnya kes ini dikendalikan oleh Mahkamah Syariah bukan sivil. Tidak silap saya, jika Saiful tidak dapat membawa 4 orang saksi lelaki yang bukan fasik, dan saksi-saksi itu tidak nampak insiden itu berlaku umpama ‘pedang dimasukkan ke dalam sarungnya’, (seperti kata Ustad Tuan Man Naib Presiden PAS yang pernah mengajar saya di UiTM dulu),Saiful mengikut undang-undang syariah mesti dikenakan hukuman sebat 80 kali.
DSAI buat ke tidak buat ke itu soal lain. Jika DSAI benar-benar melakukannya, itu adalah urusannya dengan Allah swt. di kemudian hari. Tetapi kalau mengikut undang-undang Islam DSAI akan dilepaskan kerana tuduhan tidak dapat dibuktikan seperti dinyatakan di atas tadi.
Kalau hendak diikutkan, pemimpin-pemimpin daripada BN lagi hebat. Cuma banyaknya telah dan sedang ditutup begitu saja. Antaranya kes Altantuya yang pernah kena dan suka diliwat; JJ meraba pekerja hotel kemudian ‘settlement out of court (?)’. Bekas Ketua Wanita Ameno Sabah bermain asmara dengan pemandunya yang kemudiannya mati dibunuh disebuah hotel; Bung MP daripada ‘Kenabatangan’ yang selalu berapi-api di Parlimen, kini lembik dan menikus kerana hobi meratah perempuan muda menggunakan pengaruh dan kekayaan yang ada. Cukuplah itu kalau hendak dicerita lagi 1,001 malam pun tidak akan habis.
Tapi saya paling marah apabila menonton cara MP Bayan baru berhujah di Parlimen yang mebuang wang rakyat dengan mengutuk habis-habisan DSAI. Masa berkawan semuanya wangi bila sudah tidak baik semuanya busuk. Dalam Islam ada menyatakan, “jika kita menutup aib orang lain, orang lain akan menutup aib kita.” Satu jari menuding kepada orang lain, 4 jari lagi sedang menuding ke arah diri sendiri.
Saya tabik dengan DSAI yang lepas itu terus keluar daripada Parlimen. Kerana itulah tindakan seorang pemimpin yang bijaksana lagi agung. Saya sebagai Cicit Tok Perak juga akan bertindak begitu, “tidak ada faedahnya melawan hujah-hujah orang yang biul dan tidak bertamadun.”
No comments:
Post a Comment