Wednesday, December 21, 2011
Selamat Tinggal Prof Aziz Bari!
Sunday, December 11, 2011
Wednesday, December 7, 2011
Ugutan Najib Bukti Umno Sedar Akan Hilang Kuasa
KUALA LUMPUR, 7 Dis: PAS menyifatkan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Perdana Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Isnin lalu sebagai berbaur ugutan kepada rakyat khususnya orang Melayu dan umat Islam.
Saturday, December 3, 2011
More Dislike BiEn/Ameno in the Eve of 13th GE
Wednesday, November 9, 2011
Muhyiddin Wajib Bertanggungjawab Pada Siswazah
"Semua pihak tahu masalah kekurangan guru masih tidak diatasi dan tindakan Muhyiddin menyuruh siswazah-siswazah yang dilatih dalam bidang perguruan mancari kerja lain mendedahkan Muhyiddin kepada tuduhan tidak bertanggungjawab," kata beliau.
Kelmarin, hampir 1,000 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan demonstrasi berikutan kenyataan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengarahkan graduan UPSI "cari kerja lain".
Kenyataan berkenaan telah menimbulkan kemarahan ribuan graduan dan bakal graduan di UPSI dan kampus-kampus lain.
"Untuk apa latih mereka dalam bidang perguruan tetapi disuruh cari kerja setelah mereka dilatih dan mendapat ijazah dalam bidang itu?
"Adakah tidak ada penyelarasan di antara universiti-universiti dan kementerian di bawah Muhyiddin dan adakah universiti melahirkan graduan yang tidak ada tempat dalam pasaran kerja?
"Kalau perkara itu berlaku, ia adalah kelemahan kerajaan dan jangan mangsakan siswazah-siswazah itu," kata Mohamad.
Beliau juga meminta Muhyiddin mengambilkira beban dari segi kewangan dan sosial yang dihadapi oleh siswazah-siswazah itu.
"Mereka berhutang kepada PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan saya mesti difahamkan hutang mesti dibayar dalam tempoh tidak sampai setahun selepas mereka tamat belajar.
"Apa akan jadi jika mereka diburu PTPTN selepas ini?" katanya.
Dari segi sosial pula, kata Mohamad, beliau diberitahu tentang pelajar-pelajar yang menghadapi "deraan masyarakat".
"Ada yang dituduh belajar tidak lulus kerana masih tidak berkerja atau melakukan pekerjaan tidak sepadan dengan kelulusan seperti berkerja di kedai kain selepas mendapat ijazah kerana peluang hendak berkhidmat sebagai guru ditutup rapat oleh kementerian Muhyiddin," katanya.
Ada di antara siswazah yang berdemonstrasi itu mengangkat sepanduk dengan luahan "Kami berhutang, kami nak kerja!!!"
Mohamad juga mendesak PTPTN menghentikan tindakan memburu siswazah-siswazah yang belum berkerja untuk menuntut hutang, jika perkara itu berlaku.
"Saya difahamkan banyak sekatan ke atas siswazah yang masih belum membayar hutang PTPTN.
"Jika mereka mempunyai sebab yang munasabah, sekatan tersebut mestilah dilonggarkan atau ditarik balik," kata beliau.
Kekurangan guru terlatih masih lagi merupakan masalah yang meruncing di negara ini.
Sebelum ini dilaporkan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja mengakui Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhadapan dengan masalah guru, antara lain disebabkan sesetengah guru memutuskan untuk meninggalkan ibu negara disebabkan kos hidup yang tinggi.
Menurut mereka, masalah itu yang disebabkan kos hidup tinggi bukan sahaja berlaku di ibu negara, tetapi juga di Johor Bahru dan Pulau Pinang.
Wednesday, October 26, 2011
Jadikan Laporan Audit KPI Tolak BN
Tuesday, October 25, 2011
Najib Hanya Bersandiwara Tarik Balik Kes Aziz Bari
Oleh: Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 25 Okt: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat hanya bersandiwara baik dengan mengarahkan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin menarik balik penggantungan Prof Dr Abdul Aziz Bari, semalam.
