Hari ini selepas 24 jam berakhirnya perhimpunan, mulalah PIEM dan juak-juaknya mendabik dada bahawa merekalah yang benar dan berdarah pahlawan. Konon semua rakyat yang berarak dan berhimpun kelmarin adalah pengacau dan musuh rakyat dan penderhaka kepada Agong. Wah-wah sedapnya mulut PIEM dan juak-juak pandirnya bermadah begitu ya.
Rakyat yang bijak sedang mengikuti kepandiran para pemimpin kerajaan pusat, jangan ingat majoriti rakyat senang diperbodoh-bodohkan. PIEM kata Bersih tidak dapat sambutan!? Come on lah, macam mana rakyat pro-Bersih hendak ke KL, kalau semua jalan ditutup? Kenapa bengong sekali berkata begitu?
Rakyat sudah meluat dan muak dengan kata-kata PIEM dan juak-juaknya. Hanya PIEM bermuka tebal seribu, saja tidak mahu faham, atau buat-buat tidak faham? Itulah karekter yang ada pada PIEM sekarang. Bukan dia saja malah hampir seluruh suku sakat dan para menteri kabinetnya.
DSAI tidak boleh jadi PIEM ke? Atau suku sakat PIEM terdahulu saja layak jadi PIEM? Wahai PIEM yang terus menerus pandir, sebagai rakyat Malaysia, sesiapa juga berhak jadi PIEM sekiranya layak dan dipilih oleh rakyat secara adil dan bersih melalui pilihanraya umum.
Katakanlah, sekiranya dalam sebulan DSAI tidak mampu jadi PIEM yang efektif, kita boleh gantikan beliau dengan sesiapa saja yang layak, ada beribu yang layak okay? PIEM yang ada sekarang setakat ada Bacelor in Economics sejauh manalah fikiran beliau boleh pergi apatah lagi kalau kena Queen Control.
Dalam Islam, lelaki yang hanya mendengar kata bini adalah dayus dan tempatnya adalah di neraka. Ya tidak ya juga, PIEM ini mana pernah dapat didikan Islam yang sempurna pun, entah-entah membaca jawi apatah lagi Quran, entah tahu entah tidak.
Penulis bukanlah gemar sangat hendak menulis tentang ini semua, tetapi terpanggil kerana tahap meluat sudah tidak boleh dibendung lagi. Bravo penulis ucapkan kepada Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang terus berjuang demi keadilan umpama lilin membakar diri.
Untuk makluman semua rakyat, berikut adalah sifat-sifat orang fasiq pada PIEM dan juak-juaknya:
1) Bila dia bersalah, dia berdiam diri, lepas itu cakap yang bukan-bukan tidak kena mengena dengan tuduhan yang dibuat ke atasnya. Contoh DSAI selalunya melawan balik atas segala tuduhan ke atasnya, manakala PIEM berdiam diri.
2) Lepas itu bila bercakap macam berapi-api tapi kosong dan nista semata-mata.
3) Tidak bertanggungjawab dengan melepaskan tanggungjawab kepada polis dalam menghadapi Perhimpunan Bersih. Maka rakyat semakin membenci polis! Walhal polis hanya “kami yang mengikut perintah.”
4) PIEM kata Perhimpunan Bersih kurang sambutan? Kalau semua ruang dan jalan hendak ke KL semua ditutup, macam mana rakyat yang pro-Bersih nak pergi dan sambut di KL? Betul-betul statement bengong. (PIEM walau dikata bengong tetap dengan muka tebal seribunya walau dia sendiri sedar segala cakapnya hanya retorik).
5) Kami semua rakyat yang sedar akan kepincangan PIEM dan para balacinya. Maka kami berdoa kepada Allah agar PIEM dan para balacinya ditunjukki Allah jalan yang benar, tetapi sayangnya sampai sekarang masih tidak sedar-sedar apa lagi hendak insaf. Asyik bertopeng!
Oleh itu, ya Allah laknatkanlah mereka atas segala tipu muslihat dan penganiaan mereka kepada kami semua selama ini. Amen.
No comments:
Post a Comment