Oleh: Mohd Rashidi Hassan
SEJAK dari awal pertuduhan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah konspirasi jahat Umno-Barisan Nasional semata-mata.
Umno-BN hanya mahu membunuh karektor
peribadi Anwar, memalukan beliau dan menganiaya beliau dengan suatu pertuduhan
yang jahat dan zalim.
Apabila kes liwat ke-2 berlaku,
wujud tanggapan pihak-pihak tertentu yang menunjukkan keraguan terhadap bekas
Timbalan Perdana Menteri itu.
Mereka menerima kes liwat pada tahun
1998, tetapi ada antara mereka yang meragui Anwar selepas didakwa oleh Saiful
yang menampilkan diri sebagai ikhlas, suci, dahi hitam dan bersumpah di Masjid
Wilayah Persekutuan Jalan Duta.
Namun selepas perbicaraan berlangsung,
semua konspirasi dan kedangkalan Umno-BN terbongkar, kejahatan Saiful mula
terlondeh satu persatu.
Media talibarut Umno-BN
menyembunyikan fakta sebenar. Menyembunyikan apa yang berlaku di mahkamah.
Menutup segala ruang yang mendedahkan kejahatan pemimpin Umno dan hanya
melaporkan laporan berat sebelah.
Anwar digambarkan sebagai pelaku
seks songsang yang ganas. Didedah kononnya berlaku seks oral, penetrasi liwat
melalui punggung dan sebagainya.
Anwar dan keluarga dimalukan dalam
episod jahat yang memualkan, gara-gara kerakusan kuasa pemimpin Umno-BN.
Kejahatan mereka untuk
menyembunyikan fakta akhir gagal ditutup dengan keterangan di mahkamah.
Beberapa fakta besar yang dibongkar di mahkamah mendedahkan semua kedangkalan
Umno-BN.
Pertama, menerusi keterangan pegawai
penyiasat polis, Superitendan Jude Blacious Pereira jelas membuktikan
pembabitan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin
Seri Rosmah Mansor.
Najib dan Rosmah seringkali
menafikan pembabitan mereka, kononnya pertuduhan liwat hanyalah antarta masalah
bekas kakitangan dan majikan.
Kerajaan dan Umno-BN tidak ada kena
mengena kata Najib. Okay, itu dakwaan Najib, jika mereka berdua tidak ada kena
mengena, mengapa pihak polis mengambil keterangan dari keduanya?
Supt Jude cuba mengelak untuk
menyebut nama Najib dan Rosmah, tetapi selepas ditekan peguam Karpal Singh,
beliau memperakui menyoal siasat Rosmah dan Najib dalam kes liwat.
Hari ini rakyat mahu tahu mengapa
Najib dan Rosmah menemui Saiful pada 24 Jun 2008, manakala kejadian liwat
didakwa berlaku pada 26 Jun?
Kemudian Saiful membuat laporan
polis dan pemeriksaan doktor pada 28 Jun 2008. Apa kaitan kedua mereka dalam
kes ini dan apakah keduanya menjadi perancang utama untuk memerangkap Anwar?
Najib dan Rosmah harus disapina ke
mahkamah untuk digrill peguam Karpal.
Fakta kedua lebih mengejutkan.
Dibongkar di mahkamah, terdapat sepuluh sampel profail DNA (Deoxyribo Nucleic
Acid) yang berbeza pada rektum Saiful.
Wujud persoalan, jika Saiful seorang
pendakwa yang genuine, apakah penjelasan yang harus beliau berikan dengan
penemuan banyak spesimen DNA yang berbeza dalam usus beliau?
Yang media talibarut Umno-BN
hebohkan adalah mengenai penemuan DNA yang ditanda lelaki Y (male Y) yang
hendak dipadankan dengan Anwar. Namun segala spesimen yang didakwa milik male
Y, yang diperolehi dari tuala Good Morning dan berus gigi ditolak oleh
mahkamah.