Walaupun penggantungannya telah ditarik balik, Dr Aziz masih terus menghadapi pelbagai tekanan termasuk terus disiasat oleh pihak polis dan Suruhanjaya Multimedia yang menemuinya di rumah dan dipelbagai tempat.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, selain itu, Dr Aziz turut mengalami kepayahan kerana terpaksa mengajar tanpa peralatan penting, khususnya laptopnya akibat diambil oleh pihak berkuasa untuk tujuan penyiasatan.
Menurut beliau, dalam keadaan seperti itu, sesiapa pun dapat bayangkan betapa rumitnya keadaan Dr Aziz yang terpaksa meneruskan kembali tugasnya untuk mengajar para pelajarnya yang akan mendudukui peperiksaan tidak lama lagi.
Katanya, tindakan pihak kerajaan terhadap pakar Perlembagaan itu tidak ubah seperti berhadapan dengan penjenayah kerana terus disiasat tanpa batasan masa terutama oleh dua agansi terbabit walaupun penggantungannya telah ditarik balik.
"Dengan itu, tidak hairanlah jika Dr Aziz Bari sendiri turut bertanya, "kenapa aku terus disiasat? Adakah aku ini penjenayah?" yang jelas menggambarkan tekanan yang dialami olehnya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Berdasarkan fenomena yang berlaku, menurut beliau, orang ramai pasti tertanya sama ada arahan Najib supaya penggantungan terhadap Dr Aziz itu ditarik balik bertolak dari sikap baiknya sendiri atau mempunyai tujuan tertentu.
Katanya, yang jelas kelihatan kepada orang ramai, arahan Najib itu bukan berpunca dari sikap baiknya sendiri, tetapi hanya untuk menunjukkan kebaikannya kepada orang ramai bagi melepaskan diri dari tekanan yang dialaminya ekoran penggantungan terhadap Aziz.
"Datuk Seri Najib sendiri cukup faham, tindakan penggantungan terhadap pakar Perlembagaan itu telah menimbulkan kemarahan para mahasiswa dan orang ramai sehingga boleh menjejaskan Umno BN.
"Untuk menunjukkan dia baik dan melepaskan dirinya dari tekanan akibat tindakannya yang tidak popular itu, Najib terpaksa mengarahkan Rektor UIA menarik balik penggantungan terhadap Dr Aziz Bari, tetapi dalam masa yang sama meletakkan Dr Aziz terus berada dalam tekanan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Kini setelah penggantungan itu ditarik balik, menurutnya, Dr Aziz terpaksa membeli kumpoter khususnya laptop lain untuk keperluan mengajar, tetapi laptop barunya itu tentunya ketiadaan data-data yang diperlukan yang disimpannya sendiri untuk mengajar.
Surat penggantungan tugas yang diberikan oleh UIA kepada Aziz baru-baru ini, katanya, jelas membuktikan ahli akademik itu akan terus disiasat oleh pihak polis dan Suruhanjaya Multimedia secara berpanjangan dan pada bila-bila masa serta tempat walaupun penggantungan terhadapnya telah ditarik balik.
"Ini meletakkan Dr Aziz Bari terus berada dalam tekanan hanya disebabkan pakar Perlembagaan itu mengeluarkan pandangan akademiknya baru-baru ini berhubung suatu isu," ujar beliau.
Dr Aziz Bari, tegas beliau, merupakan pihak yang menjadi mangsa kesilapan tindakan Kerajaan BN, manakala untuk membolehkan pemangsa pulih tidak semudah hanya dengan menarik balik hukuman penggantungan tugas terhadapnya, lebih-lebih lagi apabila beliau terus dikenakan tekanan yang tidak sewajarnya.
Pensyarah kanan yang telah 22 tahun berkhidmat di UIA itu, katanya, adalah pakar Perlembagaan yang cukup dihormati di dalam dan luar negara dan tidak sewajarnya diperlakukan sedemikian setelah mengeluarkan pandangan yang baik dari sudut akademik bagi mengulas sesuatu isu untuk kepentingan Negara.
