Oleh: Cicit Hj Mat Perak Merangkap Cucu Hj Mat Amin
Mengikut satu laporan daripada sebuah parti Pakatan Rakyat, didapati bahawa Negeri Perak telah menjadi Negeri paling ramai keluarga berpendapatan rendah kurang dari RM2,000 sebulan. Perak turut merosot menjadi negeri ketiga paling miskin selepas Sabah dan Terengganu, setelah 53 tahun dibawah pemerintahan Barisan Nasional.
Menurut laporan itu lagi, mengikut statistik Jabatan Perdana Menteri, 40% dari keluarga rakyat Malaysia, iaitu 2.4 juta keluarga diseluruh negara berpendapatan kurang dari RM2,000 setiap bulan, dengan Perak mempunyai bilangan terbanyak seramai 192,000 keluarga, atau 12.5% dan diikuti oleh Sabah, Johor, Kedah dan Sarawak. 40% lagi rakyat Malaysia berpendapatan di antara RM2,300 hingga RM5,599. Hanya 5.9% keluarga rakyat Malaysia mempunyai pendapatan bulanan lebih dari RM10,000.00. Keadaan ini jauh menepati sasaran dimana menjelang 2015, rakyat Malaysia berpendapatan purata RM52,000.00(USD15,000) setiap tahun.
Fakta ini amat memalukan rakyat Negeri Perak kerana pada 1970-an, Negeri Perak pernah menjadi negeri paling kaya berbanding negeri lain. Waktu itu Cicit Hj Mat Perak begitu berbangga menjadi rakyat Negeri Perak atas beberapa sebab selain kekayaannya, antaranya seperti banyak bandar besar berada di Perak seperti Ipoh, Taiping, Teluk Intan, Kampar dan Parit Buntar.
Tapi pada hari ini semua bandar itu semakin mengecil dan tidak lagi aktif peranan dan pertumbuhannya. Banyak daripada bandar-bandar itu kini hanya jadi tempat tinggal orang pencen. Perak juga dikala zaman kegemilangannya terdapat banyak tempat pelancongan menarik seperti Bukit Merah, Bukit Larut, Pulau Pangkor, Teluk Batik, Jam Besar Teluk Intan dan Muzium Taiping. Kini semua tempat tersebut banyak yang hanya tinggal kenangan.
Kadar kemiskinan Perak juga membimbangkan dengan kedudukan merosot sehingga menjadi negeri ketiga termiskin, hanya lebih baik jika dibandingkan dengan Sabah dan Terengganu. Wahai rakyat Perak, apakah hasil bumi Perak sekarang? Semua sudah mengecil dan hampir pupus seperti kayu balak, bijih timah, kelapa sawit, dan getah.
Dulu Cicit Hj Mat Perak berbangga apabila memperkenalkan dirinya sebagai orang Perak. Tapi sekarang terasa malu pula hendak mengaku sebagai orang Perak. Kenapa?
Antara sebabnya; loya melihat rejim tidak bermaruah yang mentadbir Perak sekarang, apatah lagi dengan gejala rasuah yang berleluasa diamalkan dikalangan pentadbir tersebut. Tiada lagi mereka itu mempunyai semangat Dato' Sagor, Maharaja Lela, Hj Mat Amin, Hj Mat Perak, Dr Burhanuddin, Ungku Umar dan mereka yang lain yang benar-benar ikhlas dan berjasa dalam memperjuangkan Islam, bangsa dan negeri.
No comments:
Post a Comment