Oleh: Cicit Haji Mat Perak Kuala Kangsar
Tidak habis-habis dengan 60%-40% hak saham/ekuiti. Kes tanah KTM di Tanjong Pagar Singapura belum reda dan masih menjadi isu perbualan rakyat. Di mana kita difahamkan bahawa tanah 100% KTM punya. Sepatutnya dibangunkan 100% oleh Malaysialah kan. Kenapa pula bagi kepada Singapura 40%?
Begitu juga halnya dengan Kampong Baru Kuala Lumpur. Apa pasal nak bagi bukan Melayu dan pelabur asing 40% hak saham/ekuiti? Di Kuala Lumpur sudah banyak kawasan Melayu yang bukan lagi menjadi hak orang Melayu seperti Bangsar, Pantai Dalam, Gombak, Kerinchi, Sentul dan banyak lagilah. Ini lah kerja para pemimpin pusat kita yang melaung-laungkan pembangunan dan bervisi untuk menjadi Negara Maju menjelang 2020. Persis ayam jantan berkokok berderai-derai di awal pagi tapi ekor penuh terpalit najis.
Seperti kata Dr Mahathir, “Orang melayu mudah lupa.”
Walau pun sebenarnya beliau sendiri terlupa dalam banyak perkara. Tidak dinafikan bahawa jasa beliau banyak yang tidak perlulah disebutkan lagi, banyak orang tahu dan sudah tahu. Namun, tidak apalah kita sebut juga semula di sini seperti KLCC, Putrajaya, LRT/Putra, Jambatan Pulau Pinang dan lain-lain. Tapi kemunduran/musibah yang dilakukan beliau juga banyak terutama terhadap ekuiti/ekonomi Melayu, Bahasa Melayu, dan imej/integriti Agama Islam.
Dah banyak hak-hak orang Melayu yang tergadai kepada bukan Melayu dan pelabur asing. Soalannya, apa yang orang bukan Melayu dan pelabur asing sudah sumbang dan tolong orang Melayu???
“Yilek paa, pucik,” bak kata mamak India.
Antara pengorbanan orang Melayu kepada bukan Melayu / pelabur asing:
1) Orang Melayu bukan lagi ‘Tuan’ di Tanah Melayu disegi ekonomi/politik.
2) Di segi ekonomi, majoriti Melayu hanya di taraf penjaja kecil dan gerai makanan dipinggir jalan saja.
3) Tiada lagi bank tempatan yang bertunjangkan Melayu. Dulu ada satu, namanya Bank Bumiputra. Sekarang sudah tidak ada lagi. Sebab apa tidak ada lagi? Kerana kononnya orang Melayu ni rata-ratanya pemalas, tidak suka perubahan, dan tidak pandai berbahasa Inggeris! Para pemimpin tidak sedar diri ini lupa, Bank of Tokyo yang menggunakan Bahasa Jepun, dan Bank of Shanghai yang menggunakan Bahasa Mandarin adalah antara dua buah bank terbesar dan disegani di dunia sekarang.
4) Sampaikan bank Islam yang ada dibank-bank konvensional tempatan diterajui oleh kakitangan bukan Islam! Orang melayu atau Islam jua nampaknya tidak layak menjawat posisi di “bank-bank Islam” itu? Aduih. Pening kepala otak bila memikirkannya.
5) Sewaktu saya menuntut di USM Pulau Pinang 1994-1997, saya difahamkan, di Pulau Pinang dan Seberang Perai, tanah milik Melayu/Islam hanya tinggal 1% saja, itupun tanah wakaf, tanah masjid, dan tanah kubur. Yang tanah-tanah lain semua sudah terlepas yang tidak mungkin didapati semula.
6) Disegi politik, kawasan majoriti Melayu, MP dan Adunnya banyak yang bukan Melayu. Contohnya Kawasan Parlimen Pandan. Cuba congak dan teliti pula kawasan majotiti bukan Melayu, ada tidak MP/Adunnya Melayu?
7) Dulu biasiswa pelajaran hanya untuk orang Melayu, kini semua layak dapat.
Wahai para intelektual/professional Melayu/Islam bangunlah, belalah agama, negara dan bangsamu sebelum terlewat.
No comments:
Post a Comment