Wednesday, September 7, 2011
MB Johor Contoh Terbaik Talibarut British?
http://edyesdotcom.blogspot.com/ |
Perdebatan sejarah kemerdekaan kembali panas dengan pengakuan MB Johor, yang menukar pendiriannya setelah mengatakan Mat Indera sebagai Tokoh Terbilang suatu ketika dulu. Apakah tujuan MB Johor menukar pendirian? Apakah MB Johor ini ditekan oleh Umno Johor kerana kerisauan Johor juga bakal tumbang jika sejarah sebenar terungkai ? Merujuk kepada kenyataan MB Johor dalam portal bernama; Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim. Sebelum diulas dengan lebih lanjut, mari kita renung apakah tindak tanduk penjajah British (atau boleh saya kata pengganas British?) ketika Mat Indera melancarkan gerakan kemerdekaan. British melabelkan Mat Indera sebagai pengganas komunis lalu meletakkan $75 000 untuk kepala Mat Indera. Keluarga Mat Indera juga diseksa dan dibuang daerah oleh British. Apabila Mat Indera ditangkap, hukuman untuk beliau adalah penyiksaan untuk berbulan lamanya dan akhirnya beliau dihukum gantung di Taiping. Hari ini, Menteri Besar Johor membuat kenyataan bahawa Mat Indera seorang pengganas komunis yang kejam dan zalim walaupun dalam buku "Pengukir Nama Johor", MB Johor ini jugalah yang menamakan Mat Indera sebagai Tokoh Terbilang. Bukankah kenyataan MB Johor ini menyerupai imperialis Inggeris? Apakah kenyataan MB Johor ini melengkapkan kebenaran betapa Umno adalah talibarut British dan meneruskan legasi British? Penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan. Dengan kata-kata di atas, apakah kita juga boleh melebel sejarah kemerdekaan oleh Umno yang tertulis dalam mana-mana buku teks sejarah yang diiktiraf itu adalah semata-mata bahan kajian di atas prinsip 'kebenaran akademik' untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan ? |
Sunday, September 4, 2011
PAS Ajak Umno Debat 'Siapa Pejuang Merdeka'
By: Harakahdaily
|
KUALA LUMPUR, 4 Sept: Memandangkan Umno begitu berminat menggunakan isu sejarah pra - kemerdekaan negara dalam serangannya, PAS hari ini mengajak Umno untuk berdebat terbuka secara ilmiah untuk menangani isu ‘Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?’ dalam sejarah tanah air sebelum Merdeka.
Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini, PAS melalui Lujnah Penerangan akan menghantar surat jemputan kepada Ketua Penerangan Umno dalam masa terdekat bagi menganjurkan satu perbahasan umum ilmiah tersebut atas dasar menghormati hak rakyat untuk membuat pernimbangan dan penilaian sendiri melalui hujah-hujah dari kedua-dua pihak kepada isu kedudukan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang dilupakan dalam sejarah negara. Disebabkan serangan bertubi-tubi Umno yang kini berlangsung selama 9 hari ini, kata Tuan Ibrahim rakyat kini, terutamanya golongan muda yang celik internet terdedah dengan pelbagai maklumat mula membuka mata dan mulai bangkit mencari kebenaran dan membuat penilaian semula fakta sejarah yang dihilangkan selama ini oleh pihak pemerintah. Fenomena terbaru untuk mencari kebenaran ini, katanya turut secara langsung menyedarkan rakyat bahawa mereka mesti bangun menuntut perubahan kepada kepimpinan negara sekarang demi satu masa depan baru yang lebih bertanggungjawab untuk kebaikan generasi akan datang. “Selain itu, sebahagian besar waris pejuang kemerdekaan yang terkorban dalam menentang Inggeris kini sangat