Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 2 Jan: Keterdesakan Umno dan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin terserlah dan jelas tidak boleh diselindung lagi.
KUALA LUMPUR, 2 Jan: Keterdesakan Umno dan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin terserlah dan jelas tidak boleh diselindung lagi.
Setiausaha
Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkiraan Najib untuk membubarkan Parlimen
dan mengadakan pilihanraya umum dalam tempoh terdekat ini bakal mengundang
padah yang besar bagi dirinya dan isteri beliau, Rosmah serta pada keseluruhan
parti usang Umno dan Barisan Nasional.
Katanya, umum
mengetahui bahawa strategi serangan terhadap Anwar Ibrahim adalah usaha
terus-terusan Umno dan Barisan Nasional, dan menghumban Anwar ke dalam penjara
dianggap bakal memberi sedikit nyawa untuk mereka terus wujud dan merompak
harta rakyat dan Negara.
Terbaru sekali,
ujarnya adalah kepolokkan Utusan Malaysia dan Berita Harian, media pembohong
milik Umno yang cukup pantas memetik dan memperbesar kenyataan Raja Petra
Kamaruddin tentang fitnah dan tohmahan kes salah laku seks terhadap Anwar
Ibrahim di muka hadapan akhbar masing-masing.
“Umum tidak
harus lupa bahawa Raja Petra Kamaruddin, yang kini semakin diketahui sebagai
‘blogger upahan Umno’ juga pernah membuat kenyataan bersumpah bahawa Najib dan
Rosmah terlibat dalam pembunuhan kejam model Mongolia Altantuya Shariibu tidak
lama dahulu yang walaubagaimanapun, sememangnya dan tentunya tidak dilapor
langsung oleh akhbar-akhbar ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, fitnah
pertuduhan meliwat oleh Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi ancaman kepada
Najib dan Rosmah bakal diputuskan oleh Mahkamah Tinggi tanggal 9 Januari ini.
“Terdesaknya
Umno adalah apabila belum apa-apa, hasrat rakyat kebanyakan untuk keluar
memberi sokongan kepada Anwar terus dianggap sebagai cubaan mencetuskan
huru-hara,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Machang.
Menurutnya,
harus ditekankan bahawa Anwar Ibrahim merupakan Ketua Pembangkang Parlimen
Malaysia, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.
“Sebagai
seorang pemimpin politik, tentunya beliau mempunyai pengikut dan penyokongnya,”
katanya.
Kehadiran
pengikut dan penyokong Anwar dan anggota-anggota PKR bagi menunjukkan sokongan
terhadap beliau tidak harus dianggap sebagai cubaan menghuru-harakan negara.
Dari nada
pimpinan Umno dan media milik Umno berhubung perkara ini kebelakangan ini serta
dari pengalaman lampau, beliau dapat menjangka bahawa Umno sendirilah yang akan
mencetuskan provokasi pada hari tersebut.
“Saya sekali
lagi menyeru kalangan anggota dan penyokong parti untuk berhati-hati dan tidak
terjebak dengan perangkap Umno dan Barisan Nasional yang ingin menjadikan 9
Januari ini suatu hari hitam dalam diari perjuangan kita,” ujarnya.
Tambahnya,
nyata keterdesakan Umno dan Barisan Nasional untuk terus mengekang dan memadam kebangkitan rakyat telah menjangkau ke tahap kritikal.
No comments:
Post a Comment