Pertama, boleh ke hanya dengan makan gaji seseorang boleh jadi bilionaire? Lainlah kalau aktif dalam politik, bak kata Tun Daim lama dulu. Kerana nak jadi billionaire all ends justify the means? Ada wang semua boleh jadi dan barulah projek boleh berjalan. Begitukah?
Kedua, tertuduh tiada kepentingan membunuh mangsa didapati bersalah, dihukum gantung? Budak sekolah rendah atau apek pemandu teksi sapu di Bandaraya KL pun akan bertanya, siapa yang suruh? Dulu kes Mona Fandi. Bukan mereka yang bunuh, tapi merekalah yang suruh. Maka mereka pun dihukum gantung. Mengapa kita lupa dan tidak ambil iktibar atau panduan daripada insiden itu ke atas kes Antuya?
Ketiga, perjanjian royalty boleh diubah nama jadi ehsan? Adalah lebih baik Malaysia Bolehland bubarkan saja sistem mahkamah yang ada sekarang kerana kedapatan hakim yang tidak arif mentafsir perjanjian atau sebab nak jaga periuk nasi, bukan gitu? Tidak dapat disangkal akan sebuah hadis nabi yang menyebut, antara 3 hakim, dua akan masuk neraka.
Keempat, kerana hendak menang pilihanraya, calon korup pun tidak apa dipilih (pandai gula-gulakan pengundi). Bila sudah menang, si pemenang itu pulak diarahkan ‘ontok-ontok’ jangan membuat bising kerana hendak menjaga imej kroni dan parti (parti memang tahu dia bersalah dan korup).
Kelima, para pemimpin suka bermuka-muka, dan berlakon di hadapan rakyat. Kononnya merekalah "dewa pembela" yang didatangkan daripada langit. Suruh rakyat berkorban, pemimpin itu pula apa yang dikornbankan bagi pihak dirinya untuk rakyat? Apa yang rakyat dapat dengan slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan? Mendapat kuah basi? Yang pasti; harga barangan dan perkhidmatan terus meningkat mendadak, cukai-cukai baru dikenakan (contoh charge RM50 untuk kad kredit oleh kerajaan), dan macam-macam lagi.
Dahulu semasa saya di sekolah rendah air sirap hanya berharga 5 sen, sekarang? Jangan terkejut harganya mencecah RM2. Manakala, keluarga berpendapatan RM5,001 pun sudah tak mampu nak hantar anak ke sekolah berasrama, kerana duit makan sudah naik dari RM30 ke RM90 sebulan. Pastu kena tanggung kos makan hari Sabtu dan Ahad atau pun tanggung kos anak pulang ke rumah/balik ke sekolah.
Keenam, suruh rakyat berjimat. Tapi masa sambut PM ke Melaka tempohari, KM atau kerajaan negeri telah menyediakan 5,000 meja untuk sambutan. Cuba kira sekiranya satu meja berharga RM500? RM2.5 juta! Siapa yang dijamu makan? Rasanya mereka yang dijamu adalah mereka yang berada atau pun memang sudah dapat cukup makan hari-hari. Takkan peminta sedekah atau fakir miskin yang dijamu dan diraikan? Kenapa masih membazir lagi? Kenapa para pemimpin tidak jadi contoh terbaik buat rakyat dalam berjimat?
Ketujuh, kerajaan hendak cari duit atau tambah duit negara tidak sesah sebenarnya:
1) Harga gula dinaikkan 20 sen sekilogram. Setiap 20 sen akan masuk kantung kerajaan, walau kononnya kerajaan masih memberi subsidi. Demikian juga dengan menaikkan harga petrol. Kalau harga petrol naik, semua harga barangan dan perkhidmatan lain tentu akan meningkat. Hanya menteri pekak badak saja yang akan berkata, harga lain takkan meningkat (masa terdekat?) atau memberi komen bahawa harga di negara kita masih rendah berbanding negara-negara lain.
2) Harus, diingat selain pendapatan individu kita dicukai, bakinya pulak akan dicukai lagi contohnya bila kita membeli barangan dan perkhidmatan seperti pakaian, makanan, tol dan beribu bagai lagi.
Kalau diteruskan sebut satu persatu nescaya listing ini tiada kesudahannya. Harap, akan datang "penyelamat" kepada satu-satunya negara yang kita ada ini.
No comments:
Post a Comment