dukacita apabila mereka dicapkan sebagai golongan komunis, sedangkan mereka langsung tiada kena mengena dengan komunis. Waris Mat Indera yang ditemui juga sangat berdukacita dengan laporan tidak beradab media perdana yang mengaitkannya dengan komunis. Mereka yakin, hanya dengan tumbangnya kerajaan BN barulah fakta sejarah yang sebenar dapat ditegakkan. Sehubungan itu, PAS sedia berdebat secara ilmiah terbuka dengan Umno pada bila-bila masa bagi menghurai kekusutan ini,” kata beliau, sambil menambah ia adalah satu penyelesaian konkrit kepada isu yang hangat dimainkan di media perdana kini. PAS, katanya turut berasa simpati kepada kesan mendalam kepada waris Mat Indera dan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang lain yang bangun menentang penjajah tetapi jasa mereka digugurkan dan tidak diiktiraf dalam sejarah akibat terpaksa menanggung pelbagai tuduhan liar ‘pejuang-pejuang pertahanan sejarah versi Umno’ tanpa ruang untuk menjawab. “Di sebalik tuduhan golongan ini, adakah mereka sengaja tak mengendahkan fakta-fakta pelbagai aspek, contohnya masa kejadian berlaku, kenapa kerajaan Johor mengiktiraf perjuangan mereka dan kenapa Mat Indera diberi tauliah mengajar agama di Johor – sehinggakan menggelar sesiapa yang memberikan pandangan berlainan terhadap versi sejarah mereka sebagai pengkhianat dan penyokong komunis?” soal beliau. Menjawab tuduhan para pemimpin Umno bahawa PAS kini menyokong komunis, Tuan Ibrahim secara sindir berkata PAS hanya mampu ketawa besar mendengar tuduhan yang dilemparkan hanya kerana PAS ingin membela tempat tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang dilupakan dalam sejarah tanah air. “Tuduhan Umno ini bukan sekadar lawak terbesar, malah jenaka terbodoh abad ini kerana antara PAS dan perjuangan komunis langsung tidak ada titik persamaan. Seperti kata Tuan Guru Presiden PAS, umum mengetahui ‘PAS adalah sebuah Parti Islam, dan kita menentang semua samada British, Jepun serta komunis. Umno pula akan menyokong mana-mana kumpulan yang berkuasa dan boleh memberi keuntungan kepada mereka’,” sindir beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Tuduhan Umno terhadap PAS, katanya seolah-olah hendak menyamakan parti Islam ini dengan parti mereka yang terkenal kerana bertulang-belakangkan ‘kuasa dan hanya kuasa’ saja, di mana segala dasar boleh dijual-beli untuk tujuan mendapatkan kuasa.
Selain itu, tegas beliau tindakan Umno ini juga benar-benar menggambarkan parti tersebut ketandusan modal bagi menyerang PAS, yang saban hari dilihatnya sebagai parti yang semakin mampu memberikan tentangan terhebat kepadanya, malah menundukkannya dalam head-to-head pada PRU-13. |
Thursday, August 25, 2011
Lynas: PAS Pusat akan panggil Dr Che Rosli
|
KUALA LUMPUR, 25 Ogos: PAS Pusat akan memanggil Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat (gambar) berhubung kenyataannya mengenai isu Lynas yang disiarkan di TV3, malam tadi dalam Buletin Utama.
Menurut beliau, sehingga kini beliau selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan sebarang larangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan sebarang kenyataannya tentang nuklear termasuk berhubung dengan isu Lynas.
Katanya, jadi kenyataan Che Rosli itu ternyata tidak berasas dan sehubungan itu pihaknya perlu memanggil Che Rosli bagi mendapatkan penjelasan daripada beliau sendiri mengenai perkara itu.
