Oleh: Anuar Bakar
Dalam menyelesaikan masalah ini saya rendah diri mencadangkan;
1. Satu dana khas ditubuh melalui pembentukkan syarikat yang diterajui oleh pakar agama, pakar pendidikan, MAS, teknokrat, dan kongelemaret yang terdiri daripada orang Melayu dan orang Islam.
2. Syarikat ini mendapat dana daripada penjualan syer awam kepada orang melayu dan orang Islam atau dana dari negara Islam yang kaya seperti Kuwait, Arab Saudi, UAE dan sebagainya.
3. Satu plan yang komprehensif dirangka dengan menerapkan nilai-nilai Melayu lama dan moden dalam perancangan, serta memastikan bahawa ia akan menjadi satu tempat yang meliputi semua aktiviti, pendidikan (contoh-Universiti OIC), perniagaan, bangunan bersejarah mengenai Melayu, reakreasi yang berbentuk kekeluargaan, hotel dan sebagainya. Ini barulah menerap nilai-nilai Melayu Islam yang bebas dari judi dan arak serta maksiat.
4. Ini akan menjadi titik putih yang suci berada ditengah Bandaraya serta menjadi model kepada perancangan bandar lain di Malaysia atau dunia.
5. Ini secara tidak langsung akan mendekatkan jurang perbezaan pemilikan ekuiti ditengah Bandaraya Kuala Lumpur.
6. Kampong Baru Kuala Lumpur adalah tanah individu Melayu. Maka adalah hak individu itu sendiri membangunkannya. Kerajaan boleh membantu, tapi bukan memaksa. Janganlah menghalau tuanpunya tanah. Orang Kampong Baru mahukan pembangunan, berilah mereka jalan yang mereka suka dengan memastikan mereka adalah tuanpunya tanah dan mendapat hasilnya seperti tuanpunya tanah yang lain dengan mengekalkan mereka sebagai tuan tanah di bawah satu dana atau pemilikan.
7.Harapan saya kg baru menjadi pusat termaju dalam pelbagai segi, himpunkanlah dana sebanyak mungkin dan bangunkanlah kg melayu mengikut kehendak Islam kerana dalam perlembangan Malaysia, Melayu adalah =Islam, Islam adalah =Melayu dan Islam agama rasmi Malaysia dan Islam itu universal iaitu untuk Jin dan manusia serta seluruh alam.
No comments:
Post a Comment