Oleh: Cucu Kulop Hasnan Alang Derani
Hari ini banyak akhbar menyiarkan
pandangan Raja Petra tentang masa depan pembangkang dan Anwar Ibrahim. Tapi
saya tidak baca pun, malas hendak baca pendapat bobrok itu. Bagi saya tiada
nilai estetika maupun moral. Persoalan timbul siapa ini Raja Petra?
Mula-mula dulu saya minat akan
setiap tulisan beliau. Sekarang percakapan dan perbualan beliau sudah tidak
tentu hujung pangkal.
Raja Petra kini mulai berlagak
konon dia sepupu seorang sultan. Rakyat jelata yang sekarang sudah mula celik
mata, ada hairan ke siapa beliau, waima dia adik Barrack Obama atau Maharaja Jepun sekali pun!
Sebelum ini dia dikejar oleh
pemerintah kerana kononnya menfitnah. Maka larilah beliau ke UK.
Sekejap-sekejap menyamar agar tidak dikenali.
Anak beliau sendiri tidak seperti
anak orang lain, iaitu bermasalah dadah dan kalau tidak silap pernah ditangkap
mencuri. Isteri beliau sendiri, hendak dikata Islam, dari segi berpakaian macam
bukan Islam.
Siapa Raja Petra yang boleh
mempengaruhi rakyat daripada memilih Anwar sebagai ‘the next PM?’ Rakyat yang
bijak dan pandai menggunakan otak, tidak mudah terpedaya dengan perangkap parti
pemerintah yang diramalkan tumbang setelah PRU13 nanti.
Kami tidak sebodoh Raja Petra
okay. Kami berpelajaran malah ramai yang lebih terpelajar daripada Raja Petra
sendiri. Setakat menggoreng ayat-ayat
dalam Bahasa Inggeris dalam tulisan-tulisan beliau bukan menunjukkan keintelektualannya
yang sebenar.
Sebagai Islam, kita wajib ikut hukum
hakam Islam. Tuduhan zina atau liwat kalau tidak dapat dibuktikan secara hukum
Islam, yang tertuduh akan dilepaskan. Jika benar dia lakukan, itu urusan dia kelak
dengan Tuhan!
Kalau ikut hukum kuffar, tetap
kuffar! Kalau hendak diikutkan, orang Islam yang menjunjung hukum kuffar dan bukan
hukum Allah, sesungguhnya mereka juga sebahagian daripada orang-orang kuffar
itu. Nauzubillah.
Mulai sekarang bolehlah kita
menganggap Raja Petra sebagai ‘munafik’. Luaran persis Islam, tapi dalaman beliau
benar-benar munafik. Atau kita boleh buat kesimpulan beliau sekarang adalah
seorang pelarian yang sedang tercari-cari identiti diri!
No comments:
Post a Comment