"Saya selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan halangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan kenyataan berhubung dengan nuklear. Jadi kita akan panggil Dr Che Rosli untuk mendapatkan penjelasannya," katanya pada majlis tazkirah di ibu pejabat Harakah, di sini, hari ini. Dr Che Rosli dalam laporan Buletin Utama TV3 semalam mengatakan beliau sudah lama bersabar dalam perkara itu sebab Penerangan PAS Pusat melarang beliau membuat kenyataan berhubung nuklear termasuk mengenai isu Lynas. Selain itu, Che Rosli turut mengkritik akhbar rasmi PAS, Harakah kerana bersikap tidak adil terhadap beliau berbanding Ahli Parlimen Kuantan dari PKR, Fauziah Salleh yang sering disiarkan kenyataan-kenyataannya berhubung nuklear dan isu Lynas yang bertentangan dengan pendiriannya. Kenyataan Dr Che Rusli itu amat mengejutkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS kerana ia jelas bertentangan dengan pendirian PAS mengenai isu Lynas. Menurut Tuan Ibrahim, PAS dan Pakatan Rakyat tetap menolak projek nuklear Lynas di Gebeng, Kuantan kerana memikirkan risiko yang terpaksa dihadapi oleh penduduk negara ini terutama penduduk di kawasan itu. Risiko yang dikenalpasti bukanlah hanya daripada pancaran radiasi, katanya, malah terdapat banyak potensi risiko yang cukup tinggi ketika pengangkutan bahan mentah yang tiba dari Australia di pelabuhan Kuantan ke tapak kilang LAMP milik Lynas di Gebeng Kuantan. "Selain itu, risiko yang tinggi juga akan dialami ketika kerja-kerja pemprosesan, simpanan dan pengurusan sisa buangan (pepejal, air sisa dan gas) yang dikenalpasti mempunyai elemen radioaktif di dalamnya," katanya. Menyedari hakikat itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menegaskan, PAS Pahang tetap konsisten dengan keputusannya sejak dulu yang bersama-sama penduduk di kawasan Gebeng, Kuantan menolak projek nuklear Lynas. "Malah berdasarkan kenyataan penduduk di kawasan itu, sekiranya Dr Che Rosli yang bersetuju dengan projek itu, jangan sekali-kali dibina di kawasan mereka, tetapi bawalah projek nuklear Lynas itu ke tepi rumah Dr Che Rosli sendiri. "Kenyataan penduduk di kawasan Gebeng itu perlu difahami dengan jelas oleh Dr Che Rosli. Mereka menentangnya bukan kerana tidak memahami kepentingan nuklear, tetapi tidak yakin dengan pengawalan dan pemprosesannya. "PAS dan Pakatan Rakyat amat faham perkara itu dan ia juga amat perlu difahami oleh pelbagai pihak. Itulah sebabnya PAS bersama-sama penduduk di kawasan itu konsisten menentangnya sejak dulu," ujar beliau. |
Wednesday, August 24, 2011
Two Kangkung Expert on Lynas Plant Project
By: Cicit Hj Mohamad Perak/Cucu Hj Md Amin
Berita Perdana Tv3 8pm 24.08.2011
Have to understand that not all opinions by the experts or professors are correct, logical and rational. Because they always in their world and fantasies especially who are in the universities. The writer has and already studied at least at 4 IPTAs; UiTM (Dip), USM (Bac), USM (Master), IIUM (Master), and UUM (Doctorate) too understand of their traits and their ways of thinking and seldom think rationally and logically. They always only know how to make hypotheses prior to be called theories.
Australia is a big country and considered as a sub-continent which is very rich compared to Malaysia like ‘enggang’ and ‘pipit’. These two kangkung experts said that Australia built the plant (to process nadir pepejal bumi?) in Gebeng Kuantan because it is cheaper to build the plant here than in Australia.
Further, they said this will render win-win situation to both countries. Is that reason acceptable and logic to laymen like us? The kangkung professor has long beard and whitish but really naïve. He is more or less like a Qadhi character in the P. Ramlee’s Film, ‘Musang Berjanggut’.
Even it is not a nuclear project at all why Australia does not want it to be built in its own soil? To the writer due to the following:
The effects of radioactive may be could not be seen now but in the long term, everything can happen. The God is almighty. The God has given us brain to think wisely. But the naïve Malaysian leaders agreed to build it here. They only think of short-term profits.
If cost here is cheaper, why the Australians not active to open other types of plants/factories in Malaysia? Except this ‘going to be harmful’ one?
The writer really support the work done by Kuantan MP to solve this problem before it becomes too late. We do not want as what had happened in Papan Perak several years back, where the impacts are obvious when found that several people had loss their hearings, sights and physical abilities.
The kangkung expert, is he really a PAS member as what TV3 has claimed? If yes, PAS should fire and expel him. He has been bought! PAS should not keep and bear this type of member whatever rank he is. He like a cunning leader that cannot be followed and stupid follower that cannot be taught. That professor kangkung should cut his beard that not really depicts his dignity and truthfulness at all.