Apa pula jawapan Umno-BN terhadap
wujudnya spesimen male (lelaki)lain yang ditanda X, Z dan sebagainya? Ia milik
siapa? Persoalan yang ditanya hari ini adalah, apakah Saiful seorang yang
bersih atau dia memang kaki b****t?
Masalah besar yang dihadapi Umno-BN
dalam kes ini antaranya adalah, apabila Saiful mendakwa membuat pemeriksaan
doktor pada 28 Jun, bermakna pada waktu itulah duburnya diperiksa dan spesimen
DNA yang didakwa milik Anwar diambil. Iaitu pada 28 Jun.
Tetapi mengapa sampel DNA yang
dikatakan milik Anwar, disimpan dalam almari (tidak di dalam peti sejuk), oleh
Superitendan Polis, Jude Blacious Prereira, ditanda pada 26 Jun 2008? Bagaimana
spesimen itu boleh wujud dua hari lebih awal?
Isu yang ketiga adalah isu proforma
atau laporan doktor setebal 18 muka surat, yang didakwa di dalamnya terdapat
laporan mengenai dakwaan liwat.
Sebelum proforma doktor ini
dikemukakan di mahkamah, Saiful mendakwa beliau telah diliwat oleh Anwar,
tetapi dalam proforma yang ditulis oleh doktor tercatat di dalamnya perkataan
attempt sodomy (percubaan meliwat).
Jelas di sini, dakwaan Saiful
bercanggah dengan laporan perubatan doktor.
Perkara lain yang menimbulkan
keraguan kepada proforma tersebut adalah tiga tulisan tangan yang berbeza.
Bermakna ada kemungkinan ada tiga doktor yang menulis laporan perubatan
tersebut.
Namun peguam Karpal berjaya
membongkar salahlaku pihak terbabit di mahkamah, apabila dua orang doktor
mengakui tulisan tangan mereka (dalam laporan proforma) hanya meliputi dua atau
tiga muka surat sahaja.
Maka sekali lagi dipersoalkan,
siapakah yang mengisi berbelas-belas laporan proforma doktor yang ditulis
secara tulisan tangan?
Apabila dipadankan tulisan tangan
dan laporan di mahkamah, maka sekali lagi dikejutkan bahawa orang yang mengisi
laporan proforma terbabit adalah Supt Jude.
Apa punya gila sistem negara kita?
Mengapa polis boleh mengambil alih tugas doktor untuk menulis laporan
perubatan?
Semua keterangan ini hanya
menunjukkan bahawa usaha Umno-BN untuk memerangkap Anwar, diadakan secara
tergesa-gesa dan kelam kabut.
Sebab itu mereka menekan hakim supaya
menafikan access peguam Anwar kepada segala dokumen pertuduhan terhadap beliau.
Butiran dan segala keterangan yang mendakwa Anwar disembunyikan.
Sekali lagi dipersoalkan, jika
pertuduhan terhadap Anwar sahih pada Umno-BN, kenapa hendak takut berikan
dokumen pertuduhan terhadap beliau? Anwar kena tuduh, beliau berhak mengetahui
butiran pertuduhan. Hanya 'pondan Siam' sahaja yang 'baling batu sembunyi
tangan'.
Banyak lagi aspek-aspek teknikal
yang boleh dipertikaikan. Semuanya merumuskan bahawa hujah pihak Umno-BN untuk
mendakwa Anwar sebagai seorang peliwat sudah tumpul dan dimatikan.
Sebaliknya, yang terbongkar hanyalah
konspirasi jahat Umno-BN untuk menganiaya Anwar. Sekali lagi rakyat akan
menyaksikan Anwar dizalimi oleh Umno-BN dan PM Najib nampaknya seolah-olah mahu
mengikuti jejak Dr Mahathir Mohamad.
Hakikatnya tuduhan terhadap Anwar
hanyalah palsu. Tidak ada kes. Ia harus ditarik balik dan dibakul sampahkan.
Apa yang dilakukan Umno-BN terhadap
Anwar hanyalah menambah kebencian rakyat dan keinginan rakyat meluap-luap untuk
menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib seberapa segera.
No comments:
Post a Comment