Oleh: Cicit Hj Mat Perak
PAS jangan termakan umpan Ameno. Wajah-wajah Ameno adalah muka-muka yang sudah tidak boleh dipercayai dan dipegang janji. Hari ini cakap begini, esok cakap begitu. Jelas wajah dan muka pemimpin Ameno tidak ikhlas dalam banyak perkara yang menyentuh survival Melayu, Islam dan Negara.
Penulis pernah berada dalam kalangan pemimpin Ameno peringkat bahagian. Kalau berkumpul saja, isu yang dibualkan selalunya adalah mengenai projek-projek kroni dan perempuan. Ada juga yang gatal dengan menyebut beberapa puteri Ameno yang boleh dan bakal dijadikan isteri kedua atau ketiga. Bukan bercakap tentang macam mana hendak membela rakyat setempat! Hehe, apa khabar Bung? Ditujukan kepada seorang MP yang sering dalam berita TV cakap berapi-api persis tahu segala berlagak sebagai pembela rakyat!
Penulis pernah menjadi YDP PIBG sebuah sekolah menengah. Beberapa kali beliau cuba untuk berjumpa dengan YB di pajabat Adun berkenaan untuk minta sedikit sumbangan buat sekolah. Namun semuanya gagal. Dimana, bila tiba saja di pejabat Adun tersebut, yang menunggu adalah mereka yang ada kaitan dengan kelulusan projek masing-masing. Jelas di situasi seperti itu penulis akan terus menunggu laksana menanti buah yang tidak akan gugur!
Beberapa pendapat/pernyataan dikemukakan:
1) Kuburkan dahulu Ameno/BN, bila sudah tidak bermaya baru pulihkan, tapi sebagai pengikut sajalah, itu pun setelah insaf!
2) PAS jangan lupa apa yang Ameno lakukan kepadanya semasa didalam Barisan Nasional dulu, iaitu PAS dikhianati dan diperkudakan Ameno.
3) Kebanyakan pemimpin Ameno sudah tidak berwibawa lagi, semua berlumba-lumba mengisi kantung masing-masing dan kroni.
4) “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan,” cuma gimik dan retorik politik bebal Ameno.
5) Memang majority Melayu yang educated terutamanya meluat sudah dengan Ameno.
6) Ameno tidak membela Bangsa Melayu dan Agama Islam sebenarnya.
7) Telah banyak hak istimewa Orang Melayu yang telah dimusnahkan dan digadaikan kepada Bukan Melayu waima bangsa asing. Tidak payah sebut satu persatu, buatlah kajian dan tinjauan sendiri.
8) Siapa yang cuba memberi 40% Kampong Baru KL untuk dimajukan kepada Bukan Melayu dan pelabur asing? Lepas tu malu sendiri dengan membuat cover-up berputarbelit untuk menenangkan Orang Melayu yang rata-ratanya mulai marah dan benci dengan tindak tanduk pemimpin Ameno yang tidak bertanggungjawab atas isu Kampong Baru itu.
9) Biasiswa pelajaran sebenarnya adalah hak istimewa pelajar Melayu/Bumiputra. Kini apa sudah jadi?
10) DSAI dan TS Khalid Ibrahim setiap hari difitnah dan diperlekehkan melalui TV, dan surat-surat khabar yang sewaktu dengannya. Kenapa? DSAI tidak dibolehkan jadi PM ke? Atau kalau dia jadi PM, banyak pemimpin tertinggi Ameno akan kantoi dan gelap dalam segala aspek kehidupan masa hadapan mereka ke?
11) Kes Liwat DSAI sepatutnya dibicarakan di mahkamah syariah, lagi pun yang menuduh dan tertuduh kedua-duanya Islam. Mengikut Islam mudah saja; kalau tidak cukup syarat memastikan tuduhan, tertuduh akan dilepaskan, manakala yang dituduh walau dia tahu dia benar akan disebat 80 kali. Yang tertuduh sekiranya dia sedar melakukan tapi pendakwaan defektif, dia akan terlepas. Walau dia terlepas serahkan saja kepada Allah swt mengadilinya diakhirat nanti.
12) Sekiranya DSAI nanti tidak bagus dalam menjalankan tugas sebagai PM, ganti saja dengan calon-calon lain yang kedapatan banyak dalam PKR seperti TS Khalid Ibrahim, dan dalam PAS seperti DS Haji Hadi Awang dan Dato' Dr Hasan Ali.
Penulis sebenarnya tidak boleh cakap lebih-lebih di sini walau “we may opine about anything under the sun” termaktub dalam Perlembagaan Negara. Tindakan sabotaj oleh pihak tertentu dan SB mengekori di mana-mana, sedikit sebanyak menghadkan pergerakan dan kebebasan penulis.
No comments:
Post a Comment