Isu-isu yang menggeletekkan hati
1) "Saiful jumpa saya kerana hendak minta biasiswa." (Soalan: Pelajar yang gagal peperiksaan datang mohon dapatkan biasiswa?).
2) Saiful tahan berak selama 3 hari untuk jadikan bahan bukti dia diliwat. (Hairan ada juga org boleh tahan bila hendak melepaskan hajat besar selama 3 hari?).
3) Masa datang perbicaraan, Saiful datang dengan kereta mewah. (Kaya sangat ke bapak dia? Atau ada orang sponsored? Siapa sponsored, Kita semua bolah agak).
4) Pembunuh yang tiada kaitan langsung dengan mangsa pembunuhan dihukum gantung sampai mati. (Soalan: Mesti ada yang suruh? Siapa?).
5) Saya beli cincin ini daripada simpanan saya sejak kecil. (Soalan: Susah payah menabung semata-mata hendak beli cincin?).
4) Pak Polisi tidak menembak ke arah hospital TS. (Soalan: Doktor-doktor di sana ada bukti pak polisi menembak ke arah hospital TS!).
5) Satu ordinan darurat akan dikuatkuasakan bagi membenteras perhimpunan haram. (Kenapa dikuatkuasakan semula, walhal pemimpin kerajaan pusat diketuai PIEM war-warkan negara semakin maju dan mendukung demokrasi!).
6) Masa perhimpunan Bersih 2.0, beberapa ahli patriot menyuruk dibelakang FRU men dari simbahan air dan pemedih mata. (Soalan: Nampak sangat pak polisi memihak kepada pemerintah dalam menjalankan tugas!).
7) KJ berlari sambil di ikuti oleh FRU men konon sedang mengejarnya. Apabila sudah kepenatan, KJ suruh FRU yang mengejarnya menangkapnya. (Soalan: Macam perangai budak-budak. Inikah lulusan Oxford?).
8) Perhimpunan Bersih 2.0 tidak dapat sambutan. (Soalan: Kalau semua jalan masuk ke KL ditutup, macam mana hendak masuk ke dalam perarakan perhimpunan itu?). Namun lebih 100,000 orang terlepas masuk juga, hahaha.
9) Memang bersih, tidak ada harta awam yang musnah atau rosak waima bakul sampah!
10) Queen Elizabeth sambut PIEM pakai baju kuning. (Soalan: PIEM tidak rasa malu ke apabila disambut begitu? Sejak dulu, sekarang dan selamanya rela bermuka tebal).
11) Buat iklan dalam TV tentang anti Bersih? (Soalan: Berapa banyak habuan pelakon-pelakon hanya cukup makan itu dapat?).
12) Peniaga, pemandu teksi rugi berjuta RM gara-gara sukar hendak bergerak kerana ada perarakan Bersih. (Soalan: Siapa yang buat sekatan jalan?).
13) Calon BN akan dipilih dikalangan mereka yang boleh menang saja, termasuk Mat Ise. (Soalan: Malaysia Bolehland akan lumpuh jika punya pemimpin bermentaliti rendah ini).
Jadilah rakyat berminda bijaksana dan penuh integriti.