Sunday, June 19, 2011

Melayu Islam di Malaysia Bila Akan Tersedar Daripada Mimpi?


Oleh : Cicit Hj Mohamad Perak/Cucu Hj Md Amin

Apa nak jadi dengan Malaysia hari ini. Kekadang macam tak nak ambil tahu aja, buat aktiviti bebas sendiri lagi bagus. Selalunya jam 8 malam penulis nak tengok Berita Perdana TV3 kerana lebih menarik daripada siaran berita TV lain.

Malangnya TV3 sudah korup dan dicucuk hidung. Masuk saja hal politik maka ditayangkanlah Muka Zulkifli Noordin, muka Zahrain Bayan Baru, Ezam Mohd Nor, Wee Choo Keong Wangsa Maju. Mereka ini semua adalah badut-badut tersohor di Malaysia dewasa ini. Sebenarnya, orang AMENO pun tak suka dan percaya dengan apa yang mereka bebelkan waima dalam berita atau didada-dada akhbar pro BN-AMENO. Tapi mereka terus memberi pendapat dengan ucapan-ucapan yang sama malah sanggup membuka pekong di dada terutama oleh Zulkifli yang kononnya berkelulusan undang-undang. Peguam tahi minyak betul! Nampak sangat mentaliti beliau dan rakan-rakannya itu begitu rendah sekali.

Di Pulau Pinang hendak diadakan pemilihan AJK Masjid. AMENO menentang. Kerana apa? Bila ada pemilihan nanti semua 'raja lawak' AMENO akan bungkus. Mana tak bungkus, mereka semua kaki bodek yang tidak menggunakan otak dengan sewajarnya dalam berfikir dan bertindak.

PRU 13 ini insyaallah BN-AMENO akan bungkus. Mereka yang menyalahgunakan kuasa akan di bawa kemuka pengadilan, dan tidak akan terlepas. Kalau terlepas pun, di akhirat kelak pasti kena! Budaya yang dibawa; rasuah, nepotism, cronism, menfitnah, membazir wang rakyat, menggadai maruah Islam dan Melayu keseluruhannya.

Penulis 'lama dah' berkecimpung dengan para pemimpin AMENO. Bila berkumpul yang dibincangkan ialah projek, perempuan dan pembahagian kekayaan sesama mereka. Kadangkala sesama mereka, menikam kawan daripada belakang. Masyaallah!

Apa yang Melayu ada wahai PERKASA dan pemuda AMENO? Nilai saham Bumiputera di BSKL daripada berjumlah RM52 bilion dah hanya tinggal RM2 bilion! Tanah milik Melayu di Pulau Pinang sejak BN memerintah lagi hanya tinggal 1% (1998), itupun tanah wakaf, tanah kubur dan yang dipunyai oleh Majlis Agama Islam saja. La ni tak taulah berapa % lagi yang tinggal. Penulis pernah tinggal di Gelugor (buat bacelor dan master di USM Minden dan bekerja) selama 10 tahun. Dulu banyak kampung Melayu seperti Batu Uban, Sungai Nibong dan Bayan Lepas dimana penulis pernah shooting filem dokumentari USM.

Orang Melayu terpinggir di tanah tumpahnya sendiri lantaran Melayu 'berbunuhan' sesama sendiri dengan mengamalkan hasad dan dengki juga khianat. Sayang, Melayu terus memberi dan yang Bukan Melayu terus menerima apa juga hak Melayu hatta kesisa.

Bank? Dulu ada Bank Bumiputra yang dikemuncaknya menjadi bank terbesar di Asia Tenggara. sekarang? Kewujudan BBMB jadi sejarah pun tidak. Sendiri fikirlah. Nampaknya, Melayu terus menang sorak dan kampung-kampung mereka terus akan tergadai. Dan Melayu masih sabar, "Biarlah asal kita dapat makan dan pakai sudah."

Bila Melayu Islam di Malaysia akan tersedar daripada mimpi? Di hadapan penuh cabaran wahai saudara-saudaraku samada di dalam Pakatan Rakyat atau AMENO. Bertanyalah! Bangsa manakah yang akan membela dan akan menaikkan semula martabat dan maruah Melayu Islam, kalau bukan Melayu Islam sendiri? Ayuh janganlah jadi bengong yang membawa kepada merempat dan hilang maruah diri!

1 comment:

maie1958 said...

melayu yang masih dalam mimpi terus tido sebab kekenyangan makan nasi bungkus dan air kotak yang di beri olih um-no/perkosa.....melayu yang dah bangun dari tido nak rejam um-no/b-end kelaut beri makan jerong.....mari kita lihat sapa yang kena...????