Sampai saja saya dekat tempat polis buat sekatan, mereka baharu sahaja habis buat sekatan dan sedang melepak dan releks-releks di bawah khemah sementara mereka di tepi jalan sebelah kiri.
Kami semua pemandu really bengang dengan pihak polis yang dah macam kaldai apa lagi dengan kerajaan pandir yang ada. Kami semua bukannya peserta perhimpunan yang akan di adakan di keesokkan harinya.
Kami adalah pekerja yang baru balik kerja dan dalam keadaan penat sedang menuju ke rumah masing-masing yang majoritinya terletak di Rawang, Kuala Lumpur, Ampang, Cheras dan Hulu Kelang. Apa semua ni? Kata kebajikan dan keselesaan rakyat didahulukan? Tapi rakyat yang dahulu mendapat kesusahan!
Konon ini angkara Bersih? No, no DS. Ini adalah provokasi daripada kerajaan yang ada agar kami marah kepada Bersih! Rentetan tindakan seperti itu,membuatkan kami semakin simpati terhadap Bersih dan semakin marah dengan kerajaan pandir yang ada sekarang.
Rakyat sekarang semakin ramai yang lebih cerdik dan lebih pandai berfikir daripada PM atau DS, dan ini perlu diingatkan. Adakah DS pun dah nak jadi Si Luncai terjun dengan labu-labunya (biarkan, biarkan!) juga ke? Satu komen saya DS dah reject, kalau betul anak jantan yang ini diharap DS tidak reject ok?
No comments:
Post a Comment